Pemain Portugal yang tidak terpilih ke Piala Dunia, Jose Fonte tampil menjelaskan kenapa Portugal bermain lebih baik secara taktika tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo di atas padang.
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu memulakan permainan dalam kemenangan 6-1 penuh selesa ke atas Switzerland dalam pusingan 16 Piala Dunia dari bangku simpanan.
Penggantinya, Goncalo Ramos, menjaringkan hatrik dan mencipta satu bantuan gol dalam persembahan yang boleh menjadikan pemain muda itu seorang bintang.
Ia menyebabkan terjadi perdebatan besar mengenai tempat kapten Portugal Ronaldo dalam pasukan kendalian Fernado Santos.
🔔 | Jose Fonte explains why Portugal are better tactically without Cristiano Ronaldo in honest assessment https://t.co/POdn79Q2Ti
— SPORTbible News (@SportBibleNews) December 9, 2022
Jose Fonte, yang merupakan sebahagian daripada skuad awal Fernando Santos untuk Qatar sebelum diketepikan, memuji persembahan Portugal pada pertengahan minggu.
Bekas pertahanan Southampton dan West Ham United itu menjelaskan dalam satu podcast sebagaimana dilaporkan oleh A Bola, Portugal lebih baik tanpa Ronaldo dengan bermain secara berpasukan.
“Apabila dia [Ronaldo] tiada di sana, Portugal bermain lebih sebagai satu pasukan dan itu dapat dilihat (menentang Switzerland).”
“Mereka bermain lancar, tanpa satu titik fokus, semua orang menyumbang dan ia indah untuk dilihat.”
Jose Fonte on Christiano Ronaldo.#Cricket #JoseFonte #ChristianoRonaldo #FIFAWC2022 #FIFA #BetHive pic.twitter.com/FQjXa4Nls5
— BetHive (@The_BetHive) December 9, 2022
Fonte, yang memenangi Euro 2016 bersama Ronaldo, masih percaya pemain berusia 37 tahun itu boleh memainkan peranan penting dalam perlawanan mendatang di Piala Dunia dengan masuk di lewat permainan.
Dia juga memberitahu negaranya untuk pergi ke Qatar dan memenangi Piala Dunia pertama mereka dan sudah tentulah Ronaldo perlu berkorban demi kepentingan pasukan.
“Ronaldo akan sentiasa menjadi Ronaldo dan bagi Portugal, ia adalah sangat positif untuk mempunyai pemain sepertinya diturunkan dari bangku simpanan.”
“Ia akan menjadi satu lagi masalah untuk pihak lawan.”
Southampton hero Jose Fonte has been speaking about Portugal boss Fernando Santos' decision to drop Cristiano Ronaldo 🧐#SaintsFC #Portugal #FIFAWorldCup #CR7 https://t.co/GFki5GPh7s
— Saints Live (@Saints_FCLive) December 9, 2022
Jose Fonte berharap Portugal akan menjuarai Piala Dunia kali ini selepas Fernando Santos telah membawa mentaliti yang kuat ke dalam pasukan.
“Fernando Santos membawa mentaliti yang sangat kuat kepada pasukan kebangsaan. Pasukan ini mempunyai keupayaan hebat untuk bertahan bersama.”
“Dan ia akan menyebabkan masalah serangan dalam setiap perlawanan. Saya percaya Portugal akan pergi ke penghujung perjalanan.”
“Piala Dunia adalah gelaran yang kita rindukan. Marilah kita teruskan berdoa untuk perkara itu berlaku.”
Jose Fonte believes Portugal play differently without Ronaldo #FIFAWorldCup https://t.co/kllge6hFKb
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 9, 2022
Tindakan yang lebih adil terhadap Ronaldo dengan syarat Ronaldo perlu menerima hakikat dia tidak lagi boleh bermula dari kesebelasan utama pasukan kebangsaan Portugal.
Bisa Ronaldo masih ada sebenarnya kerana dia berjaya menjaringkan 24 gol musim lalu di usia senjanya walaupun dikritik oleh penyokong dan pakar bola sepak.
Ronaldo kini tanpa kelab selepas meninggalkan Manchester United melalui persetujuan bersama bulan lalu. Dia dijangka akan membuat keputusan mengenai kelab baharunya selepas Piala Dunia.
Lawan yang berada di hadapan Portugal di suku akhir ialah Maghribi, yang menewaskan Sepanyol dalam penentuan sepakan penalti yang mendebarkan pada hari Selasa.
REVEALED: Cristiano Ronaldo 'wanted to pack his bags and WALK OUT on the World Cup, threatening to leave Qatar' https://t.co/sg1XHj7Vhe
— MailOnline Sport (@MailSport) December 8, 2022
Menariknya, Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada 2018 ketika Portugal dan Maghribi berada dalam kumpulan Piala Dunia yang sama di Rusia.
Namun itu Ronaldo yang dulu, Ronaldo kini telah menimbulkan kegemparan di Manchester United dengan siri pendedahan penuh kontroversi sehingga menjadi pemain status ejen bebas tidak bertuan selepas kontraknya ditamatkan.
Hadir ke Piala Dunia, kontroversi demi kontroversi telah dicetuskan oleh Ronaldo dengan prestasi yang sangat hambar dan tidak memberi impak.
Ronaldo akhir digugurkan dari kesebelasan utama lalu keluarlah cerita Ronaldo merajuk mahu meninggalkan Piala Dunia namun telah dinafikan oleh satu kenyataan rasmi dari Persatuan Bola Sepak Portugal.