Jesse Lingard Bakal Raih Pendapatan Tertinggi di Newcastle?

Pemain berwajah bayi Manchester United, Jesse Lingard yang menjadi prospek panas dalam jendela perpindahan dilaporkan bakal menjadi pemain yang meraih pendapatan paling tinggi di Newcastle United.

Menurut laporan daripada HITC oleh Ian McGarry telah mendedahkan bahawa Newcastle United sanggup untuk menawarkan pemain tengah Manchester United itu gaji setinggi £200,000 seminggu.

Sebelum ini dalam bulan Oktober, AC Milan dan Barcelona dilaporkan sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan tandatangan bintang Manchester United itu.

Lingard menikmati karier yang menakjubkan ketika beliau beraksi bersama West Ham sebagai pemain pinjaman pada musim lalu.

Dari hanya 16 penampilan sahaja, Lingard sudah berjaya menjaringkan sembilan gol, dan memberikan impak yang sangat mengagumkan untuk The Hammers.

Selepas pengambilalihan oleh Public Investment Fund (PIF) yang diketuai oleh Putera Mahkota, Mohammed bin Salman telah berjaya melengkapkan pembelian Newcastle United dengan nilai £305 juta.

Newcastle United telah menyenaraikan empat pemain setan merah yang mahu mereka tandatangani pada jendela perpindahan Januari ini nanti iaitu Donny Van De Beek, Eric Baillym Anthony Martial dan Jesse Lingard.

Menurut laporan dari media UK, The Magpies berminat dengan kesemua empat pemain tersebut untuk menjadi sebahagian dari projek terbaru mereka memajukan Newcastle.

Dari empat pemain Setan Merah tersebut, hanya Jesse Lingard sahaja yang masih lagi kuat dikaitkan dengan Newcastle United.

“Mengikut pemahaman kami di Podcast Jendela Pemindahan, Lingard, yang berusia 29 tahun minggu depan, mungkin akan mendapat hadiah hari jadi yang terbaik daripada pemilik baharu Newcastle kerana mereka sanggup membayar pampasan untuk meninggalkan Manchester United.”

“United adalah tempat dia bermain selepas tempoh pinjamannya di West Ham tamat dan akan memberinya £200,000 seminggu untuk membuat pertukaran itu,” Ujar McGarry.

Walaupun berita perpindahan Lingard ini masih lagi ditahap khabar angin namun penyokong Newcastle United nyata tidak gembira dengan situasi ini.

Mereka tidak gembira bukan kerana Lingard tetapi jika perkara ini menjadi kenyataaan maka struktur gaji yang cantik selama ini akan musnah begitu sahaja.

Jika Jesse Lingard sudah mendapat gaji £200,000 seminggu berapakah gaji yang akan dibayar kepada pemain bintang jika berjaya diikat?

Bayaran gaji yang tinggi ini sekaligus memusnahkan struktur gaji yang diamalkan selama ini.

Bagi penyokong Newcastle United mereka tidak rela jatuh dalam perangkap kewangan dan menabur wang untuk mencari kejayaan. Mereka mahu Newcastle diuruskan secara bijak.

“Kami serius merasakan lebih baik tidak menawarkan Lingard £200K seminggu. Kita tidak mampu untuk jatuh ke dalam perangkap, membuang wang. Kita perlu bijak dengan perniagaan kita dan tidak dipaksa untuk memberikan gaji besar atau pemindahan besar.”

Newcastle United kini masih bergelut untuk kekal di Premier League dan mencari kemenangan pertama serta jauh untuk mendapatkan aksi di Eropah.

Tanpa aksi Eropah pemain seperti Lingard ditawarkan gaji setinggi £200,000 seminggu. Berapa gaji Newcastle nak bayar kepada pemain bintang jika mereka beraksi di Eropah.

Seorang indidividu yang mahu dirahsiakan identiti yang menjadi dalang sehingga pengambilalihan Newcastle United menjadi kenyataan telah mendedahkan strategi perpindahan pemain yang akan dilakukan oleh The Magpies.

Menurut apa yang dikatakan oleh pakar industri, pemilik Newcastle akan meniru sebuah kelab Jerman iaitu RB Leipzig yang kaya-raya namun memilih untuk melabur kepada bakat muda.

Pada ketika itu Ralf Rangnick merupakan tunjang dan tulang belakang kepada wujudnya RB Leipzig dan RB Salzburg dalam peta bola sepak Eropah yang sangat terkenal dengan penghasilan bakat muda dilaporkan menjadi sasaran Newcastle.

Namun berita itu terus sepi sehinggalah Ralf Rangnick telah menjadi pengurus interim Mancheste United sehingga akhir musim dan akan menjadi perunding kelab.

Sehingga kini masih lagi tidak jelas bagaimana hala tuju Newcastle United dan perlu menunggu sehingga jendela perpindahan Januari untuk mengetahui apa tindakan Newcastle.

BACA:  Pemain Pasukan Seteru Dedah Lingard Bakal Tinggalkan United Dalam Masa Terdekat