Mason Mount menegaskan yang beliau tidak akan mengejek rakan sepasukannya, Jorginho berkait kegagalan skuad Itali untuk layak ke Piala Dunia.
Bintang Chelsea itu merasakan kegagalan Itali bukanlah satu hal yang boleh beliau bawa bergurau kerana mahu menjaga hati rakan sepasukannya itu.
Juara Eropah itu tidak akan membuat penampilan di pentas Piala Dunia Qatar nanti selepas mereka disingkirkan oleh North Macedonia di pusingan play-off.
Mount offers support to Jorginho following World Cup heartbreak – Mason Mount says he has spoken to Chelsea team-mate Jorginho to offer his support following Italy’s shock exit out of the 2022 World Cup qualifiers. https://t.co/5c2Zt6SI3L
— Chelsea Fans (@WeAreChelsea_FC) March 27, 2022
Ia bermaksud ini merupakan kali kedua berturut-turut untuk pemenang empat kali gelaran Piala Dunia itu gagal melayakkan diri ke saingan Piala Dunia.
Mereka terkandas di pusingan play-off ketika aksi Piala Dunia Rusia, dan edisi kali ini, mereka sekali lagi melalui hal yang sama.
Walaupun skuad kendalian Roberto Mancini itu berjaya menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir Euro 2020 yang lalu, Mount merasakan beliau tidak mahu membalas dendam dengan mengusik rakan sepasukannya, Jorginho.
“Saya selalu katakan yang Jorgi memang pelawak dalam skuad, tapi bila datang tentang perlawanan besar bertemu kami, tak ada hal lain selain dari hormat menghormati antara kami semua.”
Jelas Mason Mount kepada The Telegraph.
“Ketika kamu dah di tahap itu dan kamu bermain dalam aksi perlawanan akhir, bola sepak itu berada di tengah-tengah dan ada semangat yang lebih perlu diutamakan.”
Class from Mason Mount. 👏🏿👏🏿 The same Jorginho and His stupid team mates who were mocking and teasing England after beating us last summer in the final. If the roles were reversed, Jorginho wouldn't do this. Karma taught Italy a hard lesson https://t.co/KF38NUBcoA
— Daniel 🏴🇬🇧🇳🇬 (@devvito93) March 27, 2022
“Keinginan untuk bantu negara kamu menang itu sangat bermakna, jadi tak ada benda yang boleh dilawakkan tentang itu. Semuanya tentang rasa hormat. Jika kamu lihat bagaimana jauhnya kedua-dua pasukan dah pergi dan lakukan untuk sampai ke perlawanan akhir, ia sebenarnya memakan kerja yang sungguh luar biasa.”
Ketika ditanya adakah beliau akan mengusik Jorginho kerana Itali tak layak ke Piala Dunia Qatar, Mason Mount kemudiannya menjawab:
“Tidak, saya tak akan mengusik atau mengacau dia tentang apa yang berlaku pada Itali. Sangat sukar untuk saya melihat seorang pemain yang pernah bermain dengan saya sejak tiga tahun lalu perlu melalui hal seperti itu.”
“Kamu sendiri tahu bagaimana kerja keras yang perlu diambil untuk sampai ke tahap tu, jadi untuk tersungkur di pertengahan jalan ia memang menyakitkan.”
Mason Mount bahkan turut menyampaikan pesanan khas kepada Jorginho dan meminta rakan sepasukannya itu agar bangkit dan jangan mengalah.
What Mason Mount sent to Jorginho after Italian World Cup agony. Read on: Total Football News – https://t.co/Nx8lwOMJee #football pic.twitter.com/wNrD8o40jt
— Total Football News (@AllUKFootball) March 27, 2022
“Saya sebenarnya ada menghantar mesej kepada dia dan kata, ‘Terus bangkit, kamu sedang lalui musim yang menakjubkan dan semoga kita boleh harungi musim ini bersama dan menang lagi pelbagai kejuaraan.”
Jika Mount memilih untuk tidak mahu menyindir rakan sepasukannya itu, para penyokong England pula tak henti-henti menganjing skuad Itali kerana tersingkir.
Penyokong England menganjing Itali tanpa belas
Penyokong England tak henti-henti menganjing skuad Itali selepas kekalahan 1-0 mereka di tangan North Macedonia kemarin.
Macam-macam memes yang dikeluarkan oleh para penyokong England untuk ditujukan kepada para pemain skuad Itali.
Skuad kendalian Roberto Mancini itu tidak akan membuat penampilan di pentas Piala Dunia di Qatar selepas mereka disingkirkan oleh North Macedonia.
Italy's disappointment may have brought a smile to English faceshttps://t.co/5GaYK1nWKu
— talkSPORT (@talkSPORT) March 25, 2022
Gol jaringan Aleksandar Trajkovski pada minit-minit akhir permainan sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan North Macedonia, seterusnya membuatkan kem Itali menangis.
Ia merupakan kali ke dua berturut-turut skuad The Azzurri gagal untuk ke Piala Dunia dan ia jelas satu tamparan yang hebat untuk mereka.
