Jake Paul bengang kerana Tyron Woodley langgar janji untuk mencacah tattoo selepas kekalahan di tangan Youtuber sensasi itu.
Perlawanan semula antara Jake Paul dan Tyron Woodley berkemungkinan tidak akan berlaku, dek kerana bekas Juara UFC itu menolak untuk mencacah tattoo seperti yang dijanjikan.
Sebelum bermulanya perlawanan mereka, kedua-dua petarung tersebut telah bersetuju, sesiapa yang kalah akan mencacah tattoo nama pemenang di tubuhnya.
Jake Paul says a rematch with Tyron Woodley is off … after the UFC star wouldn't get an "I love Jake" tattoo. https://t.co/sq9LbpcZ2j
— TMZ (@TMZ) September 9, 2021
Kedua-dua mereka turut membahaskan hal tersebut ketika sidang media sebelum perlawanan, dengan pelukis tattoo terkenal turut dipanggil untuk menghasilkan rekaan tattoo seperti yang dijanjikan oleh mereka.
Terdapat laporan yang turut menyatakan bahawa mengikut perjanjian mereka, tattoo tersebut akan dicacah sebaik tamat perlawanan tersebut.
Woodley turut bersetuju untuk mencacah tattoo ‘I Love Jake Paul’ ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan tersebut.
Walau bagaimanapun, selepas beberapa minggu kekalahan beliau di tangan Jake Paul, T-Wood masih lagi belum mencacah tattoo yang dijanjikan dan ia menyebabkan Paul rasa bengang dan tertipu.
Jake Paul Says Tyron Woodley ‘F–ked Up’ Potential Rematch by Refusing to Get Tattoo pic.twitter.com/sfnBrIDTRM
— Alonso Pirelli (@AlonsoPirelli) September 9, 2021
Woodley dianggap bukan anak jantan kerana tidak memegang pada janjinya, dan kerana itu juga, Jake Paul memilih untuk mencari lawan beliau yang seterusnya.
Maka dengan itu, berkemungkinan tidak akan ada perlawanan semula antara Woodley dan Jake Paul kerana Youtuber Amerika itu kini sedang mencari lawan yang baru.
“Tattoo itu merupakan perjanjian sebelum perlawanan bermula.”
Jelas Paul di podcast ‘Full Send’ pada awal minggu ini.
“Ia merupakan perjanjian yang mana siapa kalah perlu cacah tattoo, jadi sekarang dengan tiba-tiba dia cuba ubah untuk jadikan ia sebagai syarat untuk perlawanan semula.”
Jake Paul Says No Rematch w/ Woodley After Failed Tattoo Bet, Eyeing Fury https://t.co/qLg0c94k6p pic.twitter.com/RYnXiJi3Bn
— Actors Red Carpet (@ActorsRedCarpet) September 10, 2021
“Perlawanan semula tidak masuk akal. Jika dia tidak mahu memenuhi janji dia, seperti sekarang dan video dia berjanji itu pun sudah tular, dan semua orang nak suruh saya lawan dia lagi? Saya mahu tapi dia yang rosakkan segalanya.”
Paul kemudiannya turut menambah.
“Dia kata, ‘ saya akan buat selepas kita tandatangani perjanjian’. Tidak. Dia sudah merosakkan perjanjian. Pergi cacah tattoo dulu dan biarkan saya putuskan dari situ.”
Perlawanan antara Paul dengan bekas peserta Love Island, Tommy Fury sepertinya akan berlaku selepas ini.
Kedua-dua mereka sepertinya sudah memberi bayangan yang mereka akan bertarung selepas ini dengan muat naik mereka di media sosial.
Duo tersebut juga bahkan turut sudah bertentang mata di belakang pentas selepas aksi kemenangan Jake Paul bertemu Woodley sebelum ini.
“Dia berbakat.”
Tambah Paul ketika bercakap di podcast tersebut.
“Dia tidak terkalahkan. Dah ya, ya dia adik Tyson Fury. Dan dia memang petinju sebenar. Dia ada 4 juta pengikut di Instagram yang mana ia bagus untuk engagement.”
Tommy yang masih memegang rekod tanpa kalah tidak diragukan memang antara individu terbaik untuk menghentikan Paul dari terus sembang kemas.
Jake Paul shoots down rematch with Tyron Woodley after he "f*cked up" by not getting the 'I love Jake Paul' tattoo following a pre-fight bet.
Paul adds that he's likely targeting Tommy Fury as his next opponent #Boxing https://t.co/Sp49k9eV6c
— Damon Martin (@DamonMartin) September 9, 2021
Jake Paul sebelum ini tidak henti-henti membakar Conor McGregor supaya bersetuju untuk bertarung dengannya, namun petarung dari Ireland itu sama sekali tidak berminat.
Baru-baru ini Masvidal tampil meminta kepada Dana White supaya menerima tawaran dari adik beradik Paul, dan menghantar beliau untuk habiskan Youtuber sensasi itu.
Sumber: SPORTbible