Jelas Martial Mahu Pergi, Persoalannya Kelab Mana Yang Nak? – Rangnick

Pengurus Interim Manchester United, Ralf Rangnick tanpa berselindung dan penuh jujur menyatakan bahawa Anthony Martial jelas mahu pergi meninggalkan pasukan Setan Merah di jendela perpindahan musim sejuk.

Namun satu persoalan telah dibangkitkan oleh Ralf Rangnick dan mungkin sama dengan persoalan ramai yang pasti menjentik akal waras Anthony Martial, kelab mana yang mahukan pemain dari Perancis itu?

Ralf Rangnick mengesahkan bahawa Anthony Martial memang benar benar mahu meninggal dari Manchester United pada bulan ini. Martial langsung tidak berganjak dengan pendiriannya.

Rangnick sudah menjelaskan bahawa beliau tahu ada beberapa pemain yang mahu pergi pada Januari ini. Namun kelab memutuskan bahawa beberapa pemain tidak akan dilepaskan kerana mengambil kira situasi pandemik yang melanda.

Kelab memerlukan saiz skuad yang besar. Edinson Cavani antara pemain yang sudah disahkan tidak akan dijual kepada mana mana kelab.

Namun untuk situasi Martial, Rangnick terbuka untuk melepaskan pemain itu.

Jendela perpindahan Januari rasminya sudah dibuka. Martial sudah menyatakan hasratnya kepada Rangnick beberapa minggu lalu, selepas Rangnick meminta pemain itu sendiri bersemuka dengannya berkenaan dengan kenyataan ejennya.

Ketika itu, ejen Martial memberitahu bahawa Martial mahu mencari kelab baharu. Ejennya menjelaskan bahawa Martial mahu mencari pasukan yang menawarkan lebih minit permainan kepadanya.

Rangnick ketika itu amat kecewa kerana Martial tidak terus bercakap sendiri dengannya. Sebaliknya cakap cakap di media menerusi ejennya.

Rangnick juga menyatakan bahawa Manchester United dan sesiapa sahaja di dalam kelab tersebut tidak seharusnya memujuk mana mana pemain yang mahu pergi.

Ini kerana Man United kelab yang besar dan seharusnya pemain berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan Man United. Kerana ramai lagi pemain lain yang di luar sana mengimpikan peluang untuk menyarung jersi Red Devils.

Ragnick kemudian menegaskan bahawa Martial akhirnya datang berbincang dengan beliau soal masa depannya dalam satu perbincangan yang sangat panjang.

Martial sudah bersama Manchester United selama tujuh musim lamanya. Jadi Ragnick juga memahami kenapa pemain itu mahu pergi mencari cabaran baharu dalam kariernya.

Dalam kenyataan selepas pertemuan mereka, Rangnick menyatakan: “Anthony Martial mahu pergi. Dia memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk beliau mencari haluan baharu.”

“Namun buat masa ini tiada tawaran rasmi daripada kelab lain ke atas beliau. Ini bermakna, dia masih kekal di sini.”

Martial tetap mahu pergi

Dalam kenyataan terbarunya, Rangnick sekali lagi menegaskan bahawa Martial mahu meninggalkan Manchester United.

Cuma kali ini Rangnick tak tahu, kelab mana yang mahukan Martial? Dan pada masa yang sama, Manchester United ada tanda harga tersendiri untuk bintang antarabangsa Perancis itu.

Rangnick berkata: “Anthony Martial sudah berterus terang bahawa dia mahu pergi. Tapi pada masa yang sama, persoalannya, kelab yang macamana yang berminat dengannya dan permintaan daripada kelab ini [Manchester United].”

Martial dijangka tidak akan terlibat dengan tugasan Man United minggu ini kerana dia sedang berusaha mencari kelab baharu. Sevilla antara kelab yang hangat dikaitkan dengan Martial.

Martial merupakan pemain yang dianggap sebagai prospek berpotensi besar ketika menyertai Manchester United dari Monaco.

Namun begitu, beliau gagal menyerlahkan potensinya secara konsisten. Beliau seringkali menjadi pemain simpanan dalam pasukan.

Sentiasa di belakang pemain seperti Marcus Rashford. Kini Manchester United sudah mendapatkan Ronaldo dan Sancho. Martial merasakan bahawa beliau lebih sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama.

Kini selepas masa yang lama di Old Trafford, Martial merasakan bahawa sekarang waktu yang tepat untuk dia mencari kelab baharu.

Beberapa nama kelab dikaitkan dengan Martial terutama sekali Sevilla. Martial pada masa yang sama masih mahu menyelamatkan karier antarabangsanya bersama Perancis.

Martial merupakan pemain penyerang sayap yang boleh beraksi di mana mana bahagian serangan. Dikenali dengan gaya permainan yang berasaskan kelincahan dan kepantasan, Martial kerapkali berdepan dengan masalah konsistensi.

Sebelum ini bekas pemain United dan bekas rakan sepasukan Martial di Monaco, Berbatov yakin bahawa Martial masih antara pemain yang hebat. Namun. Beliau berdepan dengan krisis keyakinan. Jadi Berbatov menyatakan bahawa pemain itu belum menjaringkan beberapa gol untuk menaikkan lagi keyakinannya.

Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Martial seringkali diberikan peluang untuk menonjolkan dirinya.

Jadi, ke manakah destinasi seterusnya Anthony Martial?

BACA:  Alasan Dungu Mengapa United Tak Mahu Conte Jadi Pengganti Ole