Juara Tinju Dunia Mexico Mahu Bantai Messi Kerana Hina Jersi Mexico

messi mexico

Juara Tinju Dunia bergand-ganda, Canelo Alvarez yang merupakan kebanggaan Mexico telah membuat satu ugutan mahu membantai Lionel Messi kerana telah menghina jersi Mexico.

Lionel Messi telah menjaringkan gol untuk Argentina dalam kemenangan penting mereka 2-0 ke atas Mexico pada hari Ahad untuk mengekalkan impian Piala Dunia negaranya.

Tetapi keraian penyerang Paris Saint-Germain itu dan rakan sepasukannya di bilik persalinan mereka nyata telah menaikkan darah seorang yang berjiwa petarung, Canelo Alvarez.

Semasa Messi enak dan gembira menyanyi dia kelihatan telah menendang butnya dan dalam masa yang sama kelihatan juga telah tertendang atau menendang jersi atau bendera Mexico yang berada di atas lantai.

Messi nak buka kasut dan telah terkena jersi Mexico di lantai. Nampak macam tak sengaja je. Ada yang cakap jersi ada cakap bendera tapi rasanya jersi.

Semua ini gara-gara video keraian Argentina tersebar dan tiba ditatapan mata Canelo Alvarez yang merupakan rakyat Mexico yang sayangkan negaranya.

Lalu Canelo Alvarez telah membuat ciapan yang berbaur ugutan yang cenderung untuk mencederakan Lionel Messi di Twitter:

“Adakah anda melihat Messi membersihkan lantai dengan jersi dan bendera kami.” Ciap Alvarez.

“Lebih baik dia berdoa kepada Tuhan agar saya tidak menemuinya. Sama seperti saya menghormati Argentina, dia perlu menghormati Mexico!”

“Saya tidak bercakap tentang negara secara keseluruhan, hanya tentang kebodohan tahi yang Messi lakukan.”

Peminat Argentina nyata terkejut dengan tuduhan Canelo Alvarez itu dan menganggap petinju itu mahu mencari publisiti murahan lantaran karier tinjunya yang semakin malap.

Mereka menjelaskan bahawa secara terang-terangan Messi ketika itu hanya cuba membuka kasutnya dan secara tidak sengaja terkena jersi Mexico yang berada di lantai.

Ada juga yang mengejek Canelo Alveroz menyatakan bahawa otak petinju itu sudah rosak kerana terlalu banyak menerima tumbukan sehingga membuat tuduhan tidak masuk akal kepada Messi.

Malahan terdapat penyokong Mexico sendiri tidak menyokong tuduhan Canelo Alvarez itu dan mereka sama pandangan dengan peminat Argentina bahawa Messi sedang membuka kasut dan kejadian itu terjadi secara tidak sengaja.

Namun ada juga penyokong Mexico yang menyokong tuduhan juara dunia itu dengan menambah tahap kepedasan dan kehangatan. Mereka percaya Messi dengan sengaja memijak jersi Mexico.

Mereka telah menuduh Messi menghina bendera Mexico dan mempersoalkan kenapa Messi meletakkan jersi itu di lantai.

Jika tidak bermain media sosial pasti Messi sendiri tidak tahu akan kontroversi yang telah dicetuskan ini.

Lionel Messi telah menggalas Argentina atas bahunya seperti selalu dengan menumbangkan Mexico dan telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, semua ini boleh menjadi sebab kemarahan Alvarez dan hanya perlu mencari punca untuk tantrum.

Dalam pada itu Messi sendiri berasa lega kerana menjaringkan gol bagi mengekalkan harapan Piala Dunia negaranya selepas kekalahan mengejut 2-1 menentang Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C.

“Kami memerlukan euforia ini.”kata Messi.

“Hari-harinya sangat panjang, dan kami tidak sabar-sabar untuk mempunyai peluang untuk mengubahnya. Ia adalah permainan kritikal. [Memenangi] adalah satu beban yang membebankan kami, dan kami kini mempunyai ketenangan fikiran.”

“Separuh masa pertama sukar kerana situasi dan keperluan untuk menang. Kami tidak dapat mencari ruang.”

“Pada separuh masa kedua, kami mula bermain permainan kami dan melakukan apa yang kami perjuangkan. … Gol itu mengubah permainan.”

Dalam perlawanan itu Lionel Messi telah menjaringkan gol pembukaan dan mencipta bantuan gol untuk jaringan kedua Argentina dari Enzo Fernandez.

Poland menanti Argentina dalam perlawanan terakhir kumpulan C dan kemenangan akan membawa Argentina ke pusingan seterusnya.

BACA:  [VIDEO] Riak Wajah Pogba Selepas Melihat Jaringan Hebat Daripada Messi