UEFA Halang Jerman Nyalakan Lampu Berwarna Pelangi Di Allianz Arena

UEFA telah menghalang Jerman dari meneruskan rancangan mereka untuk menyalakan lampu berwarna pelangi di Allianz Arena ketika aksi pertemuan bertemu Hungary nanti.

Jerman akan melayan kunjungan Hungary ke bumi Munich awal pagi esok untuk aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan F.

Peraturan baru di Hungary telah melarang sepenuhnya segala hal yang melibatkan perhubungan sejenis/homo atau penukaran jantina.

Hungary melarang sekeras-kerasnya hal berkait golongan ini untuk di bawa ke sekolah kerana mereka menolak sepenuhnya untuk hal seperti itu dipromosikan.

Dato Bandar Munich, Dieter Reiter mahu menyalakan lampu berwarna pelangi di Allianz Arena pada hari perlawanan nanti, dalam usaha mereka untuk membantah peraturan di Hungary itu.

Walau bagaimanapun, pihak UEFA dengan segera menghalang usaha tersebut dan memilih untuk bersikap semula jadi tanpa membela mana-mana pihak.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan dengan UEFA telah menyatakan:

“Perkauman, homo, sexism dan segala macam hal yang melibatkan penindasan adalah isu yang dihalang dalam pertubuhan kami. Dan ia juga merupakan masalah terbesar yang dihadapi dalam dunia bola sepak kini.”

“Perbuatan yang melibatkan penindasan telah merosakkan perlawanan, pemain, penyokong di luar stadium, di media sosial dan semua yang terlibat dalam sukan yang kita sayangi ini.”

“Walau bagaimanapun, UEFA melalui undang-undangnya, merupakan organisasi berkecuali jika melibatkan politik dan keagamaan. Memandangkan permintaan mereka akan melibatkan politik, yang mana keputusan itu telah dibuat oleh dewan parlimen Hungary, UEFA mesti menolak permintaan tersebut.”

Allianz Arena merupakan home untuk Bayern Munich dan stadium tersebut dilengkapi dengan lampu bumbung yang boleh dinyalakan dengan pelbagai warna.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sahaja selepas UEFA menjalankan siasatan ke atas ketua pasukan Jerman, Manuel Neuer yang sering memakai armband berwarna pelangi sepanjang kejohanan ini.

Warna itu jelas menyokong golongan tersebut dan Neuer disiasat kerana UEFA mahu memastikan beliau tiada agenda lain yang bertentangan dengan polisi persatuan.

Namun begitu, hal tersebut telah diselesaikan kerana UEFA menganggap Neuer memakai armband berwarna pelangi itu atas tujuan yang baik dan tidak melibatkan politik.

Pemain midfield, Leon Goretzka turut bersemangat ketika membela rakan sepasukannya itu dengan menjelaskan yang keseluruhan skuad Jerman sangat mempertahankan isu berkait hak sama rata.

“Ia sangat terganggu untuk kami meminta maaf atas hal itu, ia kerana sudah jelas apa maksud sebalik tindakan kami itu.”

Jelas Goretzka.

“Kami yang datang dari dunia bola sepak mahu mengatasi masalah melibatkan perkauman dan homo dengan kepelbagaian.”

Jerman ketika ini berada di kedudukan kedua dalam saingan kumpulan F selepas kejayaan mereka menewaskan Portugal 4-2 kemarin.

Skuad kendalian Joachim Low itu tewas 1-0 di tangan Perancis pada perlawanan pembukaan saingan Euro 2020, dan selepas mencatat kemenangan dalam aksi perlawanan kedua, Jerman yakin mereka akan meneruskan rentak kemenangan itu hingga ke aksi perlawanan akhir.

“Sudah tentu, kemenangan seperti ini seolah memberi kamu tenaga tambahan, tapi kami tak pernah meragui kemampuan kami. Kami tahu kami mampu untuk lakukan sesuatu yang lebih baik.”

Jelas Joachim Low kepada Goal.

“Perlawanan selepas ini akan jadi lebih sukar untuk kami, kerana Hungary bermain lebih ke bawah, mereka bertahan menggunakan lapan ke sembilan pemain. Kami harus atasi itu selangkah demi selangkah.”

“Memang banyak pasukan yang kuat dalam pertandingan kali ini, tapi pasukan yang ada segalanya dan melakukan yang terbaik dalam dua perlawanan awal, mereka jelas mempunyai kelebihan untuk memenangi pertandingan ini.”

Jerman hanya perlu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu Hungary nanti untuk layak ke peringkat seterusnya.

Kumpulan F yang dianggap sebagai kumpulan maut ini sememangnya menyajikan persaingan yang sengit antara kesemua empat pasukan.

Setakat ini, hanya Perancis sahaja yang sudah mengesahkan tempat untuk mara ke pusingan seterusnya selepas mereka mengumpul empat mata dari dua perlawanan.

Jerman, Portugal dan Hungary masing-masing memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati.

BACA:  Belgium Dianggap Pasukan Paling Bernilai Euro 2016