Jesse Lingard: Lemau Di Old Trafford, Hero Bersama England

Jesse Lingard menjaringkan gol pertamanya untuk England sejak hampir tiga tahun, dengan skuad kendalian Gareth Southgate berjaya menewaskan Andorra.

Bintang Manchester United itu juga turut meniru keraian terkenal Cristiano Ronaldo ketika beliau berjaya meledak gol untuk The Three Lions.

Lingard sebelum ini diketepikan dari skuad England di kejohanan Euro 2020 pada awal musim panas lalu, namun dipanggil semula untuk sertai aksi kelayakan Piala Dunia.

Beliau berjaya mencuri perhatian Gareth Southgate selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bersama West Ham pada pertengahan musim lalu.

Walau beliau tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama United musim ini, Lingard tetap dipanggil sertai skuad England untuk aksi pusingan kelayakan Piala Dunia pada minggu ini.

Lingard baru bermain selama empat minit sahaja bersama Man United sepanjang musim ini, namun pengurus England tahu kemampuan sebenar beliau.

Beliau telah diturunkan ketika aksi bertemu Andorra awal pagi tadi, dengan Lingard berjaya menjaringkan gol pembukaan England pada minit ke-18 permainan, selepas menyempurnakan bola hantaran dari Bukayo Saka.

Ia merupakan detik yang mengagumkan untuk beliau sendiri, kerana gol tersebut merupakan gol pertamanya di pentas antarabangsa sejak November 2018.

Memandangkan beliau bakal menjadi rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, maka Lingard memilih keraian ikonik legenda Portugal itu ketika meraikan gol jaringannya.

Bintang United itu menggabungkan keraian isyarat tangan ‘JL’ dan ditambah dengan keraian ‘SIUUUUU’ milik pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Lingard sebelum ini telah memberitahu West Ham bahawa beliau tidak mahu kembali ke London Stadium pada musim panas ini.

Walaupun ramai yang merasakan Lingard harus meninggalkan Old Trafford selepas ketibaan Cristiano Ronaldo, namun beliau tidak merasakan hal yang sama.

Pemain berusia 28 tahun itu sememangnya peminat setia legenda terhebat sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo, dengan beliau turut pernah dilatih oleh bekas bintang Madrid itu ketika karier kanak-kanaknya.

Jadi tidak mungkin Lingard mahu lepaskan peluang untuk jadi rakan sepasukan Cristiano Ronaldo selepas legenda kelab itu kembali ke bumi Old Trafford.

Ketika aksi bertemu England, Lingard berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan satu assists dalam membantu kejayaan Three Lions membelasah Andorra 4-0.

Harry Kane dan Bukayo Saka turut mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, seterusnya mengukuhkan rekod tanpa kalah England di pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar.

Jadi tidak hairan mengapa beliau masih dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan, walau tiada minit permainan di peringkat kelab, kerana pengurus tahu bakat dan kemampuan yang dimiliki olehnya.

Kontraknya bersama United akan berakhir pada musim panas akan datang, dan berkemungkinan selepas puas menjadi rakan sepasukan Ronaldo, Lingard bakal memilih untuk mendapatkan minit permainan bersama pasukan lain selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ini Bukti Jesse Lingard Menyokong Penuh Dakyah #OleOut