Juventus Berpotensi Dilucutkan Gelaran Scudetto Dan Diturunkan Ke Serie B

Pasukan bola sepak gergasi Itali, Juventus sekali lagi terpalit dengan skandal yang membolehkan mereka dilucutkan gelaran Scudetto terakhir pada tahun 2020 dan berpotensi dihumban ke Serie B sekali lagi.

Pejabat kelab Juventus telah digeledah oleh polis minggu lalu sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas potensi penyelewengan yang berkaitan dengan urusan pemindahan, mengikut beberapa laporan termasuk Daily Mail.

Polis sedang mencari maklumat mengenai perdagangan pemain antara tahun 2019 shingga 2021.

Adalah dipercayai bahawa penyiasat sedang meneliti keseluruhan keuntungan perpindahan berjumlah £42 juta yang dilaporkan oleh Juventus sepanjang tempoh itu.

“Beberapa operasi perpindahan pemain profesional dan perkhidmatan yang diberikan oleh beberapa ejen yang terlibat dalam pengantaraan berkaitan sedang dalam pertimbangan,” ujar pendakwaraya Turin, Anna Maria Loreto dalam satu kenyataan minggu lalu.

Persatuan perlindungan hak pengguna Itali, CODACONS, mendakwa Juventus boleh dikenakan hukuman berat jika didapati bersalah.

Menurut laporan dari Football-Italia:

“Pertuduhan ini sangat serius dan memberi kesan yang sangat buruk pada kejuaraan bola sepak terakhir, juga kerana terdapat penguasaan Juventus dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang berakhir pada tahun lalu.

“Sekiranya Juventus secara tidak sah mendapat kelebihan berbanding kelab pesaing dengan operasi seperti ini, maka kejohanan bola sepak terakhir akan terjejas dan sebagai akibatnya, Persekutuan dan Pihak Berkuasa untuk persaingan pasaran perlu campur tangan dan menghukum mereka yang bertanggungjawab.

“Di luar tanggungjawab individu, kelab tidak akan terkecuali daripada hukuman.”

Jika terbukti melakukan kesalahan, CODACONS bukan sahaja akan mendesak agar Juventus dilucutkan gelaran Serie A terbaru mereka yang dimenangi pada 2020, tetapi mereka juga akan meminta Juventus diturunkan liga ke Serie B.

Menurutnya lagi:

“Atas sebab ini dan untuk melindungi beribu-ribu peminat, kami akan mengemukakan aduan kepada Antitrust dan Pejabat Pendakwa Persekutuan meminta penyingkiran ke Serie B untuk Juventus dan penarikan semula gelaran liga terakhir yang dimenangi yang dibayangi perlakuan yang berpotensi menyalahi undang-undang.”

Jika mereka benar-benar Juventus dijatuhkan dengan hukuman ini, ia bukan kali pertama perkara ini berlaku.

Pada tahun 2006, Juventus telah dilucutkan gelaran Serie A mereka yang dimenangi pada tahun 200, dan diturunkan ke liga kedua Itali selepas didapati bersalah kerana mengatur perlawanan.

Calciopoli

Juventus tersingkir (disingkir) dari Serie A pada musim mereka memenangi Scudetto, dengan kata lain kejuaraan musim 2006-06 mereka telah ditarik semula dan diberikan kepada pasukan di tangga kedua, Inter Milan.

Skandal yang lebih dikenali ‘Calciopoli’ ini telah menyebabkan Juventus diturunkan ke Serie B dan dipotong 30 mata pada mulanya. Namun setelah beberapa kali semakan dibuat, Juventus dipotong hanya 9 mata dan hebatnya, Juventus terus kembali ke Serie A pada musim berikutnya.

Jangan kata anda peminat bola sepak kalau tak pernah dengar skandal yang dikenali sebagai Calciopoli ini. Ia melibatkan intergriti pengadil dan skandal menaikkan imej Juventus atas arahan Luciano Moggi.

Berlaku skandal mengatur perlawanan yang teruk di Itali. Dianggap skandal bola sepak paling teruk di Itali.

4 kelab (AC Milan, Fiorentina, Lazio dan Reggina) dipotong mata. Sementara Juventus disingkir ke Serie B. Moggi digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Pada musim tersebut, Juventus sangat cemerlang apabila memenangi 27 dari 38 perlawanan dan tewas hanya sekali sepanjang musim.

Namun, melalui siasatan ejensi bola sepak Itali, Gea World telah mendapati presiden Juventus ketika itu Luciano Moggi didapati telah membuat beberapa panggilan telefon kepada penggiat bola sepak Serie A untuk menentukan pengadil yang boleh ‘dibeli’ bagi perlawanan yang melibatkan Juventus.

Beberapa pemain bintang mereka cukup setia bersama kelab walaupun bermain di divisyen 2 seperti Gigi Buffon dan Alesandro Del Piero.

Calciopoli juga menyebabkan kelab lain seperti Lazio, Reggina, AC Milan dan Fiorentina dikenakan tindakan.

Hanya Inter Milan yang terselamat.

BACA:  Champions League 2021/22: Juventus 1-0 Chelsea