Dengan tersingkirnya Itali dari kelayakan Piala Dunia 2022 di peringkat play-off dengan penuh dramatik sekali di kaki North Macedonia, kata-kata Leonardo Bonucci yang mahu membuatkan Cristiano Ronaldo menderita kini memakan diri.
Itali dan Portugal yangberada dalam Path C, play-off kelayakan Piala Dunia 2022 merupakan pasukan pilihan untuk mara yang turut dihuni bersama Turki dan juga North Macedonia.
Itali diundi bertemu North Macedonia yang diatas kertasnya adalah lawan mudah berbanding Portugal bertemu Turki yang terkenal dengan kedegilan serta semangat juang yang tinggi kalau kena pada masanya.
Keyakinan telah dizahirkan oleh Itali melalui pemain pertahanan mereka, Leonardo Bonucci selepas melihat undian tersebut yang menjangkakan Itali akan bertemu Portugal untuk merebut satu slot ke Piala Dunia.
Cristiano Ronaldo 'knows he will suffer blows' if Portugal meet Italy in massive World Cup play-off final next year, warns Leonardo Bonucci https://t.co/9xyMZ7hXxO
— MailOnline Sport (@MailSport) December 26, 2021
Pada ketika itu, perlawanan pertama belum pun berlangsung hanya lawan masing-masing sahaja sudah diketahui, melihat kepada North Macedonia membuatkan Leonardo Bonucci yakin sepertimana hampir semua peminat bola sepak.
Leonardo Bonucci telah menyatakan bahawa bekas rakan sepasukanny di Juventus, Cristiano Ronaldo pasti akan menderita jika Portugal bertemu Itali di perlawanan Play-off nanti.
Sudah pasti Ronaldo akan menderita jika gagal ke Piala Dunia yang dilaporkan sebagai Piala Dunianya yang terakhir. Ronaldo akan berusia 41 tahun jika mahu menunggu Piala Dunia 2026.
Leonardo Bonucci claims Cristiano Ronaldo "knows he will suffer blows" when they meethttps://t.co/7C8yOv5F5g pic.twitter.com/XJJ03ghgOo
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 26, 2021
Pertahanan kental Itali itu telah mendedahkan perbualannya bersama Cristiano Ronaldo berkenaan kemungkinan Itali akan bertemu Portugal.
“Aku telah bercakap dengan Cristiano Ronaldo dan kami bergurau tentang kemungkinan perlawanan Portugal vs Itali. Kami akan lihat apa yang terjadi di atas padang.”
“Cristiano Ronaldo tahu dia akan menderita dan terpukul.” Ujar Bonucci kepada RAI Sports.
“Kami perlu fokus apa yang akan terjadi di padang dan pada Mac kami akan bertemu lagi. Aku yakin kami akan lalui dua perlawanan yang hebat.”
Mungkin kerana terlalu yakin dan memandang rendah kepada North Macedonia menyaksikan pasukan kerdil itu telah mengejutkan juara Eropah 9 bulan yang lalu dan menjadi kisah klasik untuk masa depan.
Leonardo Bonucci warns Cristiano Ronaldo ‘will suffer blows’ if Italy and Portugal meet in the World Cup play-offs in March. https://t.co/jw8VmhLF5D #Bonucci #ITA #Italy #CR7 #Ronaldo #CristianoRonaldo #MUFC #Por #Portugal
— footballitalia (@footballitalia) December 27, 2021
Ketika Itali kecundang, Portugal bersama Ronaldo berjaya menewaskan Turki dan masih lagi mempunyai harapan ke Piala Dunia dan akan bertemu North Macedonia bagi merebut tempat yang ditawarkan.
Itali dan Portugal tidak bertemu, Bonucci tidak boleh membuatkan Ronaldo sengsara dan Bonucci pula mengalami kesengsaraan apabila Itali gagal ke Piala Dunia buat kali kedua berturut.
Gagal sekali tidak bermakna tidak akan gagal dua kali, Piala Dunia 2018 terciduk, Piala Dunia 2022 pun terlepas. Mario Balotelli masih kekal menjadi penjaring gol terakhir Itali di Piala Dunia.
Lebih perit apabila kata-kata Bonucci ini telah memakan diri dan beliau sendiri sengsara selepas berniat membuatkan orang lain sengsara. Ada yang mula menganjing.
