Juara heavyweight dunia UFC, Francis Ngannou telah menunjukkan kekuatan badannya yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Beliau baru-baru ini telah memuat naik satu video ‘body shot challenge’ yang mana beliau ketika itu menahan pukulan sambil menghirup secawan kopi.
Petarung berusia 34 tahun itu merupakan antara petarung terhebat dunia pada ketika ini, dengan beliau berjaya menewaskan Stipe Miocic di pusingan kedua pertarungan mereka di acara UFC 260.
It was a good effort @MoneyKicks1 💪 😂 #bodyshotchallenge pic.twitter.com/FNzdleSB65
— Francis Ngannou (@francis_ngannou) July 28, 2021
Selepas berjaya menewaskan Miocic seterusnya menjadi Juara Dunia, Ngannou kemudiannya menawarkan cabaran kepada salah seorang selebriti media sosial, Rashed Saif Belhasa yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Money Kicks’, untuk menumbuk beliau di bahagian badannya.
Seperti yang boleh disaksikan dalam video rakaman di bawah, Rashed dilihat bersungguh dan bersemangat ketika menumbuk badan Ngannou.
Beliau seolah benar-benar melepaskan geramnya dengan menghayun penumbuk demi penumbuk dalam usaha untuk merebahkan Juara heavyweight dunia itu.
You can be your own hero. #MondayMotivation pic.twitter.com/d0sGVea6bg
— Francis Ngannou (@francis_ngannou) July 26, 2021
Walau bagaimanapun, Ngannou tetap tenang menghirup kopi sambil sekadar memerhatikan Rashed bersungguh menumbuknya.
“Oh tuhanku, dia ni langsung tak rasa apa-apa!”
Keluh selebriti media sosial itu sebelum beliau mengalah.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Ngannou terlibat dengan cabaran seperti ini. Pada Mei tahun lalu, beliau memberikan tawaran kepada petarung lightweight, Ryan Garcia untuk menunbuk badannya.
Garcia melepaskan tumbukan padu dan benar-benar melepaskan geramnya ketika itu, namun petarung dari Cameroon itu langsung tidak terkesan.
Beliau bahkan hanya tersenyum sahaja melihat Garcia begitu gigih menumbuk badannya.
“One-punch KO master. Saya pernah tengok dia bertarung, dan sekarang dia ada di sini bersama saya.”
The tea cup 😂@MoneyKicks1 got his turn at Francis Ngannou's body shot challenge 💥 (via @francis_ngannou, @three30_3) pic.twitter.com/ep9RtM6n0l
— ESPN MMA (@espnmma) July 28, 2021
Jelas Garcia sebelum terlibat dengan ‘body shot challenge’ itu.
“Kami akan lakukan sesuatu di sini… Bersiap sedia untuk menyaksikan ‘body shot challenge’. Saya mungkin tak akan mampu menggerakkan dia.”
Petarung berusia 22 tahun itu sebenarnya berjaya menggerakkan Ngannou, namun beliau tidak mampu untuk membuat petarung heavyweight itu untuk berasa sakit.
Rakaman di bawah menunjukkan bagaimana Ngannou hanya ketawa sahaja sambil menerima pukulan dari Garcia.
Ryan Garcia getting Francis Ngannou ready for the squared circle? 🥊
(🎥 IG: @KingRyanG) pic.twitter.com/4T8uV7Up1H
— DAZN Boxing (@DAZNBoxing) May 30, 2020
Francis Ngannou, who competes for the UFC heavyweight title tonight, was tickled by Ryan Garcia’s body shot challenge 😅 #UFC260 @espnmma
(via @francis_ngannou) pic.twitter.com/JXNCcpQpw8
— ESPN Ringside (@ESPNRingside) March 28, 2021
Pada awal tahun lalu, berjaya memenuhi impian beliau untuk menjadi Juara Dunia, namun perjalanan beliau untuk sampai ke tahap itu bukanlah satu hal yang mudah.
Beliau membesar di sebuah pekan kecil di Batie, Cameroon. Ngannou tidak mempunyai apa-apa ketika zaman kanak-kanak beliau dan sudah biasa untuk tahan lapar.
Beliau dibesarkan oleh ibunya yang ketika itu berstatus ibu tunggal, dan tidak lama selepas itu beliau tinggal bersama ibu saudaranya.
Beliau terpaksa masuk ke tong sampah dan bertarung dengan tikus untuk mendapatkan makanan.
Tiada duit, Ngannou terpaksa bekerja di kilang pasir sehingga beliau berusia 17 tahun, dan beliau ketika itu bekerja untuk menyara keluarganya.
Happy Mother’s Day to this wonderful woman who has been through hell to raise a stubborn kid like me, and sacrificed everything to see us happy. #MothersDay ❤️ pic.twitter.com/4lMUeR0k3N
— Francis Ngannou (@francis_ngannou) May 10, 2020
Begitulah kisah ringkas tentang kepayahan Ngannou untuk sampai ke tahap sekarang dan beliau kini merupakan Juara Dunia yang digeruni ramai petarung kelas heavyweight yang lain.
Sumber: SB