Ditambah pula mereka kini merupakan Juara benua Eropah selepas memenangi gelaran Euro 2020 musim panas lalu, penyingkiran ini nampak semakin menyakitkan.
Mereka berjaya menewaskan England di Wembley pada Julai tahun lalu untuk menjulang gelaran Euro 2020.
Sebaik wisel penamat dibunyikan, para pemain Itali tak henti-henti menganjing skuad The Three Liones, bahkan walau selepas seminggu saingan Euro tamat, mereka masih gigih menganjing di media sosial.
Last Italy’s World Cup game was June 15, 2014. Group stage vs England. 2839 days ago.
Last Italy’s World Cup knockout game was July 9, 2006. Final vs France (!). 5737 days ago.
Next one: 2026? 🇮🇹 #Italy
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 24, 2022
Disebabkan hal itu, maka tidak mengejutkan untuk melihat penyokong England kembali membalas dendam dan menganjing skuad Itali kerana tak layak ke Piala Dunia.
Benda dendam dah lama, bila dapat peluang itu yang berkicap Itali nak kena hadap tu.
Just like that, Italy are out pic.twitter.com/Xb404hPR43
— Soccer Memes (@SoccerMemes) March 25, 2022
North Macedonia stopping Italy from reaching the World Cup like… pic.twitter.com/HPJrFUGDM6
— ODDSbible (@ODDSbible) March 24, 2022
NORTH MACEDONIA KNOCKS ITALY OUT OF THE WORLD CUP PLAYOFFS pic.twitter.com/zqB3OVeEus
— Troll Football (@TrollFootball) March 24, 2022
Me enjoying North Macedonia beating Italy
Me instantly realizing England lost the Euros to Italy pic.twitter.com/BD75uYBFr8
— 𝙇𝙞𝙖𝙢 (@OfficialVizeh) March 24, 2022
North Macedonia facing Italy pic.twitter.com/hvM3yUPYKs
— ODDSbible (@ODDSbible) March 24, 2022
So Italy beat England to become European Champions only for North Macedonia to end their World Cup hopes.
Football heritage!pic.twitter.com/r5ANXRiGAR
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) March 24, 2022
“Hari ini mereka menangis menganggap mereka dirompak, gol Macedonia tak patut dikira kerana handball. Tapi bukan kah dulu mereka yang ajar kita untuk terima saja semua keputusan?”
“Naib Juara Euro dah menunggu di pentas Piala Dunia, Juara mana? Tersingkir? Kata nak kalahkan England lagi sekali.”
“Karma itu ada, sekarang tak ada ke pemain Itali yang nak promosikan pasta?”
“Macam mana sekarang? Tak nampak pun pemain Itali meriah dekat media sosial, mana mereka pergi?”
Italy out. Twice in a row.
Stunning.https://t.co/kMluPVtuUp
— Henry Bushnell (@HenryBushnell) March 24, 2022
Kali terakhir Itali membuat penampilan di pentas Piala Dunia adalah ketika aksi Piala Dunia 2014 dan mereka sudah tentu akan berusaha sehabis daya untuk layak pada 2026 nanti.
Memandangkan skuad Itali sudah sah tersingkir, Roberto Mancini sendiri dilihat terlalu kecewa dan tak mahu membincangkan tentang peranan beliau sebagai pengurus selepas tamat perlawanan.
“Kita akan lihat. Saya rasa semua orang terlalu kecewa sekarang untuk membincangkan tentang masa depan.”
Jelas beliau kepada Eurosport.
“Ia merupakan detik yang sukar, kasih sayang dan perhatian saya terhadap mereka sangat besar. Masih terlalu awal untuk kata apa akan berlaku seterusnya, semua orang terlalu kecewa, tapi bagi saya skuad ini ada barisan pemain hebat dan ada masa depan cerah.”
Itali merupakan pasukan kegemaran untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut dan ramai yang menjangkakan mereka bakal berdepan Itali untuk aksi perlawanan akhir play-off.
Skuad kendalian Roberto Mancini itu menguasai penguasaan bola dengan mereka mencatatkan 32 percubaan dengan 66% penguasaan permainan.
Italy since winning the World Cup in 2006:
2010: Knocked out at group stage
2014: Knocked out at group stage
2018: Failed to qualify
2022: Failed to qualify— B/R Football (@brfootball) March 25, 2022
Walau bagaimanapun, gol jaringan Trajkovski yang berjaya menewaskan Gianluigi Donnarumma dari jarak jauh sudah cukup untuk membuatkan kem Itali menangis.
North Macedonia selepas ini bakal turun beraksi bertemu Portugal, dan sudah tentu mereka mahu lakukan yang terbaik seterusnya mencari tempat untuk beraksi di pentas Piala Dunia nanti.
Portugal sendiri turut sangat terdesak untuk layak, dek kerana Piala Dunia Qatar berkemungkinan akan jadi edisi terakhir yang boleh disertai oleh legenda negara, Cristiano Ronaldo.
Mereka sebelum ini berjaya menewaskan Turki 3-1 untuk mara ke perlawanan akhir play-off dan mereka hanya perlu menewaskan North Macedonia sahaja untuk layak.
Sumber: SPORTbible