Italy's disappointment may have brought a smile to English faceshttps://t.co/5GaYK1nWKu
— talkSPORT (@talkSPORT) March 25, 2022
Ronaldo menghabiskan tiga musim sebagai rakan sepasukan Bonucci semasa bermain untuk Juventus, kedua-duanya tiba pada musim panas 2018, walaupun Bonucci telah menghabiskan tujuh musim sebelumnya di kelab itu selepas rehat selama setahun di AC Milan.
Bonucci dan Ronaldo memenangi dua kejuaraan Serie A bersama-sama, ditambah satu Piala Itali dan dua Piala Super Itali. Kedua-duanya adalah antara pemenang di Anugerah Bola Sepak Globe.
Penyokong England merupakan mereka yang menganjing teruk kegagalan Itali ke Piala Dunia lantaran dendam membara mereka selepas tewas kepada Itali di perlawanan akhir EURO 2020.
Bagaikan melepaskan geram, pemain terbaik perlawanan akhir Euro 2020, Leonardo Bonucci membakar jiwa para penyokong England sebaik sahaja pasukannya sah bergelar juara Euro 2020 di Stadium Wembley.
🇮🇹 Bonucci: "It's coming to Rome!"@azzurri | #ITA | #EURO2020 pic.twitter.com/ZtDM5xY1xK
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 11, 2021
Selepas Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan penalti, pemain Itali bersorak keriangan berlari ke arah Donnarumma namun Bonucci pula pergi ke arah kamera yang merakam.
Bonucci dengan gembira terus menjerit depan kamera It’s Coming to Rome, menganjing slogan It’s coming home yang diulang-ulang oleh penyokong England dalam semua kejohanan mereka sertai.
Selepas penyampaian hadiah, Bonucci dan Jorginho terus melantukan kata-kata keramat It’s Coming to Rome, It’s Coming to Rome sambil merakam video.
Bonucci and Jorginho had heard enough of ‘it’s coming home’ 😬 pic.twitter.com/mIUFICXiZz
— SPORTbible (@sportbible) July 12, 2021
Bonucci terus menganjing secara back to back to back kepada penyokong England dan menyarankan England supaya makan lebih banyak pasta untuk menjadi hebat seperti Itali.
Seorang wartawan telah bertanya kepada Bonucci, kamu ada apa-apa mesej mahu ditujukan kepada penyokong England? Dan ini jawapan Bonucci:
“Duduk dengan tenang dan nikmati pasta. Aku suka suasana di Wembley malam ni. Aku suka persekitaran dipenuhi musuh. Naluri aku kuat mengatakan kami akan juara.”
Reporter last night: "Bonucci, do you have a message to the English fans?"
Bonucci: "Just sit back and enjoy some pasta, I loved the atmosphere at Wembley tonight, I love hostile environment, I had a good feeling we'll win the tournament tonight." pic.twitter.com/U4MOogqhdX
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) July 12, 2021
Tidak cukup dengan itu, kenakalan Bonucci tidak berakhir di situ apabila beliau telah berswafoto yang berlatarbelakangkan pemain pertahana terhebat dunia, Harry Maguire yang jelas kelihatan sugul.
Gambar tersebut tular di media sosial kerana membawa beribu maksud dan ia telah menarik perhatian peminat yang menganggap Bonucci merupakan Raja segala troll dalam dunia bola sepak.
Bagi peminat England, gambar itu sangat menyakitkan hati dan bagi penyokong di atas pagar pasti terhibur selepas melihat gambar tersebut.
😶 Selfie storici…
📸 Di #Alciato#Bonucci #Maguire#Euro2020 #ItsComingHome #itscomingtorome pic.twitter.com/f8UUzzBRTb
— serieAnews.com (@serieAnews_com) July 14, 2021
Kesetanan Bonucci tidak berakhir di lagi, seminggu selepas itu Bonucci masih lagi menganjing penyokong England dan pasta masih lagi menjadi bahan utama.
Kali ini Bonucci menganjing melalui laman Instagram rasminya. Meletakkan gambar beliau bersama pasangannya, Chiellini yang berkongsi pinggan menikmati pasta.
“Kami masih makan pasta.. dan kau?”
Selepas kegagalan Itali ke Piala Dunia, penyokong England yang menahan marah selama 9 bulan akhirnya berjaya membalas dendam dan menganjing kembali Bonucci dan Itali.
Diruangan komen gambar Instagram di atas dapat dilihat ada yang bertanya ‘Di man Itali tahun 2022?’ dan ada jugak yang memilih untuk memaki hamun.
Klik sini untuk melihat pembalasan dendam penyokong England.