Joachim Low Gugurkan Leroy Sane Dari Skuad Akhir Jerman Ke Piala Dunia

Jurulatih Jerman, Joachim Low mencipta sensasi dan mengejutkan ramai pihak dengan menggugurkan bintang muda Manchester City, Leroy Sane dari skuad 23 pemain yang akan berangkat ke Piala Dunia.

Keputusan untuk menggugurkan Sane dilihat satu tindakan yang berani dari Low memandangkan pemain sayap tersebut baru sahaja mengharungi musim yang cemerlang bersama Manchester City dimana beliau berjaya memungut medal juara Liga Perdana Inggeris di samping memenangi Piala Carabao.

Walaupun mengharungi musim yang cemerlang bersama The Citizens, Leroy Sane akan menonton Piala Dunia dari sofa empuk rumahnya

Walaupun mengharungi musim yang cemerlang di peringkat kelab, prestasi beliau di peringkat antarabangsa sering menjadi persoalan. Laporan dari Jerman mendakwa keputusan untuk meninggalkan Sane diambil kerana prestasi buruk beliau di peringkat antarabangsa.

Low memilih untuk membawa Julian Draxler dan Sebastian Rudy bagi mengisi posisi sayap Jerman. Pemain yang sering dillanda masalah kecederaan, Marco Reus juga berjaya menambat hati Low untuk disenaraikan ke Russia.

Dalam perlawanan pemanas badan terakhir Jerman, mereka tumpas mengejut di tangan Austria 2-1. Kekalahan tersebut meneruskan rekod tanpa kemenangan mereka sejak berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia awal tahun ini.

Joachim Low ni memang tak beragak. Ko tak tahu ke tu Sane power

Low dilaporkan kecewa dengan Sane kerana gagal mempamerkan prestasi baik beliau setiap kali beraksi untuk skuad Pep Guardiola di Etihad Stadium. Selain Sane, 3 lagi pemain yang diketepikan adalah penjaga gol Bernd Leno, Jonathan Tah dan Nils Petersen.

Kebanyakan pemain yang dibawa Low bermain di Bundesliga. Rakan sepasukan Sane di Manchester City, Ilkay Gundongan masih mendapat kepercayaan Low untuk berada dalam skuad Jerman walaupun mengalami masalah kecederaan musim ini.

Ketiadaan Sane sememangnya mengejutkan banyak pihak kerana beliau merupakan antara pemain paling menyerlah dalam kempen domestik City yang cemerlang. Hanya seorang pemain sahaja yang bermain dalam 5 Liga Utama Eropah melakukan lebih banyak assists daripada Sane musim ini.

Neuer berjaya membuktika tahap kecergasannya untuk dipilih ke Russia. Besar kemungkinan beliau akan menggalas tugas sebagai kapten pasukan Jerman

Sane berjaya merekodkan 15 bantuan gol bersama Manchester City dan hanya rakan sepasukannya, Kevin De Bruyne sahaja yang berjaya mencipta assist lebih banyak iaitu 16.

Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer turut disenaraikan walaupun bergelut dengan masalah kecederaan hampir keseluruhan musim. Berikut adalah senarai nama pemain Jerman yang akan beraksi di Russia nanti.

Jerman bakal membuka kempen Piala Dunia mereka dengan perlawanan menentang Mexico pada 17 Jun ini disusuli dengan Sweden dan Korea Selatan. Neuer dijangka bakal menggalas tugas sebagai kapten pasukan.

Goalkeepers: Manuel Neuer (Bayern), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona), Kevin Trapp (PSG)

Defenders: Jerome Boateng (Bayern), Matthias Ginter (Borussia Mönchengladbach), Jonas Hector (Cologne), Mats Hummels (Bayern), Joshua Kimmich (Bayern), Marvin Plattenhardt (Hertha Berlin), Antonio Rüdiger (Chelsea), Niklas Süle (Bayern)

Midfielders: Julian Brandt (Leverkusen), Julian Draxler (PSG), Leon Goretzka (Schalke), Ilkay Gündogan (Man City), Sami Khedira (Juventus), Toni Kroos (Real Madrid), Mesut Özil (Arsenal), Sebastian Rudy (Bayern)

Forwards: Mario Gomez (Stuttgart), Thomas Müller (Bayern), Marco Reus (Dortmund), Timo Werner (Leipzig)

BACA:  Nagelsmann Dedah Sebab Kai Havertz Beraksi Di Posisi Bek Kiri