Video: Cristiano Ronaldo Pernah Jadi Guru Lingard Ketika Kanak-kanak

Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah pasukan Manchester United. Beliau berjaya memenangi saingan liga, Liga Juara-juara dan beberapa lagi piala domestik bersama setan merah.

Bakat beliau mula digilap oleh Sir Alex Ferguson dan ketika usia muda lagi beliau sudah menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad setan merah.

Ronaldo tiba di Old Trafford ketika masih berusia 18 tahun. Sejak awak ketibaannya lagi beliau sudah dijangka bakal menjadi pemain elit.

Ronaldo mempunyai skill yang sangat luar biasa dan beliau juga sangat lincah dalam padang. Beliau menjadi antara nadi penting dalam sistem serang United.

Karier Ronaldo terus cemerlang selepas beliau meninggalkan setan merah untuk berhijrah ke Real Madrid, dan kini pemain kebangsaan Portugal itu sedang beraksi bersama pasukan gergasi Itali, Juventus.

Hanya Lionel Messi sahaja yang mempunyai koleksi Ballon d’or lebih dari Cristiano Ronaldo yang mengumpul lima anugerah tersebut dalam kabinetnya.

Roy Keane, Rio Ferdinand, Ryan Giggs dan Paul Scholes merupakan pemain senior berkualiti yang banyak membantu Cristiano Ronaldo ketika awal kariernya bersama setan merah.

Ketika baru menyertai setan merah, Ronaldo telah dihantar ke akademi Manchester United, yang mana beliau kesana untuk memberikan sedikit contoh skill dengan kemahiran kakinya.

Beliau memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain kanak-kanak di akademi tersebut, dan salah seorang daripada pemain cilik yang ada pada ketika itu adalah Jesse Lingard.

Dalam video rakaman yang dilihat ketika sesi latihan tersebut, Ronaldo mempamerkan kebolehan dan kekuatan utamanya sehingga kanak-kanak disitu begitu kagum melihatnya.

“Saya rasa itu saja cara saya bermain, sejak dari usia kanak-kanak dan bermain di Madeira, saya selalu menjadi pemain yang suka berhadapan dengan lawan secara berdepan satu lawan satu.”

Jelas Cristiano Ronaldo.

“Ini memang sifat saya dan saya sering melakukan ini.’

Lingard dan rakan-rakanya ketika itu teruja melihat aksi Ronaldo melakukan ball mastery dengan aksi step over. Mereka jelas kagum dan terpukau dengan kemampuan yang dipamerkan oleh senior mereka ketika itu.

Tidak dinafikan skill Ronaldo memang hebat dan padu, malah jurulatihnya ketika itu sendiri turut berasa kagum dengan kelajuan kaki pemain dari Portugal itu.

Ronaldo menunjukkan demonstrasi dengan gaya gerakan yang sangat pantas kepada semua pemain skuad kanak-kanak United yang berada disitu.

Cristiano Ronaldo benar-benar memberi inspirasi kepada kesemua kanak-kanak tersebut, Lingard sendiri pernah mendedahkan bahawa beliau sangat meminati Cristiano Ronaldo dan menganggap bintang Juventus itu sebagai idolanya.

Jadi tidak hairanlah mengapa Lingard sentiasa mahu meniru aksi Cristiano Ronaldo di dalam dan di luar padang.

Ketika usia remaja, Ronaldo sangat dikenali dengan gaya permainannya yang berasaskan gerakan pantas dan gelecekan.

Namun ketika usianya semakin meningkat, Ronaldo mendedahkan bahawa beliau tidak lagi menekankan aspek gelecekan dan tidak mahu terlalu menggunakan kelebihan menggelecek yang beliau miliki.

Sebaliknya sekarang beliau mahu lebih menumpukan kepada poaching, mencari ruang dan yang paling penting menajamkan lagi teknik menjaringkan gol.

Cristiano Ronaldo kini sudah berusia 36 tahun namun fizikalnya masih dalam keadaan terbaik dan beliau masih lagi menjadi antara pemain yang berada di kelas tertinggi.

BACA:  Cristiano Ronaldo Jaring Gol Yang Ke-750 Sepanjang Karier