Jurgen Klopp Meroyan Dan Salahkan Pengadil

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata tidak dapat menerima hakikat apabila tewas 3-1 kepada Brentford lalu telah meroyan dan menyalahkan pengadil selepas tamat perlawanan.

The Bees berada di depan selepas 20 minit permainan melalui sepakan sudut ditolak ke gawangnya sendiri oleh lutut Ibrahima Konate. Yoane Wissa menjadikan kedudukan 2-0 tiga minit sebelum separuh masa dengan tandukan cemerlang.

Pada permulaan separuh masa kedua, Klopp melakukan tiga pertukaran ketika dia ingin merangsang pasukannya. Alex Oxlade Chamberlain membawa Liverpool kembali ke perlawanan pada minit ke-50 tetapi harapan mereka musnah oleh Bryan Mbeumo, yang melengkapkan kemenangan 3-1 pada minit ke-84.

Liverpool bermain buruk di separuh masa pertama namun mendominasi di babak kedua tetapi Brentford tenang bertahan menafikan asakan Liverpool dan berjaya menambah jaringan.

Jurgen Klopp seakan mabuk apabila menyalahkan beberapa keputusan pengadil yang dikatakan berat sebelah berbanding melihat kembali prestasi anak buahnya terutamanya Darwin Nunez yang langsung tidak reti melakukan rembatan.

Pengendali dari Jerman itu tidak berpuas hati dengan gol ketiga dan mendakwa bahawa Ibrahima Konate telah dikasari oleh Bryan Mbeumo sebelum menjaringkan gol.

“Jaringan ketiga itu tidak sepatutnya dikira sebagai gol, begitu senang! Cuba bercakap kepada pegawai perlawanan tentangnya sama seperti bercakap kepada microwave.”

“Brentford boleh menguasai perlawanan kerana ia bergantung kepada bagaimana wisel ditiup.”

Jurgen Klopp mula meminta simpat dengan helah ‘play victimnya’ yang menyifatkan Liverpool telah menjadi mangsa pengadil nak menyalahkan jadual padat, liga baru bersambung.

“Kami mengadakan pertemuan sebelum musim ini. Kelakuan dalam kotak, ref akan meniup wisel. Mereka tidak melakukannya. Saya tidak mengharapkan apa-apa yang memihak kepada kami. Ada sebab Brentford begitu berjaya dengan set piece ofensif dan bukan set piece defensif.”

“Gol ketiga yang saya tidak boleh hormati.”

Ada yang mula melabel Klopp sebagai khayal dan sentiasa menyalahkan orang lain lalu merekalah mangsa situasi, mangsa pengadil dan mangsa sistem. Merekalah insan teraniaya.

Gol ketiga itu telah dirujuk Video Assistant Referee (VAR) yang telah melakukan pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan tiada kecurangan dari Bryan Mbeumo.

Dalam perlawanan ini juga menyaksikan Liverpool telah diselamatkan oleh VAR dari berdepan dengan kekalahan yang lebih mengaibkan mungkin dengan empat atau lima gol.

Ada sedikit tolakan dari Bryan Mbeumo namun Ibrahima Konate dilihat terlalu mudah jatuh ke tanah dan jika gol itu tidak dikira, Liverpool masih lagi kalah 2-1.

Jika tidak dikira sekalipun gol itu jelas kelihatan Liverpool terlalu senak untuk mencari gol penyamaan dengan trio serangan mereka semua ke laut dalam.

Jurgen Klopp juga telah menjelaskan kenapa dia mengeluarkan Virgil Van Dijk selepas perlawanan separuh masa kedua kembali bersambung bersama dua lagi pertukaran.

Dan Klopp mendedahkan Van Dijk yang digantikan oleh Joel Matip telah mengadu ketidakselesaan dan tindakan ini bagi meredakan kebimbangan mengenai kecederaan yang ketara.

“Virgil merasakan sedikit otot dan berkata ia baik-baik saja, dan dia adalah hakim yang sangat baik dalam perkara sebegini. Tetapi saya tidak mahu mengambil sebarang risiko.”

“Fisio nampak agak gembira apabila saya berkata kami tidak mengambil risiko. Ia bukan kecederaan, dia hanya merasakan ketegangannya.”

Keputusan yang tepat dibuat Klopp kerana tidak mahu merisikon van Dijk dalam perlawanan ini kerana ada kebimbangan akan kecederaan dan merehatkannya adalah jalan terbaik, terlepas 45 minit permainan lebih baik dari kehilangan untuk 4-5 perlawanan.

BACA:  Jurgen Klopp Bingung Bagaimana Chelsea Boleh Berbelanja Sakan