Jerman FA Akui Tidak Mampu Tandingi Gaji Klopp Di Anfield

Naib Presiden Jerman FA (DFB) mengakui mereka tidak mampu untuk menjadikan Jurgen Klopp sebagai pengurus baharu Liverpool. Malah ia dianggap sebagai mustahil kerana pendapatan pengurus itu yang begitu tinggi di Anfield.

Klopp sentiasa dikaitkan dengan skuad kebangsaan Jerman dan pada ketika kontraknya di kelab Merseyside itu menuju ke penghujung sebelum ini, Klopp menandatangani kontrak baharu untuk terus kekal di Anfield.

Kini kontrak Klopp hanya akan tamat pada 2026, dan bekas pengendali Borussia Dortmund itu menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya bersama Liverpool melainkan dirinya dipecat.

Dan sekiranya Klopp menginginkan peranan bersama Jerman pada masa hadapan, sudah tentu dia perlu menerima jumlah gaji yang lebih rendah sepertimana yang didedahkan Naib Presiden DFB Ralph-Uwe Schaffert.

“Pihak DFB langsung tidak berpeluang mendapatkan khidmat Jurgen Klopp,” kata Schaffert kepada Hannoversche Allgemeine dalam satu temubual.

“Dia memperolehi pendapatan €24 sebulan, tidak termasuk €26 juta yang dijamin diperolehinya daripada pengiklanan. Jadi semuanya Klopp menerima €50 juta setahun.”

Schaffert turut mendakwa bayaran diterima bekas pengurus Hansi Flick sebelum ini sebagai gila, namun memuji Julian Nagelsmann yang sanggup menerima bayaran yang lebih rendah demi lencana di dada.

Tembual bersama Schaffert turut mendedahkan kritikan mengejutkan terhadap beberapa pemain senior Jerman seperti Ilkay Gundogan dan Joshua Kimmich, selain kritikan terhadap beberapa anggota tertinggi lain di dalam DFB.

Komen daripada Schaffert mungkin tidak mewakili pendapatan DFB secara keseluruhan, namun tidak dapat dinafikan badan bola sepak itu melalui kesukaran untuk mendapatkan khidmat Klopp sejak beberapa tahun lalu.

Kontrak Nagelsmann hanya akan berakhir pada musim panas 2024 selepas Kejohana EURO 2024 di tempat sendiri. Dan selepas itu DFB terbuka untuk melantik pengurus baharu.

Kali terakhir Klopp dikaitkan untuk mengurus skuad kebangsaan negaranya, pengurus itu menekankan kesetiaannya kepada Liverpool dan keinginannya untuk memacu kelab itu ke era baharu.

BACA:  Wartawan Dedah Klopp Terus Meroyan Walaupun Kamera Telah Dimatikan