Inilah Reaksi Ronaldo Menyaksikan Vinicius Jr. Melakukan Keraian ‘Sii’

Vinicius Jr. menjaringkan gol pertama Real Madrid di El Clasico dan gol tersebut diraikan dengan keraian ‘Sii’ dihadapan Cristiano Ronaldo yang hadir menyaksikan perlawanan.

Pada minit ke-71 Vinicius Junior laju membawa bola di sebelah kiri gawang Barcelona dan melepaskan rembatan padu yang terbias terkena kaki Pique lalu bola masuk menerjah gawang Barcelona.

Ronaldo yang dilihat berada di tempat duduk eksekutif di Bernabeu menyaksikan gol cantik Vinicius Jr. dan keraian ‘Sii’ milik pemenang Ballon d’Or 5 kali itu.

Kamera segera beralih arah kepada Ronaldo bagi merakamkan reaksi beliau yang nyata menghargai keraian Vinicius Jr. itu dengan satu tepukan laju-laju yang gemuruh bersama para penonton yang lain.

Siiiiiii!!!!

Cristiano Ronaldo kembali ke Bernabeu buat pertama kali sejak meninggalkan gergasi Sepanyol itu untuj bersama Juventus selepas Piala Dunia pada 2018.

Bintang Portugal itu beralih angin dengan berkelana ke Serie A bagi mencari cabaran baru.

Kini Italy dilanda serangan Corona Virus yang agak teruk memaksa perlawanan antara Juventus dan Inter Milan dibatalkan untuk keselamatan semua.

Kesempatan ini digunakan oleh Ronaldo bagi menikmati perlawanan El Clasico selaku penyokong dan ternyata kehadiran Ronaldo berbaloi.

Kenapa Vinicius Melakukan Keraian Sii

Vinicius Jr. telah mendedahkan kenapa beliau melakukan keraian milik Ronaldo yang merupakan lagenda hidup Real Madrid.

Pada separuh masa, Cristiano Ronaldo telah pergi ke bilik persalinan Real Madrid dan telah memberikan kata kata semangat kepada para pemain Real Madrid.

Vinicius Jr telah menjaringkan gol pembukaan perlawanan mungkin kerana terkesan dengan kata-kata Ronaldo.

“Cristiano datang ke bilik persalinan ketika separuh masa untuk menyokong pasukan dan memberikan kami sokongan moral. Sebab itulah saya meraikan gol itu seperti gaya beliau.”

“Cristiano Ronaldo adalah pemenang di dalam padang dan di luar padang.”

Keraian itu dilakukan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada legenda kelab itu.

Real Madrid 2-0 Barcelona

Real Madrid berjaya menewaskan Barcelona dengan penuh bergaya dalam perlawanan bola sepak yang dinanti-nanti dan terhebat di bumi Sepanyol, El Clasico.

Los Blancos berjaya menewaskan kelab Catalan itu dengan dua jaringan tanpa balas.

Untuk rekod, Real Madrid hanya memenangi satu sahaja perlawanan 10 perlawanan terakhir El Clasico. Berkicap 1-9.

Dengan kemenangan ini membuatkan pasukan bimbingan Zinedine Zidane meraih kemenangan kedua di pertemuan ke-11.

Second-half goals from Vinicius Junior and Mariano Diaz, in the 71st and 92nd minutes respectively, sealed all three points for Zinedine Zidane’s side.

Barcelona nyata mempamerkan aksi yang mengecewakan di mana Lionel Messi dan rakan-rakan gagal berbuat apa-apa dan mati kutu.

Dua gol separuh masa kedua daripada Vinicius Jr. dan jaringan minit ke-92 Mariano Diaz memberikan Real Madrid tiga mata yang berhak diperoleh dari perlawanan ini.

Senarai pemain utama Real Madrid

Thibaut Courtois, Dani Carvajal, Raphael Varane, Sergio Ramos, Marcelo, Toni Kroos, Casemiro, Federico Valverde, Isco, Vinicius Junior, Karim benzema.

Pemain simpanan Real Madrid

Alphonse Areola, Eder Militao, Ferland Mendy, Luka Modric, Gareth Bale, Lucas Vazquez, Mariano Diaz.

Pemain utama Barcelona

Marc Andre Ter Stegen, Nelson Semedo, Gerrard Pique, Samuel Umtiti, Jordi Alba, Arthur, Sergio Busquets, Frenkie De Jong, Arturo Vidal.

Pemain simpanan Barcelona

Neto, Clement Lenglet, Junior Firpo, Ivan Rakitic, Alex Collado, Martin Branthwaite, Ansu Fati.

BACA:  Video: Cristiano Ronaldo Pernah Jadi Guru Lingard Ketika Kanak-kanak