Jesse Lingard Terus Menggila Dengan Gol Ajaib

Pemain yang berstatus pinjaman daripada Manchester United yang kini bersama West Ham United, Jesse Lingard terus menggila dan terus-menerus menjaringkan gol, kali ini dua gol terhasil.

Dua jaringan pendahuluan daripada Jesse Lingard telah membantu West Ham United menewaskan Leicester City 3-2 sekaligus membantu Setan Merah mengukuhkan cengkaman di tangga kedua.

Ini merupakan gol ketujuh dan kelapan Jesse Lingard musim ini selepas 12 perlawanan di Premier League dan semua gol itu menjadi milik West Ham United.

Gol pertama Jesse Lingard musim ini dijaringakan pada 3 februari 2021 dan selepas dua bulan Lingard sudah menjaringkan 8 gol berada ditangga ke-20 mengatasi pemain yang beraksi hampir penuh musim:

  • Sadio Manè (7)
  • Richarlison (6)
  • Jack Grealish (6)
  • Phil Foden (6)
  • Mason Mount (6)
  • Roberto Firmino (6)
  • James Rodriguez (6)
  • Timo Werner (5)
  • Kevin De Bruyne (5)

Gol pertama Lingard hadir pada minit ke-29 selepas menyempurnakan hantaran Vladimir Coufal dengan satu teknik yang agak ajaib juga untuk difikirkan akal yang waras.

Jesse Lingard telah melencongkan bola ketika pemain Leicester City cuba membuat hadangan dan menyaksikan Kasper Schmeichel tercengang melihat bola masuk.

Sebelum tamat separuh masa kedua Lingard menggandakan kedudukan dengan satu gol tolakan mudah selepas Kasper Schmeichel keluar untuk menghalang Jarrod Bowen.

Namun Jarrod Bowen menolak bola kepada Lingard yang berada di depan kotak penalti tanpa dikawal.

Tiga mini bersambung babak kedua, Jarrod Bowen mencetak nama selaku penjaring dengan gol ketiga dengan satu gerakan cantik selepas memintas hantaran Leicester City.

Pemain pertahanan West Ham United, Issa Diop menjaringkan gol keempat lima minit kemudian dengan satu tandukan depan mata namun dibatalkan kerana offside.

Jika West Ham United mempunyai Lingard, Leicester City pula mempunyai Kelechi Iheanacho yang sentiasa menjaringkan gol padu dari jarak jauh.

Kelechi Iheanacho mengecilkan defisit jaringan dengan gol pertama Leicester City dengan rembatan padu luar kotak penalti pada minit ke-70.

Ketika permainan hampir tamat, Kelechi Iheanacho datang lagi dengan gol kedua selepas merembat bola kali ini dari jarak dekat.

Namun gol itu sudah terlambat untuk Leicester City mengejar untuk sekurang-kurangnya berkongsi satu mata.

Kemenangan ini telah melonjakkan kembali West Ham United ke tangga keempat Premier League dengan menolak Chelsea ke tangga kelima dengan kelebihan satu mata.

Adakah Jesse Lingard akan terus tajam dan berbahaya untuk membawa West Ham United ke Champions League yang menjadi idaman ramai?

Kembali Jesse Lingard ke padang bola sejak bulan Februari lalu telah menarik perhatian pengurus England, Gareth Southgate memanggil beliau kembali.

Tempat Jesse Lingard di skuad England untuk kejohanan Kejuaraan Eropah (EURO 2020) dan mengetepikan nama besar yang lain.

Jessi Lingard dilaporkan boleh menjadi pemain tetap West Ham United pada musim hadapan namun syarat yang dikemukakan Manchester United adalah Declan Rice sebagai syarat perpindahan.

Syarat agak mengarut ini telah ditolak oleh West Ham United dengan penuh bergaya.

West Ham United: Lukasz Fabianski, Vladimir Coufal, Craig Dawson, Issa Diop, Aaron Cresswell, Mark Noble, Tomas Soucek, Pablo Fornals, Jesse Lingard, Arthur Masuaku, Jarrod Bowen

Subs: David Martin, Nathan Trott, Fabian Balbuena, Frederik Alves Ibsen, Ryan Fredericks, Ben Johnson, Conor Coventry, Said Benrahma, Ademipo Odubeko

Leicester City: Kasper Schmeichel, Daniel Amartey, Jonny Evans, Wesley Fofana, Ricardo Pereira, Youri Tielemans, Wilfred Ndidi, Timothy Castagne, Dennis Praet, Kelechi Iheanacho, Jamie Vardy

Subs: Danny Ward, Vontae Daley-Campbell, Christian Fuchs, Luke Thomas, Sidnei Tavares, Marc Albrighton, Nampalys Mendy, Thakgalo Leshabela, Thanawat Suengchitthawon

BACA:  "Dia Tak Macam Tu Di Tempat Kami" Jelas Noble Tentang Lingard