Jika gol Cristiano Ronaldo ketika menentang Serbia tidak dirompak oleh mutu pengadilan di pusingan kelayakan, Portugal telah lama mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.
Kerana rompakan dan ketidakadilan itu, Portugal terpaksa melalui pusingan Play-off dan telah berjaya menewaskan Turki untuk bertemu North Macedonia di perlawanan akhir merebut slot ke Piala Dunia.
Sebelum ini dunia mencanangkan bahawa bakal tiada Itali atau Portugal di pusingan akhir Piala Dunia, namun North Macedonia telah membuktikan sebaliknya apabila menendang keluar juara Eropah itu.
Kegagalan sepakan penalti Jorginho ketika menentang Switzerland kembali diungkit sebagai punca, kalaulah Jorginho, Itali ketika itu akan menang, seterusnya layak ke dan bukan sekadar seri lalu ke Play-off dan tewas.
If Jorginho “the best midfielder in the world” scored this penalty, Italy would be in the World Cup. pic.twitter.com/OWdseW7vA0
— ُ (@Asensii20) March 24, 2022
Di atas kertas Portugal seperti mendapat laluan mudah ke Piala Dunia kerana lawan mereka hanyalah pasukan kerdil namun mereka telah mengejutkan dunia bola sepak.
Ramai mula percaya North Macedonia mampu melakar kejutan ke atas Portugal dan membuatkan Cristiano Ronaldo menangis.
Jika benar ini terjadi sudah pasti rompakan gol Ronaldo kembali menjadi sebutan, kalaulah gol Ronaldo tidak dirompak. Jorginho merompak pasukan sendiri namun Portugal telah dirompak.
Mana lagi pedih?
🇵🇹Porto’s Otávio the unlikely hero for Portugal;
⚽️🅰️His goal and assist to Diogo Jota has Portugal cruising with a 2-0 lead over Turkey.#WCQ|#Qatar2022|#PORTUR pic.twitter.com/QdB8wTJmc1
— #ChampionsLeague (@alimo_philip) March 24, 2022
Gol kemenangan minit akhir Portugal dari pemain harapan dunia yang kacak bergaya serta hebat, Cristiano Ronaldo telah dirompak oleh pengadil selepas tidak mengesahkan jaringan tersebut.
Pada pandangan mata kasar dan berdasarkan kepada gambar yang dikongsi oleh warga maya jelas bola telah melepasi garisan gol namun tidak berikan kepada Portugal.
Kerana peluang itu tidak dikira, maka Portugal sekadar seri 2-2 apabila bertandang ke Stadion Rajko Mitic, Serbia dalam kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di saingan kumpulan A.
PORTUGAL HAVE BEEN ROBBED.
CRISTIANO HAS BEEN ROBBED OFF A WINNER…https://t.co/MiJb2UP37A
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) March 27, 2021
Ketika perlawanan di masa kecederaan selama tiga minit hanya berbaki 10 saat sahaja untuk tamat, Cristiano Ronaldo telah tampil untuk menampilkan aksi kapten yang perwira.
Cristiano Ronaldo melakukan larian dari sebelah kanan padang selepas Nuno Mendes yang nun kejauhan diseberang sebelah kiri padan melakukan satu hantaran gelembung buaya.
Melihat bola datang seiringan dengan larian CristianO Ronaldo, penjaga gol gol Serbia, Marko Dmitrovic keluar untuk mencabar Ronaldo.
— MyBlueEmpire (@MyBlueEmpirex) March 27, 2021
Namun Ronaldo lebih laju dan Marko Dmitrovic terciduk walaupun sehabis daya menutup ruang yang ada dan sedikit ruang sudah cukup untuk Ronaldo menolak bola ke gawang terbuka.
Pemain Serbia datang mengeluarkan bola dan Ronaldo telah meraikan jaringan tersebut namun tiada pengesahan daripada pengadil bahawa itu adalah gol.
