Jack Grealish Kongsi Cerita Pernah Pengsan di Bilik Sebelum Latihan Bersama England, Puji Southgate Bantu Tingkatkan Permainannya

Pemain perancang utama pasukang Aston Villa yang bakal membawa cabaran England dalam kempen Kejohanan Eropah 2020, Jack Grealish, semakin dikenali ramai selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab dan negara. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Grealish bakal menentukan hala tuju pasukan England dalam kempen Euro pada tahun ini.

Bagi pemain berusia 25 tahun ini, panggilan untuk menyarung jersi kebangsaan dalam kejohanan besar ini adalah impiannya sejak kecil.

“Inilah yang aku nak dalam hidup aku,”katanya dalam satu sesi sidang media.

Sejak bulan September lalu, Grealish sudahpun melakukan tujuh penampilan buat pasukan Tiga Singa tersebut.

“Sasaran utama aku adalah untuk berjaya masuk ke skuad ini,” ujarnya lagi.

“Aku dapat debut aku pada permulaan musim hari tu, jadi adanya aku di sini adalah mimpi yang jadi kenyataan. Aku akan hargai setiap detik.”

Pengurus England, Gareth Southgate, enggan tunduk kepada tekanan umum untuk menyenaraikan Grealish sebagai pemain England, namun akhirnya dia membuka hati suci nuraninya buat kali pertama pada permulaan musim 2020-21.

Semua yang berlaku ada hikmahnya dan Grealish memuji Southgate dalam tindakannya tersebut.

“Dia adalah pengurus England jadi dia memang jurulatih yang bagus lah,” tambah Grealish.

“Dia banyak tolong corak permainan aku. Pada permulaan musim hari tu aku tanya dia ‘kat mana saya boleh jadi lagi bagus?'”

“Dia ada beritahu beberapa perkara untuk aku buat supaya dapat masuk ke pasukan England. Aku rasa benda tu menjadi la kot sebab aku pun dah main tujuh perlawanan sejak tu.

“Aku suka sangat datang (ke kem England). Aku dengar orang cakap beberapa tahun dulu yang diorang tak suka pun.

“Aku rasa benda ni bergantung kepada pengurus dan dia patut dipuji. Kami ni jadi ibarat sekumpulan kengkawan yang bermain bersama.”

England akan membuka cabaran dalam kejohanan ini pada hari Ahad, 13 Jun pada pukul 2 petang waktu England, bersamaan pukul 9 malam waktu Malaysia, dan mereka akan bertemu Croatia – pasukan yang singkirkan mereka pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 yang lalu.

“Aku ingat lagi tengok Russia pada 2018. Gila ah, bola sepak ni bawa seluruh negara bersama-sama. Nenek aku yang tak pernah tengok bola pun tengok setiap perlawanan.

“Aku ingat Euro 2004 bilamana Rooney muncul. Melekat benda ni dalam kepala aku. Kau membesar dengan fikirkan benda ni dan berangankan benda ni.

“Memang tak sangka. Seluruh keluarga aku dah suka sangat dah. Mesti diorang gembira tengok aku di kejohanan utama. Harapnya nanti aku akan diturunkan lah dan beraksi dan buat diorang bangga.”

Dari segi sejarahya, Grealish dilahirkan dan dibeasrkan di Birmingham, sebuah daerah di tengah-tengah England, tetapi mewakili Republik Ireland pada peringkat bawah-17, bawah-18 dan bawah-21 dari 2011 sehingga 2014. Dia layak mewakili negara tersebut kerana datuk dan neneknya adalah orang Ireland.

Grealish menghabiskan masa muda mudinya bersama skuad Ireland. Gambar : Irish Mirror

Walaubagaimanapun pada tahun 2015, dia menukar haluan dan bermain untuk pasukan England bawah-21 dan kekal isiqamah sehingga kini.

“Sewaktu aku muda-mudi dulu, aku lebih kurang 15 tahun, aku dijemput untuk bermain buat England dan Ireland dalam satu kejohanan,”katanya mengingati kembali detik-detik di zaman pesabunannya.

“Aku pilih England dan aku pengsan di bilik pada hari sebelum latihan. Lepas tu aku dihantar pulang.

“Masa tu lah aku pergi ujian dengan Ireland dan aku terpilih.

“Masa kau muda, kau buat benda yang buat kau rasa gembira. Aku suka! Aku hanyalah seorang budak muda yang menikmati bola sepak aku.

“Bila aku dah tua sikit aku mula bermain untuk pasukan utama Aston Billa. Aku adalah orang Inggeris, mak bapak aku lahir di sini. Aku boleh rasa aku ni orang Inggeris.

“Aku tukar ke kem England dan tak pandang belakang lagi dah. Aku tak akan ada kat sini hari ini kalau tak buat macam tu.”

Itu cerita pasal Grealish dengan England lah. Bulan 6 tahun depan kita cerita macam mana Grealish membawa Manchester United muncul juara UCL pula. Ini bukan ramalan, ini adalah pendedahan.

Sumber : BBC

BACA:  Jack Grealish Diharam Memandu 9 Bulan Dan Rakaman Langgar Dua Kereta Tersebar