Pemain penyerang Ajax, Dusan Tadic berjaya menjaringkan gol yang dianggap paling menyakitkan dalam sejarah saingan Champions League ketika bertemu Borussia Dortmund kemarin.
Beliau mempertaruhkan keturunannya untuk menjaringkan gol dalam aksi peringkat kumpulan C bertemu Dortmund, seterusnya membantu Ajax untuk mencatatkan kemenangan.
Bekas bintang Southampton itu pada ketika ini sudah berjaya menjaringkan tujuh gol dalam semua pertandingan untuk kelab dan negara sepanjang musim ini.
Dusan tadic. This is hella funny🤣🤣 pic.twitter.com/FyKsljhml8
— ⚽BE🇳EDICT⚽ (@djbantiben1) November 5, 2021
Ketika menjaringkan gol penyamaan untuk Ajax mengikat Dortmund 1-1 kemarin, beliau telah mempertaruhkan keturunannya demi untuk memadam gol pendahuluan pasukan lawan yang dijaringkan oleh Marco Reus.
Walaupun beliau sebenarnya baru saja menjaringkan gol yang penting untuk Ajax dalam perlawanan tersebut, namun Dusan Tadic tak mampu untuk benar-benar meraikan jaringannya itu.
Tiada lelaki yang tidak faham apa yang Tadic rasakan, ngilu, senak, hilang harapan, bimbang tiada keturunan, fikir perasaan isteri tersayang, dan kerana itulah beliau tidak begitu mampu untuk meraikan gol tersebut.
Pengorbanan Tadic membuahkan hasil dengan Ajax mendapat semangat tambahan dari usahanya itu dan menambah dua lagi gol untuk mencatatkan kemenangan 3-1.
Dusan Tadic of @AFCAjax sacrificed the whole generation for 1 goal. I love this game♥️ pic.twitter.com/5YQJkRzpNe
— The Pries✝️ 📖 (@Katril7) November 5, 2021
Selepas wisel penamat dibunyikan, Tadic bergurau tentang insiden tersebut dengan memuat naik gambar tiang gol yang hampir memusnahkan keturunan beliau dan menulis:
“Semoga kamu lekas sembuh kawanku…”
Fahamkan siapa kawan dia maksudkan tu? Bukan tiang gol tau, tapi tiang seri dia.
Wishing you a quick recovery my friend… 😜 https://t.co/T97BoAQg8y pic.twitter.com/7VupcviyzY
— Dušan Tadić (@DT10_Official) November 3, 2021
Tidak cukup dengan gurauan itu, Tadic memutuskan untuk menambah episod baru drama antara beliau bersama ‘kawan’ beliau itu ketika skuad Ajax tiba di Amsterdam.
JAJAJAJAJAJA
Menudo crack es Tadic. Tras darse un golpe doloroso en sus partes al marcar contra el Borussia Dortmund, así apareció de vuelta a Ámsterdam🤣🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/15gBYZ72pZ
— Manu Heredia (@ManuHeredia21) November 5, 2021
Buenos días! Así llegó Tadić a Amsterdam esta mañana 😂 pic.twitter.com/U7EwiSYwq4
— Mundo Ajax 🛡 (@MundoAjax) November 4, 2021
¡LO TRISTE!😔
Ayer Dusan Tadic tuvo un fuerte golpe en el poste. Lamentablemente sus partes intimas se lesionaron..🍆🍳🍳 pic.twitter.com/E0NBeqeRJ5
— Analistas (@SomosAnalistas_) November 4, 2021
Beliau memakai anduh untuk melindung senjatanya sambil berjalan santai turun dari bas, dan hal itu telah mencuit hati para penyokong yang melihatnya.
Tak pasti sama ada anduh itu benar-benar dipakai kerana senjata beliau perlukan sokongan, atau sekadar gurauan kasar beliau bersama rakan sepasukannya.
Dusan Tadic pertaruhkan keturunannya demi menjaringkan gol untuk Ajax
Gergasi Belanda, Ajax cemerlang membelasah Borussia Dortmund 3-1 di Signal Iduna Park, dengan Sebastian Haller, Davy Klaassen dan Dusan Tadic berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol.
Perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan underdog ini sangat menarik untuk ditonton dengan mereka mempamerkan aksi persembahan yang cukup mengagumkan.
Dusan Tadic s’est explosé les bijoux de famille pour égaliser. Football total. pic.twitter.com/JI2zsgAYpS
— Scipion (@Scipionista) November 3, 2021
Walau bagaimanapun, telah berlaku satu insiden yang agak menjejaskan keseronokkan perlawanan ini, yang mana pengadil telah melayangkan kad merah kepada Hummels.
