“Kalau Final UCL Perlawanan Tinju, Liverpool Juara”

Kalau perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) antara Real Madrid dan Liverpool adalah satu perlawanan tinju maka tiada dakwa-dakwi lagi pasukan bimbingan Jurgen Klopp akan jadi juara melalui kiraan mata.

Itulah pandangan dari legenda Liverpool, Steve Nicol yang merupakan bekas pemain pertahanan Liverpool yang percaya sang juara, Real Madrid amat jauh untuk menjadi pasukan terbaik di Stade de France itu.

Steve Nicol seperti penyokong Liverpool yang lain masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka dikaki Real Madrid dan terlalu mencuba memberitahu dunia Liverpool pasukan yang hebat.

Seperti menegakkan benang yang basah dan lupa akan peraturan bola sepak di mana pasukan menjaringkan gol lebih dari lawan akan menang, Steve Nicol menyatakan kemenangan Real Madrid hanya nasih kerana Liverpool tidak menjaringkan gol.

“Hakikatnya, sejauh mana mereka bermain, Liverpool adalah pasukan terbaik tetapi mereka tidak menjaringkan gol dan tewas dalam perlawanan itu,” kata Nicol.

“Ia tidak bermakna apa-apa selain itu. Real Madrid menunggang nasib mereka.”

Malahan Steve Nicol juga begitu beremosi apabila turut mempersoalkan kenyataan pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti bagaimana mereka “Menguruskan perlawanan dengan baik” ketika menentang Liverpool.

“Dan anda perlu memikirkan apa yang dikatakan Carlo Ancelotti selepas perlawanan. Dia berkata mereka menguruskan permainan dengan baik.

“Maksud saya, saya rasa dia sangat, sangat optimis kerana jika itu cara dia mahu bermain, dengan melakukan satu rembatan ke arah gol dan penjaga golnya melakukan tiga penyelamatan yang luar biasa, maka saya tidak boleh menerimanya.”

Kemudian Steve Nicol tetap mahu memenangkan Liverpool sebagai pasukan terbaik dengan bermain buah kalau dengan memberi satu perumpamaan yang agak tidak masuk akal buat orang normal.

“Kau dengar ni, kalau perlawanan akhir itu adalah pertarungan tinju, Liverpool akan menang melalui kiraan mata. Tapi ia bukan perlawanan tinju. Kau kena jaringkan gol. Itulah tu.”

“Real Madrid muncul juara, Kau tak boleh ubah tapi mereka bukan pasukan terbaik. Mereka jauh untuk jadi pasukan terbaik. Tapi mereka berjaya selesaikan.”

Steve Nicol sedar Liverpool perlu menjaringkan gol untuk menang tapi tidak berjaya lakukannya dan semua orang tahu Liverpool lebih baik dalam perlawanan akhir itu kerana itu satu hakikat yang tidak perlu lagi kepada pembuktian.

Kalau perlawanan tinju, gol Real Madrid tu nak kira apa? Tumbukan KO? Dari penyokong sampai ke bekas pemain semua jenis tak rilek ke?

Steve Nicol merupakan pesara bola sepak profesional dari Scotland yang bermain di posisi utamanya sebagai right back serta boleh beraksi di mana-mana posisi pertahanan dan juga midfield.

Pemain legenda itu besama Liverpool dalam 343 perlawanan dari tahun 1981 sehinggalah 1994 dengan menjuarai 5 Football League First Division, 3 FA Cup dan juga European Cup tahun 1984.

Champion League 2021/22 Final: Liverpool 0-1 Real Madrid

Perlawanan akhir kejohanan paling agung di Eropah, Champions League musim 2021/22 akhirnya telah tiba masanya yang sentiasa menjadi penutup tirai musim bola sepak Eropah saban tahun.

Finalis bagi musim ini adalah wakil dari Sepanyol, Real Madrid yang dibimbing oleh Carlo Ancelotti bertemu pasukan Liga Inggeris yang dibimbing Jurgen Klopp, Liverpool.

Gergasi Sepanyol, Real Madrid merupakan pasukan terpaling elit di Eropah dengan memegang rekod kemenangan terbanyak Champions League dengan 13 kejuaraan berpeluang menjadikannya 14.

Liverpool pula menjadi pasukan paling cemerlang di England dengan muncul juara sebanyak 6 kali dan menjadi satu-satunya pasukan England menerima Badge of Honour untuk kelab meraih 5 kejuaraan.

Perjalanan Liverpool untuk mara ke final dilihat lebih tenang, selesa dan mudah ibarat rokok kretek, nikmat, nyaman dan gurih kerana bertemu lawan yang tidak setanding mereka.

Di pusingan 16 Liverpool telah diundi bertemu Inter Milan sebelum bertemu benfica di suku akhir dan sekali lagi bertemu lawan mudah diseparuh akhir iaitu Villarreal yang mengejutkan Bayern Munich.

