Israel Juara Piala Asia 1964 Yang Menjadi Gelandangan Bola Sepak Selepas Ditendang AFC

Pasukan bola sepak Israel merupakan juara Piala Asia 1964 yang juga edisi ketiga kejohanan sebelum ditendang keluar dari Asian Football Confederation (AFC) dan ketika itu juga Israel menjadi tuan rumah.

Ketika bernaung di bawah Asian Football Confederation (AFC) dan bermain menentang pasukan Asia, Israel boleh dikatakan pasukan yang agak kuat.

Israel juga merupakan naib juara Piala Asia edisi pertama (1956) dan kedua (1960), dua kali tewas kepada Korea Selatan akhirnya Israel muncul juara pada 1964.

Di Piala Asia 1968, Israel menamatkan saingan di tangga ketiga, satu prestasi konsisten dipamerkan Israel dari edisi pertama sehingga keempat.

Piala Asia 1964 menggunakan sistem round-robin dan hanya 4 pasukan sahaja bertanding yang terdiri daripada pemenang dari zon Barat, Zon Tengah 1 dan 2 serta Zon Asia Timur serta pasukan dari negara tuan rumah (Israel) bersaing untuk merebut gelaran.

Dan inilah empat pasukan yang bertanding di Piala Asia 1964:

1. Israel – Tuan Rumah
2. Hong Kong – Juara Zon Asia Tengah
3. Korea Selatan – Juara Zon Asia Timur
4. India – Juara Zon Asia Barat

Walaupun hanya empat pasukan bertanding namun empat venue berbeza telah digunakan di Piala Asia 1964.

1. Ramat Gan Stadium, Ramat Gan
2. Kiryat Eliezer Stadium, Haifa
3. Bloomfield Stadium, Tel Aviv
4. Hebrew University Stadium, Jerusalem

Lebih menarik lagi apabila dua perlawanan diadili oleh dua orang pengadil dari Malaysia iaitu Li Pak Tung (Israel vs India) dan Patrick Nice (India vs Hong Kong).

Israel muncul juara selepas mencatatkan keputusan menang 100 peratus dengan menewaskan Hong Kong 1-0, India 2-0 dan juara dua edisi terawal Korea Selatan 2-1.

India ketika ini sangat power apabila muncul naib juara menewaskan Hong Kong 3-1 dan berjaya menundukkan gergasi Asia Korea Selatan 2 gol tanpa balas.

Korea Selatan berada di tempat ketiga dan selepas berjaya menewaskan Hong Kong yang menamatkan saingan ditempat tercorot tanpa sebarang kemenangan.

Penjaring tebanyak Piala Asia 1964 dikongsi bersama pemain India, Inder Singh dan pemain Israel, Mordechai Spiegler dengan masing-masing menjaringkan dua gol.

Ditendang Keluar AFC dan Jadi Gelandangan Bola Sepak

Israel telah bertanding dalam kejohanan anjuran Asian Football Confederation (AFC) dari tahun 1954 sehingga 1974 sebelum ditendang keluar dan merempat di konfederasi lain.

Akibat pemboikotan Liga Arab terhadap Israel, beberapa negara Islam serta negara lain enggan bermain menentang Israel. Situasi politik memuncak apabila Israel memenangi peringkat kelayakan Piala Dunia 1958 zon Asia dan Afrika tanpa bermain satu perlawanan.

Pada ketika itu kelayakan Piala Dunia 1958 Asia dan Afrika digabungkan bersama untuk merebut satu slot yang disediakan dengan 11 pasukan yang merebut slot itu.

Kerana penarikan diri pasukan bertanding Israel menang percuma namun FIFA melaksanakan undang-undang di mana tiada pasukan akan layak tanpa bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan.

FIFA mewajibkan pasukan menang percuma ini untuk memasuki play-off menentang pasukan dari Eropah yang pada mulanya tidak layak dengan pemenang play-off ini mara ke Piala Dunia.

Lantaran situasi ini sebanyak 11.5 tempat atau slot telah diberikan kepada Eropah manakala hanya 0.5 tempat telah diberikan kepada kelayakan Afrika dan Asia.

Israel muncul ditempat ketiga pada Piala Asia 1968 dan Israel sekali lagi menjadi tuan rumah Piala Asia 1972 namun menarik diri lalu digantikan dengan Thailand.

Aksi terakhir Israel di peringkat tertinggi di Asia adalah di sukan Asia 1974 di Iran, Israel tewas kepada Iran di perlawanan akhir 1-0.

Tekanan memuncak dikenakan ke atas Israel. Kuwait dan negara Arab serta negara Asia lain majoritinya menolak dan menarik diri untuk bertemu Israel.

Asian Football Confederation (AFC) telah menendang dan membuang Israel lalu menjadi gelandangan bola sepak tanpa konfederasi selama 20 tahun.

Israel kemudian bermain kelayakan di bawah tiket Oceania Football Confederation (OFC) di tahun 80-an dan pada 1991, Israel mula bertanding di pertandingan kelab Eropah di bawah UEFA.

Pada tahun 1994, Israel akhirnya menerima keanggotaan penuh dari UEFA selepas 20 tahun meninggakan AFC dan di Eropah Israel menjadi pasukan belasahan.

Detik paling diingati oleh penyokong Bola Sepak Israel sejak menyertai UEFA adalah kemenangan 3-2 ke atas Perancis 1993 dan menang 5-0 vs Austria 1999.

Jika kekal bersama AFC pasti Israel mampu menjadi gergasi Asia tapi korang tahulah kan apa yang dilakukan Israel selama ni. ADAN UKE!!

AFC Tidak Masukkan Israel Dalam Video Senarai Juara Piala Asia

Pada tahun 2014 sebelum tahun 2015 dan selepas tahun 2013 kontroversi telah tercetus apabila Asian Football Confederation (AFC) tidak memasukkan Israel dalam video senarai juara Piala Asia.

Video yang bertajuk History of the AFC Asian Cup: 1956-2011 itu memaparkan detik kejuaraan yang diraih pasukan pemenang dari tahun 1956 sehingglah 2011.

Video berdurasi tiga minit yang disiarkan di laman web rasmi AFC menceritakan sejarah Piala Asia, bermula dengan kemenangan Korea Selatan pada 1956, sehingga kemenangan 1-0 Jepun ke atas Australia pada final 2011 di Qatar.

Tetapi ada yang hilang dengan ketara.

“September 1956 menyaksikan Republik Korea dinobatkan sebagai juara sulung,” narator video itu bercerita.

“Korea terus mempertahankan gelaran mereka pada 1960 di tanah air. Kuasa bola sepak Asia kemudian beralih ke Asia barat, Iran merebut gelaran pada 1968.”

Kisah kemenangan Israel 1964 selepas Korea Selatan langsung tidak disebut dan diteruskan kepada pemenang seterusnya iaitu Iran dan ada yang koyak. Kau tau la siapa kan?

Isu itu cuba dipanjangkan dan tekanan cuba dikenakan ke atas AFC namun AFC seperti FAM dengan tenang menjawab mereka pun bingung kenapa Israel hilang dalam video itu dan akan mencari jawapan.

Kesudahannya sehingga ke hari ini AFC masih mencari jawapan. Pada 2017 Israel dimasukkan dalam video yang memaparkan juara sehingga 2015.

Sumber : Wiki, Wiki, Guardian

BACA:  Indonesia Gagal Cipta Kejutan Ke Atas Jepun