Michael Oliver melayangkan kad merah yang agak tidak patut kepada pertahanan Jerman itu yang telah mengasari Antony pada aksi babak pertama perlawanan.
Melihat kepada ulang tayang, Hummels sepertinya tidak melakukan kesalahan teruk yang boleh mengakibatkan beliau dilayangkan dengan layangan kad merah.
Ia hanyalah tackle biasa dari seorang pemain pertahanan dan maksimum hukuman untuk kesalahan itu hanyalah kad kuning sahaja.
Namun selepas ia dirujuk ke VAR, kad merah tersebut tetap diteruskan dengan Mats Hummels diarahkan untuk keluar dari padang.
Mats Hummels just got sent off for this challenge… #DORAJX // #UCL pic.twitter.com/BHMx2yia2P
— talkSPORT (@talkSPORT) November 3, 2021
Ramai yang mempertikaikan tentang keputusan Michael Oliver dan menganggap beliau tak sepatutnya melayangkan kad merah kepada Mats Hummels.
Dortmund sepertinya tidak begitu terjejas walau beraksi dengan kekurangan seorang pemain, dengan mereka yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini.
Pasukan tuan rumah dihadiahkan dengan sepakan penalti selepas Jude Bellingham dikasari di dalam kotak penalti Ajax.
Marco Reus cemerlang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan Borussia Dortmund satu gol mengatasi Ajax.
Dusan Tadic ran into the post while scoring his goal, and he was feeling it afterward 😬 pic.twitter.com/ASFDGOwiuA
— B/R Football (@brfootball) November 3, 2021
Juara bertahan saingan Eredivisie itu kemudiannya berjaya bangkit pada aksi babak kedua permainan, dengan Dusan Tadic memadam gol pendahuluan Dortmund pada minit ke-72 permainan.
Gol jaringan dari pemain kebangsaan Serbia itu benar-benar mencuri perhatian ramai, dengan Tadic sebenarnya mempertahankan keturunan beliau untuk menjaringkan gol itu.
It takes some balls to win in Dortmund.
Hope the post is ok. 🍒😉COME ON AJAX! ❌❌❌ pic.twitter.com/oqCojIYVGy
— Dušan Tadić (@DT10_Official) November 3, 2021
Beliau berjaya menyambut bola hantaran jauh dari rakan sepasukannya dengan menahan bola itu dan menghalakan ke arah gawang gol.
Bola tampanan dari bekas bintang Southampton itu jelas sekali berjaya menewaskan Gregor Kobel, namun apa yang sedihnya, sebaik bola menerjah jaring, Tadic terhantuk di tiang gol dan bahagian yang terhantuk itu merupakan senjata untuk beliau menambah keturunannya.
tadic sacrificing everything for an ajax goal 🤝 pic.twitter.com/535eKoXtvp
— andrea (@andreaxxfc) November 3, 2021
Peminat seluruh dunia tentu faham dengan apa yang Tadic rasakan ketika senjatanya itu bertembung dengan tiang gol.
Berkemungkinan beliau sendiri tidak mampu untuk bergembira meraikan gol tersebut, kerana sedih memikirkan apa berlaku pada senjatanya itu.
Beliau berjaya untuk meneruskan permainan dan membantu Ajax untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.
Dusan Tadic boleh berbangga kerana beliau telah membuktikan kepada kelab yang dirinya sanggup bekorban apa saja asal Ajax berjaya memperoleh gol dan mencatatkan kemenangan.
Ia antara gol paling menyakitkan yang pernah dilihat dalam sejarah saingan Champions League, dan Dusan Tadic jelas sekali perlu berbangga.
Dusan Tadic scores painful Ajax goal as Man City earn another Champions League winhttps://t.co/tya2iLSId0 pic.twitter.com/wNtg9F9s9h
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 3, 2021
Haller dan Davy Klaassen menjaringkan dua gol lagi ketika perlawanan masuk ke 20 minit yang terakhir, seterusnya mengesahkan kemenangan 3-1 Ajax menewaskan Borussia Dortmund.
Gergasi Belanda itu secara tidak langsung telah mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di pusingan kalah mati, selepas layak sebagai Juara kumpulan.
Empat perlawanan dan empat kemenangan sudah cukup untuk membuktikan yang Ajax pada musim ini merupakan pasukan yang perlu diberi perhatian.
Ajax futbolcusu Dusan Tadic'in, Dortmund-Ajax maçında penisi kırıldı. Arkadaşları, maçtan sonra Tadic'in penis alçısını imzaladı. pic.twitter.com/NSRtE16UYp
— BBO News (@bbonewstr) November 5, 2021
Mungkin mereka boleh mengulangi kejayaan mara ke peringkat separuh akhir pada musim 2019/20, dan mungkin juga kali ini mereka akan pergi lebih jauh.
Sumber: SPORTbible