Jesse Lingard Terus Memukau Dunia Dengan Gol Solo Dan ‘Berbatov Spin’

Jesse Lingard terus memukau dunia bola sepak dengan gol solo yang sangat padu malahan telah melakukan gerakan beraras tinggi lagi sukar yang bergelar ‘Dimitar Berbatov Spin’.

Berbatov Spin ini merupakan gerakan yang menjadi cap dagang kepada bekas pemain Manchester United, Dimitar Berbatov yang yang sentiasa kelihatan tenang tapi penuh berkemahiran lagi berseni.

Video paling popular ketika Berbatov melakukan putaran ini adalah ketika menentang West Ham United di tepi garisan padang sebelum menghantar bola kepada Ronaldo untuk menghasilkan gol.

Skil ini tampak sukar dan tidak masuk akal namun ia hanya melibatkan beberapa gerakan asas bola sepak yang digabungkan di kawasan sempit padang lalu menjadi satu seni bola sepak yang indah.

Pada satu ketika pemain lawan akan terfikir mereka sudah berjaya memaksa bola keluar namun ketika hampir di tepi garisan Berbatov telah melakukan putaran 180 darjah.

Inilah yang dinamakan ‘Berbatov spin’ atau putaran Berbatov yang kemudian menolak kembali ke padang dan sudah pasti pemain lawan sudah mati langkah dan terkesima.

Jesse Lingar telah menghasilkan gerakan ‘Berbatov turn’ beberapa minit selepas menjaringkan gol pertama West Ham United selepas menerima hantaran Vladimir Coufal.

Dari kawasan sendiri di sebelah kanan Jesse Lingard bersendirian melakukan larian membelah padang memasuki bahagian tengah menuju ke kotak penalti Wolverhampton Wanderers.

Lingard berjaya meloloskan diri dari seorang pemain Wolves yang mengejar dan dua orang yang cuba menutup ruang dari depan sebelum melepaskan rembatan.

Seluruh dunia terpukau, tergamam, termanggu sendirian melihat aksi bak adiwira daripada Jesse Lingard yang suatu ketika dahulu hampir saja tamat kariernya.

Belum sempat kekaguman kepada Lingard berakhir, Lingard terus menggegar dengan satu gerakan yang amat luar biasa dan terkenal menjadi milik Berbatov.

Lingard menerima hantaran tinggi dan pemain pertahanan Wolverthampton Wanderers, Nelson Semedo datang menutup ruang ketika bola sudah sampai ke bucuk kotak sepakan penjuru.

Sebelum sempat Nelson Semedo menutup habis ruang yang dimiliki Lingard dengan pantas pemain pinjaman Manchester United itu melakukan Berbatov Spin.

Jesse Lingard memusingkan badan dan melakukan satu flick melepasi Nelson Semedo dan menghantar bola kepada Arthur Masuaku.

Arthur Masuaku segera menolak bola itu kepada Pablo Fonals yang tidak dikawal untuk gol kedua perlawanan.

Jesse Lingard yang berwajah bayi dan sering menimbulkan salah faham dikalangan peminat bola sepak kerana menyangka beliau merupakan pemain remaja telah membuktikan potensi dirinya.

Pemain yang sering menjadi bahan ejekan di alam maya dengan pelbagai gelaran seperti lord dan Ligardinho ini telah dipinjamkan ke West Ham United untuk mendapat minit permainan.

Kebangkitan bersama West Ham United menyaksikan beliau kembali mendapat kepercayaan Gareth Soutgate untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia dan berpeluang cerah menjadi pemain untuk EURO 2020.

Lingard pasti mahu menempatkan dirinya dalam pasukan England yang akan beraksi dalam Euro akan datang. Lingard antara pemain penting dalam skuad Gareth Southgate di Piala Dunia Rusia 2018.

Pemain kelahiran akademi Manchester United ini merupakan prospek masa depan masa depan Setan Merah dan England, psda suatu ketika perkara ini hampir menjadi kenyataan.

Tetapi pada usia 28 tahun yang sepatutnya menjadi waktu puncak bagi seorang pemain tidak berjalan dengan lancar untuk Lingard yang terciduk dan kini kembali ke potensi sebenar.

Wolverhampton Wanderers 2-3 West Ham United

West Ham United kembali ke tangga keempat Premier League selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers selepas Chelsea dan Tottenham Hotspur mengalami kejadian kehilangan mata.

Jesse Lingard terus mempamerkan aksi memberangsangkan dan semakin kembali kepada karier bola sepaknya bagi mememuhi segala potensi diri yang ada padanya.

Pemain pinjaman Machester United itu telah menjadi nadi kemenangan dengan satu gol golo dengan larian dari tengah padang dan juga satu bantuan gol.

Jesse Lingard meletakkan West Ham United di depan seawal minit keenam perlawanaan sebelum Pablo Fonals menggandakan kedudukan lapan minit kemudian.

Gol Pablo Fonals ini berpunca dari gerakan penuh berseni Lingard yang melakukan ‘Berbatov Spin’ sebelum menghantar bola kepada Arthur Masuaku yang menolak kepada Fonals yang tidak dikawal.

Selepas 38 minit perlawanan West Ham United mendahului dengan tiga gol kali ini melalui Jarrod Bowen yang menyudahkan lorong Jesse lingard.

Tiada pemain yang terlibat dalam jaringan yang lebih banyak berbanding Ligard di Premier League sejak belaiu melakukan debut untuk West Ham United.

Sejak membuat penampilan pertama bersama West Ham United pada 3 Februari 2021 , Lingard telah menjaringkan 6 gol dan 3 bantuan gol.

Lord Lingard bukan sekadar gelaran kini.

Wolverhampton Wanderers cuba bangkit dan berjaya merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama melalui satu sundulan tajam Leander Dendoncker.

Ini merupakan gol pertama Leander Dendoncker di Premier League musim ini selepas melakukan 28 percubaan.

Sebelum ini Leander Dendoncke memegang rekod pemain paling banyak melakukan percubaan tanpa menjaringkan gol.

Fabio Silva menjaringkan gol kedua Wolverhampton Wanderers dan itu jaringan terakhir dalam perlawanan ini yang berkesudahan 3-2 memihak kepada West Ham United.

Untuk rekod, Fabio Silva telah mengalami kekalahan dalam semua tiga perlawanan Premier League apabila beliau menjaringkan gol.

Wolves (4-2-3-1) Rui Patricio; Semedo, Coady, Saiss, Ait-Nouri; Dendoncker, Neves; Traore, Podence, Neto; Willian Jose.

Substitutes: Ruddy, Hoever, Silva, Gibbs-White, Vitinha, Kilman, Otasowie, Richards, Marques.

West Ham (4-2-3-1) Fabianski; Coufal, Dawson, Diop, Cresswell; Noble, Soucek; Fornals, Lingard, Masuaku; Antonio.

Substitutes: Martin, Trott, Balbuena, Alves, Fredericks, Johnson, Benrahma, Bowen, Odubeko.

Referee Michael Oliver.

BACA:  Jesse Lingard Cipta Fenomena Di Seoul Dan Bantu K League Cipta Rekod Baharu