Keane dan Carragher Senada Untuk Dua Pilihan Pertama Terbaik Sepanjang Zaman Namun Tidak Yang Ketiga

Roy Keane dan Jamie Carragher yang menjadi pengulas di studio Sky Sports turut sama berbicara mengenai topik ini selepas perlawanan Nottingham Forest menentang Aston Villa yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Senarai dan siapa pemain bola sepak terbaik sepanjang menjadi topik hangat dunia bola sepak selepas FourFourTwo mengeluarkan senarai 100 pemain terbaik sepanjang zaman pilihan mereka.

Lionel Messi diangkat sebagai yang terbaik sepanjang zaman oleh FourFourTwo yang pasti terus menjadi perdebatan yang boleh membawa kepada perbalahan yang tidak kunjung habis.

Dua pemain legenda itu telah ditanya siapakah tiga GOAT pilihan mereka dan mereka telah senada apabila menamakan Diego Maradona dan Zinedine Zidane dalam dua pilihan pertama.

Namun untuk satu lagi pilihan Jamie Carragher telah memilih Lionel Messi dan Roy Keane yang menyaksikan sendiri kemunculan Cristiano Ronaldo memilih bekas rakan sepasukannya itu.

Pada awalnya Roy Keane telah menamakan Cristiano Ronaldo, Thierry Henry dan Wayne Rooney sebagai pilihan kerana menyangka pemain yang dipilih mestilah dari Premier League.

“Aku ingat soalan tanya pasal pemain Premier League.”

“Selepas itu Maradona perlu berada di atas sana, Cristiano Ronaldo dan kemudian saya mungkin akan mengatakan Zinedine Zidane untuk saya. Dia hebat dan aku cukup bernasib baik dapat bermain menentangnya.”

Roy Keane berpendapat Zinedine Zidane adalah seorang pemain yang hebat lagi licik dan berasa bertuah pernah beraksi menentang Zidane.

“Pemain yang cemerlang, licik, mampu menjaringkan gol, memenangi hadiah besar. Sukar untuk ditewaskan.”

Jamie Carragher kemudian membincangkan pilihannya dengan meletakkan syarat bahawa dia akan memilih pemain yang pernah ditonton aksinya di padang.

Dengan meletakkan pembolehubah malar dengan serta-merta nama legenda seperti Pele, Johan Cruyff dan lain-lain daripada generasi itu telah ditolak keluar dari senarai.

Ini menjadikan penilaian Carragher lebih adil dan telus.

“Lupakan pemain yang tak pernah aku lihat aksi mereka, jadi aku tidak akan melibatkan Cruyff, Pele dan pemain generasi terdahulu.”

“Aku hanya akan pilih pemain yang membuatkan aku rasa ‘wow’ sejak pertengahan 80-an.”

Lalu Carragher meletakkan pilihan pertamanya:

“Nombor satu bagi aku sudah pastilah Messi. Macam aku cakap minggu lepas, jika Argentina memenangi Piala Dunia, Messi akan mengukuhkan reputasinya di mata ramai sebagai pemain nombor satu dunia.”

Carragher meneruskan pemain pilihannya seterusnya dengan bersandarkan kepada sebab mengapa pemain tersebut menjadi pilihan:

“Maradona, apa yang dia lakukan pada tahun 1986. Aku masih kecil dan tidak percaya apa yang aku tonton. Dan aku bersetuju dengan Roy, aku akan pergi dengan Zidane dari generasi moden.”

“Aku hanya fikir Zidane untuk apa yang dia lakukan pada saat-saat terbesar. Anda fikirkan tentang final Piala Dunia [1998], gol di Hampden Park pada final Liga Juara-Juara [2002], persembahannya di Euro 2000. Dia istimewa.”

Zinedine Zidane tidak dinafikan lagi sebagai pemain perancang istimewa lagi genius dan karier pengurusannya gemilang dengan hatrik kejuaraan Champions League.

Pertelingkahan antara Carragher dan Keane membabitkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bukanlah perkara baru dan dari pemilihan pemain ini juga memanjangkan lagi perdebatan mereka.

Sebelum ini Carragher dan Keane telah berbeza pendapat mengenai kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Bekas pemain Liverpool itu berpendapat kehadiran Ronaldo merupakan satu perpindahan yang teruk, manakala Keane pula percaya Ronaldo mampu membawa Setan Merah kembali memenangi trofi.

Dengan usia Ronaldo kini sukar untuk impian Keane menjadi kenyataan dan kepulangan semula Ronaldo bukanlah sesuatu yang teruk.

BACA:  Carragher Digantung Sky Sehingga Tamat Musim Ini Berhubung Insiden Meludah Peminat Manchester United