Jadon Sancho Jadi Bahan Troll Stesen TV Jerman

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho telah menjadi bahan troll dan jenaka oleh sebuah stesen Televisyen (TV) di Jerman lantaran prestasinya yang biasa-biasa sejak menyertai Manchester United.

Kisah percintaan Manchester United dan Jadon Sancho agak epik, hampir setahun Manchester United yang menagih cinta dan khidmat bekas pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Dalm tempoh setahun itu peminat setan merah berkali-kali disajikan dengan kisah tempoh 48 jam, 48 jam, 48 jam. Namun kisah gembira yang dinantikan, tidak kunjung tiba.

Walaubagaimanapun, kisah tragis ini akhirnya dikhabarkan menemukan episod gembira apabila United sudahpun bersetuju dengan nilai hantaran yang ditetapkan oleh Dortmund untuk khidmat Sancho.

Sancho, diletakkan mas kahwin sebanyak Β£72.9 juta oleh kelabnya dan nilai tersebut dipersetujui oleh pihak United. Dikhabarkan juga, tiada syarat-syarat lauk tambah bagi harga tersebut.

Sejak menjadi suri hati Setan Merah, Sancho sangat disayangi dan tidak dibenarkan untuk bekerja sepenuh masa dan kadang-kala sahaja diberikan membuat kerja separuh masa.

Sebagai pemain bola sepak yang berpotensi besar yang sudah mencipta reputasi yang gah dan agak luar biasa bersama Dortmund, empat musim di Jerman Sancho menjaringkan 54 gol mencipta 67 assist.

Sancho jarang diberikan peluang untuk beraksi di teater impian, Sancho hanya bermain dari kesebelasan utama untuk tiga perlawanan dari 9 perlawanan Premier League setakat ini dan banyak bermula dari bangku simpanan.

Ole Gunnar Solskjaer yang semakin diragui kredibilitinya tampak tidak tahun untuk menggunakan Sancho dengan cara terbaik.

Jadon Sancho masih lagi belum diberikan peluang bermain selama 90 minit penuh di Premier League dan gagal menjaringkan gol dan juga gagal mencipta assist dalam tujuh perlawanan Premier League dimana beliau diturunkan.

Lantaran itu Sky Sport Jerman tanpa belas dan berhati perut telah menjadikan rekod semasa Jadon Sancho itu sebagai bahan troll bersandarkan kepada nombor 007 yang sinonim dengan James Bond.

Gambar Jadon Sancho telah disunting dikenakan pakaian ikonik James Bond yang merupakan seorang ejen rahsia bersama dengan rekod permainannya β€˜They call me 007 atau mereka gelar aku 007’.

Dalam gambar itu juga tertera statistik Sancho, 0 gol, 0 assist, 7 perlawanan. Suntingan ini memang kelakar.

0 – gol
0 – Assist
7 – Perlawanan

Sebelum ini Jadon Sancho telah diragui oleh rakan sepasukannya sendiri secara peribadi selepas melihat permulaan perlahan beliau di Old Trafford pada ketika ini.

Ini kerana bekas bintang Borussia Dortmund itu gagal untuk menjaringkan gol atau mencatatkan assists dari 10 penampilan beliau dalam semua pertandingan untuk Manchester United.

The Mirror telah melaporkan tentang dakwaan yang dilakukan oleh Duncan Castles di The Transfer Window Podcast, yang ada pemain United lain merasakan Sancho gagal untuk menyesuaikan diri dengan saingan Premier League.

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah, rakan sepasukan baru Sancho itu dilaporkan turut mempersoalkan tentang sikap dan usaha yang beliau tunjukkan ketika sesi latihan.

Pemain berusia 21 tahun itu dianggap sebagai prospek masa hadapan bola sepak Inggeris, selepas pemain muda England itu mempamerkan aksi persembahan mantap sejak beberapa musim sebelum ini.

Jadon Sancho telah bermain di Jerman selama empat tahun selepas tiba dari Manchester City pada tahun 2017. Sepanjang berada di sana, dia telah menjaringkan 54 gol dalam 137 perlawanan dan dinamakan dalam pasukan terbaik Bundesliga sebanyak dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.

Legenda Manchester United, Gary Neville langsung tidak meletakkan kesalahan di atas bahu Sancho, dan menegaskan yang kekurangan impak dari penandatanganan baru kelab itu berpunca dari aksi hambar keseluruhan pasukan.

β€œSancho pada ketika ini, dia sebenarnya mangsa kepada persembahan buruk seluruh pasukan.”

BACA:Β  Ten Hag Mahu Pemain MU Berjuang Demi Lencana Di Dada Selepas Singkir Ronaldo Dan Sancho