Jurgen Klopp Hentam Pendekatan Yang Spurs Guna Ketika Bertemu Liverpool

Selepas Liverpool keciciran mata bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi, Jurgen Klopp tampil menghentam Spurs atas corak permainan yang mereka persembahkan dalam perlawanan tersebut.

Jurgen Klopp jelas sekali tak gembira dengan corak permainan membuang masa yang ditunjukkan oleh Spurs dan beliau juga menganggap dirinya langsung tak suka dengan corak permainan seperti itu.

Pengurus dari Jerman itu mendedahkan hal tersebut ketika beliau ditanya tentang pendekatan yang digunakan oleh Spurs dalam perlawanan tersebut.

Liverpool hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dan ia bermaksud mereka kini semakin sukar untuk mencabar City dalam perebutan gelaran Premier League musim ini.

Walaupun Liverpool kini sedang memimpin carta saingan liga pada ketika ini, namun City sebenarnya masih memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Seandainya Man City berjaya menewaskan Newcastle United atau setidak-tidaknya sekadar seri, jelas sekali skuad kendalian Pep Guardiola itu bakal dinobatkan sebagai Juara.

Son Heung-min yang sedang melalui musim terbaiknya pada musim ini telah berjaya meledak gol pertama Spurs pada minit ke-56 permainan dalam aksi yang dilangsungkan di Anfield itu.

Luis Diaz walau bagaimanapun berjaya meledak gol untuk Liverpool, seterusnya mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Keputusan 1-1 itu kekal sehingga tamat permainan seterusnya menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa akur sekadar mengutip satu mata walau mereka sebenarnya terdesak mahukan tiga mata penuh.

Selepas wisel penamat dibunyikan, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tampil menghentam pendekatan yang digunakan oleh Tottenham Hotspur dalam perlawanan tersebut.

Beliau merasakan corak permainan membuang masa merupakan satu hal yang paling beliau tidak gemar dalam dunia bola sepak, dan Klopp turut membincangkan tentang kedudukan mereka dalam carta liga.

“Atas semua pujian kepada Tottenham, lawan berkelas dunia, mereka menang bertemu Manchester City, game play mereka berkesan untuk perlawanan ini tapi mereka masih berada di kedudukan kelima dan atas segala hal itu mereka masih menggunakan taktik buang masa.”

Jelas Klopp.

“Ia menjadikannya sukar, ia bijak tapi tak mudah.”

Di bawah merupakan video penuh rakaman temu bual Jurgen Klopp tentang pendekatan yang digunakan oleh Tottenham Hotspur.

Kemudian ketika sidang media selepas perlawanan, Klopp telah ditanya tentang pendekatan yang digunakan oleh Tottenham Hotspur sepanjang perlawanan itu.

“Saya minta maaf, saya bukan orang yang tepat untuk itu, saya tak suka corak permainan seperti ini.”

Jelas pengurus dari Jerman itu.

“Tapi itu masalah peribadi saya. Saya fikir mereka berkelas dunia dan saya fikir mereka patut berikan lebih lagi untuk perlawanan itu.”

“Saya rasa perlawanan bertemu Liverpool mereka ada 36 ke 38% penguasaan bola. Tapi itu masalah saya. Saya tak boleh latih itu. Jadi ya, pemain berkelas dunia menghadang semua bola, sangat sukar. Atletico Madrid juga lakukan hal itu.”

“Baik, mereka menang atau apa saja, baik tak ada masalah. Tapi saya tak boleh. Saya hormati segalanya yang mereka lakukan, tapi pada saya memang tak.”

Klopp turut bercakap tentang jadual padat yang perlu mereka lalui selepas keputusan 1-1 bertemu Tottenham Hotspur itu.

“Pada ketika ini, kita sepatutnya boleh lakukan lebih baik dan dalam kedudukan lebih baik.”

Tambah Jurgen Klopp lagi.

“Tapi selain dari itu, ia sangat sukar untuk bermain dengan lawan yang ada pengurus berkelas dunia dan mereka ada satu minggu penuh untuk buat persiapan.”

“Kami bermain setiap tiga hari dan ia sangat sukar, tapi saya tak ada masalah dari segi persembahan.”

Antonio Conte sementara itu telah menghamburkan pujian menggunung kepada anak-anak buahnya atas persembahan yang ditunjukkan ketika bertemu Liverpool.

“Saya minta pemain saya untuk bermain dengan baik terutama di posisi pertahanan dan kami tak lepaskan peluang kepada Liverpool dan kami hanya bolos satu sebab deflection.”

Jelas pengurus dari Itali itu.

“Pada masa sama, saya turut minta pemain saya bermain dengan bola tapi kami tak mampu, Liverpool menekan dari setiap sudut dalam perlawanan. Tapi saya rasa seri dah cukup.”

“Jurgen sudah melakukan tugas yang menakjubkan, dalam tempoh tujuh tahun mereka dah menang macam-macam dan dia dah lahirkan monster dengan cara yang baik. Dia patut berpuas hati. Tapi untuk lakukan itu kamu perlukan masa.”

“Pada November, tak ramai orang fikir Tottenham boleh bersaing merebut gelaran Champions League.”

Penyokong Liverpool jelas sekali sangat berharap agar Man City akan turut sama keciciran mata bertemu Newcastle United nanti agar peluang untuk mereka memenangi gelaran quadruple akan kembali hidup.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp: Liverpool Mungkin Perlukan 105 Mata Untuk Menangi Liga