Liverpool Era Paisley Lebih Hebat Dari United Era Ferguson

Pasukan Liverpool ketika era Bob Paisley telah mengalahkan pasukan Manchester United era Sir Alex Ferguson untuk dinamakan sebagai pasukan terbaik England sepanjang zaman.

Sky Sports ‘Monday Night Football telah menyenaraikan 12 pasukan Inggeris terbaik sepanjang zaman. Kutipan mata dikira berdasarkan jumlah Kejayaan yang mereka pernah capai.

Bekas pengurus legenda Bob Paisley dan skuad Liverpool bawah kendalian beliau dari musim 1975-76 hingga 1977-78, telah diberikan 23 mata dan meletakkannya di senarai teratas sebagai pasukan terbaik England.

Dalam tempoh itu, The Reds telah memenangi tiga gelaran Divisyen Pertama, menjuarai Piala UEFA dan memenangi dua Piala Eropah.

Ferguson bersama Manchester United era 2006-07 hingga 2008-09, berada di kedudukan kedua dalam senarai ini dan cuma ketinggalan dua mata berbanding pasukan Liverpool kendalian Bob Paisley.

Legenda berusia 78 tahun itu memenangi tiga gelaran liga berturut-turut dalam tempoh itu dan juga merangkul trofi Liga Juara-Juara kedua beliau dengan kelab itu.

Pasukan Ferguson pada musim 2007-08 dianggap sebagai salah satu pasukan Liga Perdana yang terbaik sepanjang zaman.

Joe Fagan dan Paisley bersama Liverpool (1981-82 hingga 1983-84) menduduki kedudukan ketiga didalam senarai ini dan berkongsi kedudukan dengan pasukan pemenang treble, Manchester United kendalian Ferguson (1998-99 hingga 2000-01).

Pasukan Arsenal kendalian Arsene Wenger’s (2001-02 hingga 2003-04) yang sangat dikenali sebagai pasukan ‘Invincibles’ diletakkan di kedudukan keenam didalam senarai ini dan berkongsi tempat bersama pasukan Chelsea kendalian Jose Mourinho (2004-05 hingga 2006-07).

Mata MNF’s telah diperuntukkan pada bilangan piala yang dimenangi, dengan sebahagian daripada mereka dinilai lebih bernilai berbanding yang lain.

Satu kemenangan Piala Eropah dianggap bersamaan dengan lima mata dan satu gelaran liga pula akan di berikan empat mata. Gelaran Eropah lain, Piala UEFA / Champions League, akan diberikan tiga mata.

Piala domestik seperti Piala FA dan Piala Liga bernilai dua dan satu mata. Sementara kemenangan lain seperti Piala Dunia Kelab(CWC) dan Piala Super UEFA bernilai satu mata.

Pasukan-pasukan itu juga akan diberikan mata sekiranya mereka mendapat tempat kedua dalam mana-mana kejuaraan mereka sertai seperti mendapat tempat kedua Piala Eropah akan diberikan dua mata dan tempat kedua liga bernilai satu mata.

Ini adalah senarai yang di keluarkan oleh Sky Sport, dan sahaja pandangan-pandangan lain yang mengatakan bahawa pasukan terbaik sepanjang zaman dalam Liga Perdana adalah pasukan United yang memenangi treble tahun 1999.

Dan bagi peminat pasukan Arsenal pula sudah tentu mereka akan memilih pasukan kendalian Wenger’s yang memenangi Invicible sebagai pasukan terbaik dalam sejarah Liga Perdana.

Bezanya antara pandangan-pandangan ini adalah, Sky Sports’ menilai pasukan-pasukan ini berdasarkan kejayaan menyeluruh kerana itulah mereka menggunakan konsep pemberian mata untuk setiap kejayaan.

Musim ini pasukan Liverpool kendalian Jurgen Klopp dianggap sebagai pasukan terbaik di dunia dan selepas habis kejohanan Liga ini nanti mereka sudah pasti akan di tabalkan sebagai sebuah pasukan maha hebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

BACA:  Real Madrid Berjaya Tewaskan Liverpool Untuk Dapatkan Aurelien Tchouameni