Jaringan Rabona Erik Lamela Gol Terbaik Premier League Musim 2020/21

Erik Lamela telah dipilih sebagai pemenang anugerah gol terbaik Premier League (Premier League Goal of the Season) bagi musm 2020/21.

Satu Rabona cantik telah dihasilkan oleh Erik Lamela dalam perlawanan north London Derby yang menemukan Tottenham Hotspur dan Arsenal.

Jaringan yang dinobatkan sebagai gol terbaik musim ini merupakan gol pembukaan Spurs yang kemudiannya tewas 2-1 kepada Arsenal.

Dalam perlawanan North London Derby kali yang ke-189 berlangsung pada 14 Mac itu, Erik Lamela masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-20 menggantikan Son Heung min.

Hanya 10 minit sahaja diperlukan Erik Lamela membuktikan bahawa beliau boleh menggalas tugas yang ditinggalkan Son Heung Min dengan gol pembukaan.

Bukan biasa-biasa gol yang dijaringkan oleh Erik Lamela ini apabila telah melakukan satu rabona leret yang sangat mengelirukan.

Gol ini bermula dari hantaran merentasi padang Gareth Bale dari kanan padang mencari Sergio Reguilon yang nun jauh di kiri padang.

Sergio Reguilon tidak menunggu bola jatuh terlebih dahulu apabil terus menghantar bola kepada Lucas Moura yang cukup merembat namun segera ditutup ruang.

Dengan ruang yang tertutup, Lucas Moura segera menolak bola kepada Erik Lamela yang dengan geniusnya melakukan Rabona leret yang sangat mengelirukan.

Namun dalam perlawanan ini dengan gol cantik dan menawan lagi bijaksana, Erik Lamela telah dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua.

Tottenham Hotspur tewas 2-1 kepada Arsenal namun itu tidak menjadi penghalang untuk jaringan pembukaan Lamela dinobatkan sebagai gol tebaik sepanjang musim.

Ini bukanlah kali pertama Lamela menjaringkan gol Rabona untuk Spurs, di Europa League dalam kemenangan menentang Asteras Tripolis pada Oktober 2013, Lamela menjaringkan gol dengan teknik yang sama.

Pemain Argentina itu telah beraksi sebanyak 23 perlawanan untuk Spurs bagi musim 2020/21 dan menjaringkan empat gol termasuk gol rabona itu dalam semua kejohanan.

Lapan calon lain yang ditewaskan Lamela untuk gol terbaik musim 2020/19 adalah:

1. James Maddison (vs Man City September 27)
2. Manuel Lanzini (vs Spurs Oktober 18)
3. Ola Aina (vs West Brom November 2)
4. Sebastien Haller (vs Crystal Palace Disember 16)
5. Mohamed Salah (vs West Ham Januari 31)
6. Bruno Fernandes (vs Everton Februari 6)
7. Jesse Lingard (vs Wolves April 5)
8. Edinson Cavani (vs Fulham Mei 18).

Ini merupakan dua musim berturut-turut pemain Tottenham Hotspur telah berjaya merangkul anugerah gol terbaik dalam semusim selepas Son Heung Min melakukannya musim lalu.

2019/20 – Son Heung Min (Tottenham Hotspur).
2020/21 – Erik Lamela (Tottenham Hotspur).

Jaringan Son Heung Min bukan sahaja dinobatkan sebagai Gol Terbaik Premier League 2019/20 malah telah diangkan sebagai gol terbaik dunia tahun 2020.

Son Heung Min telah dipilih sebagai pemenang Anugerah FIFA Puskas 2020 melalui gol solo beliau yang sangat padu ketika menentang Burnley pada 7 disember 2019.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu telah melakukan larian solo dari kawasan sendiri dan membelah padang sehingga ke kotak penalti lawan sebelum melepaskan satu rembatan padu.

Gol yang berpunca dari serangan balas pantas secara sola membuatkan Son bangga terutama sekali secara kebetulan ibu dan bapanya turut berada di dalam stadium pada hari kejadian.

Dalam temuramahnya Son Heung Min menyalahkan rakan sepasukannya kerana tidak memberi bantuan yang diperlukan ketika itu dan memaksa beliau melakukan larian solo.

Selepas perlawanan Son Heung Min melihat kembali jaringan itu dan menyedari gol itu sangat istimewa dan diangkat gol terbaik dunia bertambah-tambah istimewa.

Adakah jaringan Rabona yang dilakukan oleh Erik Lamela ini akan menang anugerah Puskas 2021?

BACA:  Kane Catat Hat-trick Bantu Spurs Dari Diaibkan Oleh NS Mura