Pengadil telah menafikan jaringan ke-103 Ronaldo dan kerana menzahirkan kekecewaannya, Ronaldo telah dilayangkan kad kuning.
Cristiano Ronaldo walked off the pitch before the final whistle at the end of the Serbia-Portugal game, and threw his captain's armband in frustration. pic.twitter.com/I2i9uwkPhM
— ESPN FC (@ESPNFC) March 27, 2021
Tidak berkesudahan kekecewaan Ronaldo apabila telah meninggalkan padang sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil dan lilitan kapten telah hempas ke padang.
Untuk makluman semua teknologi garisan gol tiada dalam perlawanan ini maka dengan itu video assistan referee (VAR) yang lebih canggih juga tidak wujud.
Pemain Liverpool, Diogo Jota terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-11 selepas menyundul tajam hantaran indah Bernardo Silva.
Diogo Jota kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-36 juga melalui satu sundulan sesedap rasa kali ini dari hantaran Cedric Soares.
Portugal menamatkan tempoh 45 minit pertama dengan dua gol di depan walaupun bertamu di tempat lawan.
Pemain penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic merapatkan kedudukan seawal minit pertama separuh masa kedua juga melalui sundulan.
Pada minit ke-60, Filip Kostic berjaya menyamakan kedudukan dengan satu penyudah yang sangat klinikal dan kedudukan ini kekal hingga 90 minit masa sebenar.
Memasuki masa kecederaan, Nikola Milenkovic telah dilayangkan kad merah sebelum gol kemenangan Portugal dari Cristiano Ronaldo telah dirompak.
Insiden ini telah menimbulkan kemarahan kepada peminat setia Cristiano Ronaldo dan media dunia melaporkan bahawa Ronaldo telah dirompak.
https://twitter.com/Madridi7ii/status/1375929161013989376
📸 Even clearer picture.
Definitely a goal and Portugal robbed! pic.twitter.com/uCjJUX4cfX
— TCR. (@TeamCRonaldo) March 27, 2021
Hampir semua yang melihat kejadian ini menyatakan bahawa percubaan Ronaldo adalah gol dan telah dinafikan pengadil.
Dan sudah pasti perkara ini akan menjadi bahan jenaka untuk warga maya.
What we all saw vs. What the referee saw pic.twitter.com/RvRjesXOst
— TCR. (@TeamCRonaldo) March 27, 2021
Cristiano Ronaldo becomes the FIRST PLAYER EVER in the history of football to get a yellow card for scoring a goal…pic.twitter.com/BrgU8FqesD
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) March 27, 2021
Ini bukan kali pertama, gol Ronaldo dirompak dan kisah Nani merompak gol Ronaldo pada tahun 2010 adalah sangat epik dan lejen.
Nani Rompak Gol Ronaldo
Pada tahun 2010, Nani telah melakukan satu kesilapan terbesar dalam karier beliau, dan kesilapan itu telah membuatkan Cristiano Ronaldo sangat marah.
Mana mungkin Ronaldo tidak marah, jaringan cantik beliau telah dibatalkan hanya kerana kesilapan yang telah dilakukan oleh Nani.
Ronaldo mengetuai pasukan kebangsaan Portugal telah turun beraksi bertemu dengan Sepanyol.
Luis Nani:
“Best player ever? I have seen so many… even from the past like Maradona, Pele… but… numbers don’t lie and they also show he is the best – Cristiano Ronaldo.”
[La Republica] pic.twitter.com/GInuobvOHy
— TCR. (@TeamCRonaldo) April 4, 2020
Terjadi satu insiden yang tidak boleh dilupakan oleh Nani dalam perlawanan itu yang mana beliau telah menjadi punca jaringan Ronaldo dibatalkan.
Ronaldo menghasilkan gol itu melalui satu gerakkan solo yang cukup cantik dengan awalnya beliau telah mengayam-ayamkan Pique didalam kotak penalti.
