Jurgen Klopp Menganjing Caicedo Dan Lavia: “Tengok Apa Dah Jadi Sekarang Hahahaha…”

Jurgen Klopp dipercayai telah menganjing Moises Caicedo dan Romeo Lavia yang pernah menolak tawaran Liverpool untuk menyertai Chelsea.

Caicedo menjadi pemain sasaran Liverpool. Namun dia memberitahu Brighton untuk mengabaikan tawaran Liverpool kerana dia mahu menunggu tawaran Chelsea tiba.

Caicedo benar benar yakin kelab yang dia sokong sejak kecil , Chelsea akan datang membidanya. Dan impiannya benar benar tercapai. Apabila Chelsea membayar £100 juta untuk pemain itu.

Jurgen Klopp baru baru ini ditanya tentang prestasi pasukannya. Dia berpuas hati dengan bahagian tengah pasukan itu. Klopp pada musim panas lalu terdesak mencari pemain tengah berkualiti.

Kerana dia kehilangan James Milner, Naby Keita, Oxlade Chamberlain dan Henderson serta Fabinho.

Klopp membawa masuk Alexis Mac Allister dan juga Dominik Szoboszlai. Namun pemergian Henderson pada saat akhir ke Arab Saudi membuatkan dia mahukan Caicedo dan Romeo Lavia.

Kedua dua pemain itu kemudian memilih Chelsea. Klopp kemudian mendapatkan Wataru Endo. Dan ternyata pemain itu memberikan impak tersendiri dalam skuad Klopp walaupun sekadar pemain simpanan.

Klopp lega dengan apa yang berlaku. Kerana, jika dia berterusan mendesak untuk mendapatkan Caicedo, dia mungkin tidak akan mendapatkan unit tengah yang cepat serasi dengan permainannya seperti sekarang.

Klopp berkata: “Kami sebenarnya sedar bahawa ada pemain defensive midfielder yang tidak mahu menyertai Liverpool. Dan tengok la apa jadi sekarang. Hahahahaha.”

Peminat percaya ianya ditujukan kepada Caicedo dan Lavia. Pada masa yang sama, ada juga menyatakan Klopp sebenarnya bukan menyindir tetapi lega tak mendapatkan pemain lain dengan harga jauh lebih mahal, selain pemain yang dia ada sekarang.

Liverpool kini di puncak EPL. Sementara Caicedo dan rakan rakannya di Chelsea bergelut untuk berada di 10 teratas sekalipun pada masa ini. Chelsea semakin sukar untuk mengejar slot ke UCL musim hadapan/

Terbaru Chelsea kalah lagi di tangan Everton 2-0. Membuatkan mereka berada di tangga ke-12 dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Mauricio Pochettino meminta kelabnya untuk mendapatkan lebih banyak pemain pada Januari akan datang untuk memperbaiki prestasi The Blues.

BACA:  Lovren Gembira Gandingan Bersama Van Dijk Menampakkan Hasil Yang Positif