Ini Bukti Jesse Lingard Menyokong Penuh Dakyah #OleOut

Jesse Lingard menunjukkan tanda sokongan beliau terhadap kempen gerakan #OleOut dengan mengetik butang suka terhadap muat naik yang meminta pengurus United itu dipecat.

Beliau mengetik butang suka terhadap muat naik dari ‘fan page’ Cristiano Ronaldo di laman instagram, yang mana status tersebut mempromosikan dakyah #OleOut.

Muat naik tersebut sebenarnya menunjukkan beberapa gambar bagaimana Manchester United diaibkan oleh Liverpool di Old Trafford kemarin, dengan menulis #OleOut.

Walau bagaimanapun, bagi mengelak berlakunya fitnah dan Min tak sanggup nak merangkak dekat padang Mahsyar, sebenarnya tidak pasti sama ada Lingard sengaja atau tidak untuk mengelike muat naik tersebut.

Beliau boleh saja dianggap tak sengaja dengan memikirkan yang Lingard sekadar scroll laman instagram miliknya dan mengetik semua muat naik tanpa membacanya terlebih dahulu.

Namun begitu, agak masuk akal juga untuk memikirkan yang beliau memang berniat dan menyokong penuh cadangan tersebut, dek kerana dirinya sering diketepikan oleh pengurus dari Norway itu.

Kontroversi itu tercetus selepas kekalahan memalukan Manchester United di tangan Liverpool di Old Trafford kemarin, yang mana skuad setan merah dibelasah 5-0 oleh The Reds.

Keputusan itu jelas mengecewakan penyokong, pemain, dan semua yang terlibat dengan Manchester United, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sir Alex Ferguson sendiri geleng kepala melihat bagaimana kelab kesayangannya dibelasah teruk dihalaman mereka sendiri oleh musuh tradisi kelab, Liverpool.

Sebaik tamat aksi babak pertama perlawanan yang memperlihatkan Manchester United sudah ketinggalan 4-0, para penyokong sudah mula melancarkan kempen #OleOut secara besar-besaran di media sosial.

Bahkan pimpinan kelab sendiri turut terkesan dengan desakan dari para penyokong hingga menyebabkan mereka kini sedang mempertimbangkan untuk memecat legenda kelab itu.

Menurut sumber laporan dari MEN, pemilik kelab kini bersama lembaga pengarah sedang bermesyuarat untuk membincangkan soal masa depan Ole Gunnar Solskjaer.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih belum ada kata putus yang diputuskan oleh kelab berkait masa depan pengurus.

Laporan sama turut mendakwa yang Ole Gunnar Solskjaer kini sudah hilang sokongan dari para pemain, dan aktiviti Lingard di media sosial sepertinya membuktikan kenyataan itu adalah benar.

Seperti yang dilihat, Lingard secara terang-terangan mengetik butang suka pada muat naik yang mempromosikan kempen #OleOut dengan tidak rasa bersalah.

Secara tidak langsung, ia mengukuhkan lagi dakwaan yang mengatakan bahawa Solskjaer kini sudah hilang kepercayaan dari para pemainnya dan pimpinan kelab.

Para peminat memuji Lingard dan menganggap produk akademi kelab itu jelas sekali sangat memahami apa yang keluarga Manchester mahukan pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, terdapat juga komplot #OleIn yang menegaskan bahawa Lingard sebenarnya tidak sengaja mengetik butang suka tersebut.

Satu hal yang pasti, hanya Lingard sendiri yang tahu adakah beliau sengaja atau tidak untuk menyokong dakyah #OleOut di media sosial pada ketika ini.

Isu Lingard dengan penyokong United yang memarahi beliau ketika sedang memanaskan badan

Jesse Lingard tampil mengendurkan situasi tegang di media sosial, selepas ada peminat yang mendakwa beliau diganggu dan dihina ketika sedang memanaskan badan.

Beliau menjelaskan yang sebenarnya dirinya tidak dihina namun ada peminat yang meminta agar beliau bekerja lebih keras lagi.

Peminat tersebut menjerit ketika beliau sedang memanaskan badan di tepi padang dan memarahi atau bahasa sopannya menasihati Lingard supaya bekerja lebih keras ketika skuad mereka sedang dibelasah 5-0 di Old Trafford malam semalam.

Ketika penghujung aksi babak pertama permainan di Old Trafford semalam, Lingard dilihat sedang memanaskan badan di kawasan penjuru tepi padang.

Salah seorang penyokong yang mungkin sedang kecewa dengan keputusan perlawanan menjerit kepada Lingard dari arah tempat duduknya.

Video berlakunya insiden itu telah dimuat naik di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari para peminat.

Lingard dilihat menjawab:

“Saya tak berada di atas padang.”

@CantonaManc memuat naik video tersebut dan mendapatkan lebih dari dua juta tontonan.

Beliau mendakwa yang Lingard sebenarnya diganggu oleh penyokong tersebut, namun bekas prospek masa hadapan kelab itu tampil untuk menjelaskan situasi sebenar di laman twitter miliknya.

“Ia bukan gangguan! Dia kata, ‘bekerja lebih keras’ seolah macam saya tidak melakukan hal itu setiap hari, dan saya kata, ‘saya bahkan tidak ada dalam padang’”

Situasi itu berlaku ketika United sedang ketinggalan 3-0 di belakang Liverpool dengan Naby Keita, Diogo Jota dan Mo Salah masing-masing berjaya meledak gol untuk The Reds mendahului permainan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Bola Sepak Terpegun Dengan Aksi Cemerlang De Gea Menangkis Serangan Tottenham