Jurgen Klopp Beri Ucapan Penuh Semangat Kerana Tidak Mahu Bilik Persalinan Liverpool Terus Suram

Ketika para penyokong Liverpool sedang meraikan ulang tahun comeback ikonik mereka bertemu Barcelona, Jurgen Klopp tampil memberi kata-kata semangat untuk terus menaikkan semangat kem The Reds.

Selepas skuadnya sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Tottenham Hotspur kemarin, Jurgen Klopp mengaku yang suasana di bilik persalinan mereka tersangat suram selepas tamat perlawanan tersebut.

Dari perspectif pemain, ia jelas sekali satu hal yang boleh difahami dengan mereka jelas sekali kecewa kerana rekod kemenangan berturut-turut di Anfield lebur.

Liverpool mencatatkan deretan kemenangan secara berturut-turut di Anfield sejak November tahun lalu dan malang untuk The Reds kerana mereka mencatatkan keputusan seri ketika mereka sedang benar-benar terdesak mahu mengutip tiga mata penuh.

Walau bagaimanapun, skuad yang sama juga yang sebenarnya berjaya mengutip 41 mata dari 45 mata yang boleh dikutip dan mereka hanya dua kali sahaja mencatatkan keputusan seri sebelum ini bertemu Chelsea dan Manchester City.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga hanya mencatatkan dua kekalahan sahaja dari semua pertandingan dengan kekalahan terakhir mereka adalah pada Disember tahun lalu.

Mereka pada ketika ini merekodkan 22 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri dan rekod tersebut sudah berlanjutan selama 14 bulan.

Dan dengan segala statistik yang sungguh menakjubkan dan menunjukkan kehebatan Liverpool itu, keputusan perlawanan bertemu Spurs jelas sekali memberi impak yang sungguh dasyat untuk finalis Champions League di Paris itu.

Ia bakal menguburkan terus harapan mereka untuk menjuarai saingan Premier League musim ini dengan Liverpool kini semakin sukar untuk mencabar Man City.

Walaupun mereka sudah mencapai satu tahap yang boleh dikatakan hampir sempurna, namun ia masih tak cukup untuk membantu Liverpool memenangi gelaran liga musim ini.

Sehebat itu lah persaingan dalam merebut gelaran Premier League musim ini dan itulah tahap yang sudah ditetapkan oleh kedua-dua Liverpool dan Manchester City di kemuncak musim 2021/22 ini.

Tidak seperti pemain dan penyokong yang suram, Jurgen Klopp menolak untuk merasa lesu dengan beliau tetap mahu menunjukkan tahap semangat yang sama sahaja selepas perlawanan tersebut.

Bercakap ketika sesi sidang media, Jurgen Klopp menegaskan tentang mengapa beliau tidak mahu anak-anak buahnya suram selepas mencatatkan keputusan seri bertemu Tottenham Hotspur itu.

“Pertama dan terpenting sekali, kita sepatutnya berhenti tunjuk sikap seperti kita sedang berada di majlis kematian.”

Jelas Jurgen Klopp.

“Saya tak kata benda ni kepada pemain tapi ia adalah suasana yang berlaku di sini. Kita masih bercakap tentang bola sepak dan hal macam ini memang berlaku. Sejujurnya, dalam hidup saya, banyak lagi hal yang lebih teruk sudah berlaku dan saya masih di sini.”

“Jadi, kamu perlu hadapi semua itu dan itu bukan masalah umum. Jika kita mampu bersedia untuk itu, kita cuba segalanya dan selagi ia berkesan, kita akan sangat gembira dan pada ketika kita berdepan dengan rintangan, kita akan mengalah, saya tak suka hal macam itu. Jujur saya bukan seperti itu. Kita cuma perlu tunjukkan kekuatan kita.”

Ini adalah masa yang sesuai untuk kem Liverpool menunjukkan kekuatan mereka dan juga semangat tak kenal erti putus asa yang sudah tertanam dalam diri mereka.

Bahkan pada musim ini juga mereka sebenarnya turut pernah melakukan hal yang sama dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu sentiasa bangkit selepas berdepan kesukaran.

Selepas mereka mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Chelsea awal tahun lalu, Liverpool sebenarnya berada 11 mata di belakang Manchester City.

Mereka kemudiannya terpaksa mengharungi tempoh satu bulan tanpa Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita yang beraksi di pentas AFCON.

Mereka turut pernah ketinggalan dengan jurang 14 mata sebelum kembali mengejar untuk merapatkan jurang mata dengan Man City.

Jadi tidak hairanlah untuk melihat mengapa Jurgen Klopp masih bersemangat walau sepertinya mereka sudah tiada harapan untuk memintas Man City.

“Jika kita boleh menang dalam perlawanan malam ini.”

Tambah Klopp lagi.

“Ia belum tentu boleh menjamin kemenangan bertemu Aston Villa nanti, langsung tak, jadi mungkin ketika itu kita akan keciciran mata, macam tu lah bola sepak.”

“Kita perlu teruskan, kita perlu bersedia, kita kena berusaha. Satu-satunya kesempatan yang kita ada adalah sesuatu yang akan kita lalui dan akhirnya kita perlu menang semua perlawanan yang ada. Bayangkan City kalah nanti, saya tak boleh lihat atau bayangkan benda itu, dan kerana kita dah putus hadapan maka kita tak nampak benda tu.”

“Ia tentu sangat insane. Tidak, tidak, mereka perlu bangkit sekarang, kita kecewa, tak ada masalah.”

“Tapi bermula hujung minggu, saya dengar England akan bertukar musim, jadi mungkin kita boleh gunakan cuaca untuk ubah mood kita dan kita perlu cuba.”

Sumber: Liverpool Echo

BACA:  Arsenal Berjaya Selesaikan Upacara Tahunan Di Anfield