Jersi Barcelona Milik Siapa Paling Laku Keras Musim Ini?

Jersi pemain Barcelona yang paling laku dan laris pada ketika ini telah didedahkan dan ia adalah milik pemain kebangsaan Belanda, Memphis Depay.

Boleh dikatakan hampir setiap musim sejak sedekad ini, jersi Lionel Messi mempunyai permintaan paling tinggi berbanding jersi pemain lain.

Menurut laporan dari media Sepanyol, Gerard Romero, jersi Memphis Depay merupakan yang paling banyak dijual pada ketika ini, diikuti jersi milik Frenkie de Jong dan Ansu Fati.

Hal ini mungkin agak mengejutkan memandangkan Depay merupakan penandatanganan terbaru kelab pada musim panas lalu.

Beliau tiba di Nou Camp pada Jun lalu, dan nampaknya bintang Belanda itu memulakan kehidupan barunya di Sepanyol dengan agak cemerlang.

Beliau sudah diterima peminat dan menjadi antara pemain paling diminati berbanding kesemua pemain lain.

Beliau juga turut mempamerkan aksi persembahan yang cemerlang pada awal kariernya bersama Barca, dengan menjaringkan dua gol dari empat penampilan pertamanya untuk kelab.

Namun masih belum pasti sama ada jumlah jualan jersi pemain berusia 28 tahun itu secara keseluruhannya boleh menandingi rekod jualan Messi atau tidak.

Sepertinya agak sukar untuk menandatangani rekod penjualan jersi Messi memandangkan dalam situasi kini, walau bintang Argentina itu sudah beraksi bersama PSG, namun masih ada penyokong Barca yang membeli baki jersinya yang masih ada di store.

Menurut laporan dari Marca, jersi nombor 10 milik bintang Argentina itu (kini milik Ansu Fati) membawa keuntungan hampir 80% dengan nilai €20 ke €30 juta dari jumlah keseluruhan penjualan jersi Barca.

Romero turut mendakwa yang third kit Barcelona merupakan jersi paling laku keras pada ketika ini dengan ia sudah mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Jersi tersebut secara ekslusifnya akan di pakai dalam saingan Champions League musim ini untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita.

Tidak dinafikan jersi ketiga Barcelona merupakan antara yang paling menarik dan diminati bersama jersi ketiga milik Manchester City dan Borussia Dortmund.

Walaupun penjualan jersi mendapat sambutan yang baik, namun aksi para pemain Barca di atas padang ternyata sangat mendukacitakan.

Mereka pada ketika ini berada di kedudukan ketujuh dalam carta liga, dengan ketinggalan tujuh mata dibelakang pendahulu, Real Madrid.

Dari lima perlawanan awal dalam saingan La Liga musim ini, Barcelona merekodkan tiga keputusan seri dan hanya mampu mencatatkan dua kemenangan sahaja.

Mereka pada minggu lalu sekadar mampu mencatatkan keputusan seri bertemu Granada, dan pada minggu ini, skuad kendalian Ronald Koeman itu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Cadiz.

Sebagai tambahan dari keputusan teruk Barca pada musim ini, segelintir peminat turut mengkritik gaya permainan yang diterapkan oleh Ronald Koeman dalam beberapa perlawanan terakhir ini.

Pengurus dari Belanda itu dengan segera tampil untuk mempertahankan taktikal dan gaya permainan yang beliau bawa dengan menyatakan:

“Kami ubah sedikit gaya permainan kami.”

Jelas beliau dalam satu sidang media.

“Jika kamu lihat senarai pemain, apa yang akan kamu lakukan? Bermain tiki-taka? Tiki-taka dimainkan ketika kawasan tersebut tiada ruang?”

“Kita tahu ia mungkin bukan gaya permainan bola sepak Barcelona, tapi Barcelona yang sekarang bukan Barca lapan tahun dahulu.”

Hubungan Koeman dengan Joan Laporta juga tidak begitu baik dengan Presiden Barcelona itu menggesa agar pengurus dari Belanda itu menunjukkan perubahan dari segi keputusan perlawanan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bintang United Tolak Tawaran Dari Boca Juniors Untuk Berhijrah Ke Nou Camp Januari Ini