Belgium Dianggap Pasukan Paling Bernilai Euro 2016

London: Belgium dianggap pasukan paling bernilai Euro 2016 apabila 23 pemainnya bernilai lebih £50 juta (RM292 juta) berbanding skuad juara dunia Jerman.

Berdasarkan kajian Profit Accumulator, skuad Marc Wilmots bernilai £318.9 juta (RM1.86 bilion). Kajian ini dibuat berdasarkan bayaran yuran perpindahan terkini bagi 23 pemain yang mewakili setiap negara di kejohanan di Perancis ini.

Senario itu meletakkan Belgium sebagai pasukan paling bernilai berbanding Jerman £264.5 juta (RM1.54 bilion), England £189.7 juta (RM1.1 bilion) dan Perancis £183 juta (RM1 bilion).

belgium-dianggap-pasukan-paling-bernilai-euro-2016-Kevin-de-Bruyne
Kevin de Bruyne menjadi pemain paling mahal Belgium dengan bayaran £55 juta (RM322 juta)

Skuad Belgium mempunyai purata yuran perpindahan £13.9 juta (RM81.4 juta) dengan bintang Manchester City Kevin de Bruyne menjadi pemain paling mahal apabila menyertai kelab Inggeris itu dengan bayaran £55 juta (RM322 juta).

Baca :  Jerman Pasukan Paling Bernilai di Euro 2016

Christian-Benteke-belgium-dianggap-pasukan-paling-bernilai-euro-2016
Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Christian Benteke Bernilai £32.5 juta (RM190 juta)

Selain itu, turut menyumbang kepada nilai skuad Belgium itu ialah penyerang Christian Benteke yang berpindah ke Liverpool dengan bayaran £32.5 juta (RM190 juta) dan Eden Hazard yang menyertai Chelsea menerusi kos £32 juta (RM187 juta).

Eden Hazard (£55m)
Eden Hazard bernilai £32 juta (RM187 juta)

Kajian itu turut mendapati nilai 552 pemain di kejohanan itu mempunyai bayaran perpindahan keseluruhan sebanyak £2.2 bilion (RM12.9 bilion) manakala yuran perpindahan paling rendah milik skuad Ukraine iaitu £6.2 juta (RM36.3 juta).

Baca : England Pasukan Paling Bernilai Di euro 2016

Kelab Sepanyol Real Madrid memiliki dua pemain termahal di Euro 2016 iaitu Gareth Bale dari Wales sebanyak £86 juta (RM505 juta) dan bintang Portugal Cristiano Ronaldo £80 juta (RM469 juta).

Ronaldo-Bale-belgium-dianggap-pasukan-paling-bernilai-euro-2016
Gabungan Bale dan Ronaldo Mampu meletakkan Nilai mereka di Tangga ke-6

Kajian itu turut menyatakan jika Bale dan Ronaldo membentuk satu pasukan, mereka bakal menjadi pasukan keenam termahal di kejohanan berkenaan dan lebih mahal daripada keseluruhan skuad Itali.

Senarai Penuh Pemain dan Pasukan Paling Bernilai Di Euro 2016

sQUAD-belgium-dianggap-pasukan-paling-bernilai-euro-2016
Senarai Yang Di Keluarkan Oleh Profit Accumulator
BACA:  Kisah Cinta Tiga Segi Babitkan De Bruyne Dan 3 Wanita Dalam Kehidupan Courtois