Pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones telah bercakap tentang cabaran pemain muda pada hari ini, tentang bahana media sosial.
Beliau mendedahkan tentang bagaimana teruknya kebencian dan toksik di media sosial, dengan Jones turut menjelaskan tentang mengapa beliau tidak memuat naik apa-apa di media sosial miliknya sejak 2017 yang lalu.
Pemain centre-back yang kini berusia 29 tahun itu telah diganggu oleh beberapa siri kecederaan yang menjejaskan karier 10 tahun beliau di Old Trafford.
Phil Jones: Young players have to be able to deal with ‘toxic’ social media https://t.co/8Zyf6YKcnK
— The Independent (@Independent) October 11, 2021
Beliau tidak teragak-agak untuk membahaskan tentang segala kritikan dan hinaan yang beliau terima di media sosial, ketika dalam satu temu bual bulan lalu.
“Saya sebenarnya dianggap sasaran yang mudah.”
Jelas beliau kepada The Times.
“Setiap pemain bola sepak ada label dia sendiri yang dilabelkan oleh peminat, dan sayangnya label saya adalah, ‘mari kita ketawakan dia’. Tapi.. biar saya katakan ini dengan cara paling sopan… Saya tahu siapa yang akan ketawa besar pada akhirnya.”
“Saya sangat berbangga dengan karier saya dan ketika ia berakhir, dan saya akan menikmati kehidupan saya. Saya tersangat beruntung kerana saya mampu untuk melakukan semua itu, kerana pemain bola sepak memang beruntung.”
Phil Jones reveals why he left 'toxic' social media years agohttps://t.co/FkbDkifhZA
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) October 11, 2021
“Mereka (keyboard warriors) akan terus menumpang dalam bilik lebih yang ada dekat rumah mak dia, minum Pepsi diet, duduk rumah pakai boxer dan tulis status.”
Jones jelas sekali antara pemain paling teruk di ganggu di media sosial seperti Twitter dan Facebook, dan beliau turut mendedahkan tentang mengapa beliau memutuskan untuk meninggalkan media sosial.
“Saya jauhkan diri dari media sosial sejak lama dahulu, tapi ia sukar kerana semua kawan-kawan kamu baca, keluarga kamu baca dan mereka sokong kamu, mereka mahukan yang terbaik untuk kamu.”
Jelas Jones di UTD Podcast.
A lot of people on social media should read this, think about what they have done, what they are doing and will do.
But most aren't capable to see their words and action as they are and find apologies and justifications. Sad but true. https://t.co/A2U7ZaQCGu?— Óskar Utd (@oskarutd) October 10, 2021
“Mereka tak mahu melihat sahabat mereka, suami, ayah mereka dihina dan dihentam di dada akhbar di semua media, jadi ia sukar kerana secara mentalnya saya sudah melalui kesukaran dan perlu baca semua itu.”
“Ia sangat sukar, tapi ia merupakan sesuatu yang saya belajar untuk berdepan dengannya, terutama sekali sepanjang tempoh saya bersama United, dan lebih banyak pengalaman kamu dapat, kamu akan menjadi semakin matang, maka semakin mudah untuk kamu tangani semua situasi seperti itu.”
Our new away shirt. Let’s keep fighting! #HereToCreate@adidasfootball @manunitedhttps://t.co/q1z50QMj6M pic.twitter.com/fnRYReYq5A
— Phil Jones (@PhilJones4) May 12, 2017
Dalam temu bual di UTD Podcast, bekas pemain kebangsaan England itu turut menyatakan perbezaan tentang pemain muda sekarang adalah kerana mereka membesar dengan media sosial, berbanding beliau perlu melalui pengalaman berdepan dengan kewujudannya.
“Saya beritahu semua pemain muda yang masuk ke dunia bola sepak, bukan hanya di Manchester United, tapi seluruh dunia, media sosial penuh dengan kebencian, tempat yang sangat toksik untuk kita masuk dan kamu semua perlu mampu untuk berurusan dengan ia dengan kekuatan mental dan fizikal.”
“Saya lihat bagaimana ia berkembang sejak lebih 10 tahun lalu dan cara media sosial berkembang, saya rasa susah untuk kita terus jauhkan diri. Susah untuk kita tak ada kaitan dengan dia, untuk pemain muda yang baru masuk, saya rasa sukar untuk mereka tak baca media sosial.”
“Saya tahu, sebagai pemain muda, itu perkara pertama kamu lakukan, lepas tamat perlawanan, kamu mahu tengok apa orang katakan tentang kamu dan ketika koyak ia terbawa ke alam realiti, jangan pedulikan apa kata mereka kerana bukan mereka yang pilih kita.”
Phil Jones opens up on the "toxic" world of social media and abuse he's suffered | @MirrorAndersonhttps://t.co/MGAss0Swca pic.twitter.com/4WfW79oZwz
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 11, 2021
Jones turut ditanya tentang adakah beliau mahu hentam pengkritiknya, dan beliau menjawab:
“Soalan yang bagus.”
Jawab Jones.
“Saya cuma rasa saya lebih bagus dari itu sekarang, saya sudah biasa dengan semua itu.”
“seseorang menggantung lobak untuk digigit. Seperti saya katakan, ia sangat sukar, tapi saya sudah belajar untuk berdepan dengannya. Atas sebab-sebab tertentu, mungkin, saya lebih teruk dikritik berbanding pemain lain, tapi saya yakin semua orang akan katakan hal yang sama.”
Man United's Phil Jones reveals his struggle to cope with criticism on 'toxic' social media https://t.co/p5HvdYNKSh
— MailOnline Sport (@MailSport) October 11, 2021
“Tapi orang akan kata yang semua itu sudah menjadi lumrah untuk seorang pemain bola sepak, jadi saya terima saja.”
Sumber: SPORTbible