Jangan Campur Sukan Dengan Politik, Kerajaan UK Selar Peminat Chelsea Laung Nama Abramovich

Macam pelik tapi benar, Kerajaan United Kingdom telah menyelar dan melarang tindakan peminat Chelsea melaungkan nama Roman Abramovich dan menyeru supaya tidak campur adukkan sukan dengan isu politik.

Jurucakap Perdana Menteri United Kingdom telah menyatakan bahawa, Borris Johnson telah menyifatkan perbuatan penyokong Chelsea melaungkan nama Roman Abramovich sebagai satu perbuatan yang tidak sesuai sama sekali.

Jurucakap Borris Johnson itu juga menyatakan bahawa penyokong Chelsea tidak sepatutnya membawa sentimen berbaur politik ke dalam kancah sukan bola sepak.

Chelsea telah dikenakan sekatan yang sangat berat lantaran pemiliknya Roman Abramovich dituduh sebagai penyokong kuat Vladimir Putin dan segala asetnya yang berada di United Kingdom dibekukan.

Berjalan-jalan sambil merenung ke jendela mengingati kisah-kisah lama

Walaupun Roman Abramovich telah menafikan tuduhan itu sekatan tetap dikenakan dan tindakan ini merupakan satu agenda politik yang secara tidak langsung boleh menjahanamkan Chelsea yang merupakan kelab bola sepak.

Penyokong Chelsea telah menyokong pemilik mereka secara terbuka dan lantang, menyanyikan namanya di Norwich dan di stadium sendiri, ketika aksi berdepan Newcastle United hujung minggu lalu.

Ia berlaku selepas Roman Abramovich dikenakan sekatan oleh kerajaan UK, dengan asetnya dibekukan – di mana Chelsea tidak lagi dapat menjual tiket baharu, barangan dan berunding kontrak baharu dengan pemain.

Sekatan kewangan yang serius menyebabkan Chelsea hanya mampu bertahan kurang dua minggu lagi dengan simpanan yang ada kini dan mungkin menamatkan musim ini lebih awal.

Jurucakap Boris Johnson telah menyelar laungan sokongan tersebut dengan menganggap ia sebagai ‘tidak sesuai sama sekali’ untuk menyatakan sokongan kepada Roman Abramovich di dalam stadium ketika ini.

Beliau berkata melalui Sky Sports:

“Kami tidak menafikan kekuatan perasaan semua orang di kelab tersebut, tetapi kami tidak dapat memaafkan tingkah laku yang sama sekali tidak sesuai pada masa ini.”

“Saya fikir orang boleh menunjukkan semangat dan sokongan untuk kelab mereka tanpa menggunakan isu luar seperti itu.”

Jurucakap itu meneruskan dengan mendakwa kerajaan terbuka untuk membenarkan Chelsea dijual, tetapi permohonan baharu diperlukan untuk membolehkan penjualan itu berlaku.

“Kami terbuka kepada proses penjualan kelab itu, kami akan mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan lesen untuk membenarkan perkara itu berlaku dalam keadaan yang betul.” tambahnya lagi.

“Tetapi ia adalah untuk Chelsea untuk menentukan proses yang tepat. Pada pemahaman saya adalah pembeli berpotensi akan mendekati kelab, yang kemudiannya perlu memohon lesen yang dipinda selanjutnya untuk memudahkan penjualan.”

“Setakat yang saya sedar perkara itu belum berlaku pada ketika ini.”

Tindakan daripada kerajaan UK ini pasti membuatkan para peminat berasa teraniaya melihat pasukan terjerumus dalam situasi kewangan yang sangat teruk untuk meneruskan kelansungan hidup sebagai sebuah kelab.

Lantaran sekatan itu juga menyaksikan penaja utama mereka Three dan Hyundai telah menggantung penajaan dan tidak lagi mahu logo mereka berada di jersi Chelsea.

Namun dengan kewangan disekat Chelsea tidak mampu menyediakan jersi kosong tanpa logo lalu terus menggunakan jersi lama seperti biasa.

Sementara itu Nike dan Trivago terus menyatakan kesetiaan mereka untuk terus bersama Chelsea sehingga keadaan kembali normal.

Gergasi Liga Perdana Inggeris itu telah menarik banyak minat sejak Abramovich meletakkan kelab itu untuk dijual.

Liga Perdana Inggeris, Piala Liga, Piala FA, Liga Europa, Liga Juara-Juara UEFA dan juga Piala Dunia Kelab FIFA – kesemuanya telah dibawa pulang di bawah pemilikan Abramovich.

Antara nama yang dilaporkan berminat mendapatkan Chelsea adalah Nick Candy, Hansjorg Wyss, Todd Boehly, Conor McGegor, The Sukan, Muhsin Bayrak, Sir Martin Broughton dan Jamie Reuben.

BACA:  UCL 2022/23: Borussia Dortmund Aibkan Chelsea