Bermain bola sepak dengan rakan-rakannya, Khabib Nurmagomedov menunjukkan bakat sukannya bukan sekadar berada di dalam sangkar oktagon apabila dia melakukan half volley cantik ke top bin, merempuh bahagian bawah palang di sepanjang perjalanan bola ke gawang.
Pemain pertahanan lawan gagal mengeluarkan bola dengan kemas lalu bola itu jatuh ke kaki Khabib cantik dengan lantunan cantik terus Khabib melepaskan rembatan peluru ke penjuru atas.
Kelajuan dan kederasan rembatan Khabib membuatkan penjaga gol terpinga-pinga tanpa ada peluang untuk melakukan aksi menyelamat, walaupun berusaha sedaya upaya melayangkan badan.
Begitulah teknik dan penangan rembatan legenda UFC itu, tiada penjaga gol yang dapat menyelamatkan rembatan itu, dan warga Rusia itu amat berpuas hati dengan usahanya ketika dia berpusing pergi untuk meraikan rakan sepasukannya.
Khabib would be a problem in the World Cup imo pic.twitter.com/Soan43Drc5
— Out Of Context MMA (@oocmma) December 5, 2022
Sepertinya Khabib sendiri kagum dengan apa yang dilakukan olehnya itu. Kalau dirembat kepala lawan mahu putus nafas di situ juga.
Khabib kemudiannya cuba meminta kelulusan Zlatan Ibrahimovic, sambil berkongsi gol itu kepada pengikut Instagramnya dan bertanya kepada penyerang AC Milan itu apa pendapatnya mengenai serangan itu.
Selepas bersara sebagai seorang petarung seni bela diri campuran Khabib berkerjasama dengan Clarence Seedorf untuk melancarkan akademi bola sepak mereka sendiri, yang mana ia dilaporkan para pelajar akan diajar bermain bola sepak menggunakan kaedah yang unik.
Akademi mereka akan mendedahkan kaedah latihan berasaskan gabungan bola sepak dan seni bela diri campuran, dan kerana itulah ia dianggap sangat unik.
Khabib and Clarence Seedorf announce a new football school in Dubai called Seedorf Khabib Performance Club.
The school will combine football and mixed martial arts in their training 🤝 pic.twitter.com/W5DKVUnoAI
— B/R Football (@brfootball) November 1, 2021
Nama akademi tersebut adalah ‘Seedorf Khabib Performance Club’ dan telah diumumkan secara rasmi di Dubai pada tahun lalu, dengan dua atlet terhebat sepanjang zaman dari dua sukan berbeza akan bekerjasama untuk menjayakan akademi ini.
Legenda bola sepak akan bergabung dengan legenda seni bela diri campuran akan bekerjasama untuk memajukan akademi tersebut, dengan mereka turut menyasarkan untuk membuka 10 akademi sama di seluruh dunia dalam tempoh 5 tahun.
Sementara maklumat lengkap tentang destinasi pertama dan bila akademi tersebut akan dibuka, Nurmagomedov telah mengesahkan akademi beliau, SK Sports Holding akan terus diperkukuhkan di Abu Dhabi dan Dubai.
Kerjasama antara Seedorf dan Nurmagomedov mula dijalinkan sejak mereka bertemu pada tahun lalu, dan menurut Seedorf mereka berdua dengan segera menjadi sahabat karib.
4 time #UCL winner Clarence Seedorf and former UFC lightweight heavy champion Khabib Nurmagomedov announced Seedorf Khabib Performance Club.
It is a football school where the training will combine football and mixed martial arts ⚽️🥋. pic.twitter.com/uDplD8AvTf
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) November 1, 2021
Seedorf merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi gelaran Champions League bersama tiga kelab berbeza seperti Ajax, Real Madrid dan AC Milan.
Dek kerana sudah mempunyai hubungan yang rapat, maka tercetuslah idea untuk membuka syarikat yang diberi nama SK Sports Holding.
Syarikat tersebut akan berpengkalan di DMCC di Jumeirah Lakes Towers, dan ia akan digunakan untuk memancing pelabur dari dalam dan luar negara untuk menjayakan akademi tersebut.
Kombinasi MMA dan bola sepak tentunya akan melahirkan para pemain yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Meanwhile over in JLT, Clarence Seedorf & Khabib Nurmagomedov (@TeamKhabib) announced the launch of Seedorf Khabib Performance Club, "a football school with a unique training methodology that will combine football & mixed martial arts [MMA]."
The duo founded SK Sports Holding. pic.twitter.com/XeuqxIbBNG
— ✍️ Rachel McArthur (@raychdigitalink) November 1, 2021
Berlatih MMA selain untuk menguatkan fizikal, ia juga bagus sebenarnya untuk kekuatan mental, dan apa yang paling penting sekali, latihan berasaskan seni bela diri akan membantu para pelajar untuk jadi lebih berdisiplin.
Agak menarik untuk melihat cadangan seperti ini ditubuhkan kerana gabungan dua sukan ini sebenarnya sangat sesuai dan serasi.
Jika gagal dibentuk dengan baik dan disalah guna gabungan seni bela diri dan bola sepak mungkin perlawanan bola sepak akan menjadi medan pertarungan.