Real Madrid bertemu lawan yang sangat keras berhempas pulas mencipta kebangkitan menumbangkan PSG di pusingan 16 dan Chelsea pula menanti disuku akhir .

Carlo Ancelotti berjaya menunjukkan Chelsea jalan keluar untuk mara ke separuh akhir bertemu gergasi penuh bertaktikal Manchester City.

Liverpool dan Real Madrid kali terakhir bertemu adalah pada final Champions League 2018 di mana Real Madrid menang 3-1 dengan aksi yang penuh drama.

Sergio Ramos telah menjudo Mohamed Salah di awal permainan sehingga terpaksa di keluarkan ditambah pula dengan aksi kelakar Loris Karius yang kekal epik sehingga kini.

Kehangatan perlawanan akhir ini sedikit tercalar dan terbantut lantaran terjadi penangguhan perlawanan yang disebabkan oleh kelewatan ketibaan penyokong.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung jam 2.55 pagi waktu Malaysia di Kota Paris ini telah dianjak ke 3.36 pagi.

Camila Cabello akhirnya membuat persembahan pembukaan perlawanan ketika penyokong masih lagi lagi bersesak di luar untuk masuk menandakan perlawanan akan bermula selepas itu.

Tempoh 10 minit pertama menyaksikan Liverpool dan Real Madrid saling merencanakan gerakan bagi memecahkan kubu lawan masing-masing dengan bola banyak berlegar di tengah padang.

Selepas 15 minit permainan barulah percubaan bahaya dihadirkan oleh Liverpool, hantaran Trent Alexander Arnold mencari Salah telah memaksa Thibaut Courtois berkerja keras.

Bola tepisan Curtois terus disambar pemain Liverpool dan percubaan Thiago dari luar kotak berjaya diselamatkan dan tidak lama berselang Salah pula merembat namun Curtois masih kental.

Sadio Mane mempamerkan kepantasan gerakan kaki memperdayakan pertahanan Real Madrid dengan satu rembatan kencang yang sudah berjaya menewaskan Thibaut Courtois.

Selain percubaan Mane, Liverpool banyak melakukan percubaan yang agak mengancam tetapi tepat dn terus kepada Curtois.

Tapi sayang tiang menjadi penyelamat kali ini. Itulah peluang terbaik Liverpool dan perlawanan selepas 20 minit berlangsung.

Dipenghujung babak pertama kontroversi tercetus apabila jaringan Karim Benzema telah dibatalkan kerana offside walaupun Fabinho menolak bola kebelakang.

Kerana hantaran kebelakang daripada Fabinho itu adalah satu perbuatan tidak disengajakan maka Video Assistant Referee (VAR) memutuskan jaringan Benzema tidak dikira.

Tamat babak pertama menyaksikan Liverpool lebih dominan dengan serangan bertali arus namun gagal diterjemahkan dengan sebarang jaringan.

Vinicius Jr. yang berjaya melepasi perangakap offside secara tipis akhirnya meletakkan Real Madrid dihadapan selepas mudah menolak masuk hantaran cantik secukup rasa Federico Valverde.

Pada minit ke-65 , Luis Diaz telah dikeluarkan dan Diogo Jota masuk menjadi teman pengganti bagi terus memperkasakan serangan Liverpool.

Segala percubaan Mohamed Salah setakat ini dinafikan oleh Thibaut Courtois.

Casemiro telah melepaskan peluang keemasan dari sepakan percuma lantaran sentuhan pertama seperti Romelu Lukaku ketika hanya berdepan Alisson Becker.

Selepas 80 minit permainan Liverpool melakukan 26 percubaan dengan 7 percubaan tepat, betapa gilanya Liverpool menyerang untuk kejuaraan ketujuh.

Dengan masa kecederaan 5 minit tiada apa yang dapat dilakukan Liverpool dan Real Madrid berjaga mempertahankan satu gol mereka hingga wisel penamat.

Real Madrid melebarkan koleksi kejuaraan mereka kepada 14 dalam 17 perlawanan akhir yang pernah mereka mara.

Kesebelasan utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Thiago; Salah, Mane, Diaz.

Pemain Simpanan: Kelleher, Milner, Keita, Firmino, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Jota, Tsimikas, Matip, Elliott.

Kesebelasan utama Real Madrid (4-3-3) Courtois; Carvajal, Eder Militao, Alaba, Mendy; Kroos, Casemiro, Modric; Valverde, Benzema, Vinicius Jr.

Pemain Simpanan: Lunin, Hazard, Nacho, Asensio, Marcelo, Lucas Vazquez, Bale, Dani Ceballos, Rodrygo, Camavinga, Isco, Mariano.

Pengadil Perlawanan: Clement Turpin (France).

BACA:  Liverpool Era Paisley Lebih Hebat Dari United Era Ferguson