Setelah mengucar ngacirkan barisan pertahanan Sepanyol, Ronaldo berjaya melambungkan bola begitu kemas dan cantik menewaskan Iker Casilas.
#ThatAwkwardMoment When Nani completely ruined Cristiano Ronaldo's goal of the year contender.pic.twitter.com/Mn4pIZ8u7S
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) October 2, 2015
Melihat bola itu melambung cantik menewaskan Casilas dan sudah hampir untuk menerjah jaring gawang pasukan Sepanyol, Ronaldo sudah bersedia untuk meraikan jaringan itu.
Entah bagaimana, Nani muncul dari belakang lalu menanduk masuk bola yang dilambungkan oleh Ronaldo pada awalnya.
Sekiranya Nani tidak gatal kepala nak tanduk bola itu pon, bola itu sudah pasti akan menerjah jaring gawang Sepanyol.
#Tbtto when #Nani ruined #CR7 best ever goal. @Cristiano reaction is priceless https://t.co/0l9ihKScwG pic.twitter.com/ttdW9xt5Jv
— Sporter (@SporterKenya) March 25, 2017
Yang menjadi masalah apabila Nani menanduk bola itu adalah, beliau datang dari kedudukan yang Offside.
Jadi dek kerana Nani datang dari kedudukan Offside, gol cantiknya itu telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Ronaldo jelas kelihatan sangat marah dengan insiden itu, beliau begitu marah hingga mencabut arm band nya dan dihempas kebawah.
Nani benar-benar rasa bersalah selepas tersilap menanduk bola yang sudah masuk kedalam gawang gol Sepanyol sewaktu datang dari kawasan Offside.
Beliau merasakan bahawa dirinya harus meminta maaf kepada Ronaldo selepas perlawanan itu tamat.
“Saya menyentuh bola itu kerana saya tidak tahu bahawa saya datang dari kedudukan offside, semuanya berlaku terlalu pantas.”
“Selepas saya fikir dalam-dalam tentang kejadian itu, saya meminta maaf kepada Ronaldo. Ronaldo melakukan gerak yang cukup menarik untuk menghasilkan jaringan itu, saya tidak patut merosakkannya.”
Jelas Nani kepada Guardian.
Ronaldo ketika itu melepaskan kemarahan beliau kepada pengadil perlawanan berbanding Nani.
Kerana menurut Ronaldo bola itu sudah melepasi garisan dan Nani menyentuh bola itu juga didalam gawang Sepanyol, jadi gol itu tidak sepatutnya dibatalkan.
“Saya tidak faham, saya rasa orang buta pon tahu bola itu gol, bola itu sudah masuk kedama gawang gol mereka dan sedikit sahaja lagi nak sentuh jaring.”
Jelas Ronaldo kepada Mecca.
“Saya tidak tahu kejadian itu disengajakan oleh Nani atau tidak, apa yang saya tahu gol terbaik saya bersama pasukan Portugal telah dibatalkan.”
Sehingga kini, sudah hampir 10 tahun berlalu, Nani masih merasa bersalah kepada Ronaldo.
“Saya rasa bersalah, setiap hari orang akan ungkit kembali hal itu dan setiap kali perkara itu berlaku ia menyiksa saya.”
“Saya faham saya adalah punca jaringan cantik Ronaldo dibatalkan, tetapi Ronaldo kini sudah banyak kali menjaringkan gol-gol yang cantik.”
“Dia kini pemain terbaik dunia, dia sudah capai segalanya, dia juga dah jaringkan gol lebih cantik dari itu, saya rasa dia sendiri sudah lupakan kejadian itu.”
Nani menjelaskan kepada dream team bahawa sehingga kini beliau masih trauma dengan kejadian itu dan para peminat masih mengungkit lagi kejadian itu.
“Apa yang penting Ronaldo tahu maksud saya dan beliau sudah maafkan saya.”
Jelas Nani lagi berharap supaya tiada orang akan membangkitkan lagi isu itu.