Kecewa Tak Dapat Penalti, Ole Salahkan Pengadil, Artikel Dan Lampard

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan pasukannya tidak menang di Stamford Bridge kerana pengadil tidak memberikan mereka penalti.

Paling mengejutkan Ole Gunnar Solskjaer menyalahkan Frank Lampard sekali serta artikel yang dimuat naik di laman rasmi Chelsea.

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan kemarahannya di atas unsur luar yang mempengaruhi keputusan pengadil ke atas Manchester United dalam beberapa perlawanan musim ini.

Pasukan yang paling yakin akan menjadi juara musim ini itu kini semakin jauh di belakang City. Beberapa minggu lalu Ole Gunnar Solskjaer menyatakan mereka bukan bertanding untuk tempat kedua. Tetapi nak juara.

Namun dalam beberapa perlawanan ini, Manchester United sudah dinafikan penalti dan mereka kecewa.

United sekali lagi terpaksa seri bermaruah di Stamford Bridge. Dan satu insiden menjadi perdebatan apabila pengadil tidak memberikan penalti selepas Callum Hudson-Odoi handball pada separuh masa pertama.

Pengadil Stuart Attwell diminta menghentikan seketika perlawanan dan merujuk kepada VAR di tepi padang. Malang sekali selepas beriya melihat monitor pengadil tersebut telah menafikan penalti yang diminta pasukan yang paling handal di England itu.

Ole Gunnar Solskjaer melabel pengadil teruk dan ianya adalah 100% penalti.

“Yep, 100 peratus, terutama sekali ketika mereka menghentikan perlawanan untuk melihatnya. Malah dari sini pun nampak jelas itu handball.”

“Dan apabila kamu sudah melihat video, maka dua mata kami telah dirompak.”

Luke Shaw sebelum itu memberitahu wartawan bahawa dia dan Harry Maguire mendapatkan kepastian dari pengadil, kenapa penalti itu tak diberikan.

Shaw menjelaskan: “Pengadil malah memberitahu H (Harry Maguire, nama manja dia la) bahawa jika dia berikan penalti, nanti akan banyak orang bercakap tentangnya selepas ini. H diberitahu itu penalti.”

Ole tiba tiba memetik artikel yang diterbitkan Chelsea pada Oktober lalu berkaitan insiden Maguire ke atas Cesar Azpilicueta yang tidak dihukum pengadil ketika aksi di Old Trafford.

“Saya tidak dapat mengatakannya, kerana itu tidak akan baik untuknya,” jawab Solskjaer tentang komen Shaw.

“Tentu saja itu berkaitan. Saya tidak mahu menimbulkan kontroversi tetapi itu tidak betul, bukan?”

“Ini semua pengaruh luar, ada perbincanga tentang VAR [oleh Chelsea] tentang Harry – itu tidak bagus untuk dilampirkan di dalam laman web mereka, artikel yang mempengaruhi pengadil.”

“Anda boleh membaca apa yang mereka katakan mengenai Harry Maguire, memberi tekanan kepada pengadil untuk memberikan hukuman terhadap kami.”

“Apakah ini semua berpunca dari Frank [Lampard]? Sebab ada banyak sangat perbincangan mengenai kami mendapat penalti apabila tidak ada keraguan.

“Dan sekarang, hari ini, kita seharusnya mendapat penalti. Itu jelas seperti yang kita tengok.”

Sebelum ini Harry Maguire turut mengecam pengadil dan Liverpool sebagai punca mereka susah mendapat penalti. Ini selepas kenyataan Klopp yang menurut Maguire memberikan tekanan kepada pengadil.

Kapten paling berkaliber di Liga Inggeris, Harry Maguire tidak dapat menyembunyikan sakit hatinya diperlakukan pengadil ketika perlawanan menentang West Brom.

Di kala United mahu menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim ini, ternyata pengadil menjadi punca kenapa mereka gagal.

Menurut Maguire, pengadil telah menindas dan tidak adil ke atas United dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Maguire mengecam pengadil Craig Pawson dan kesemua pegawai VAR kerana membenarkan gol  Mbaye Diagne. Sedangkan menurut pengalaman Maguire, gol itu patut dibatalkan kerana Diagne terlebih dahulu mengasari teman baiknya Victor Lindelof.

Maguire turut mengutuk pengadil kerana tidak memberikan penalti kepada Manchester United pada separuh masa kedua.

Manchester United sekali lagi seri bermaruah dengan West Brom. United ketinggalan seawal 83 saat. Namun membalasnya sebelum rehat separuh masa menerusi Bruno Fernandes.

“Permulaan yang sukar dengan gol yang kami lepaskan. Tapi, tapi, ada tapinya, gol itu sebenarnya satu kekasaran.”

“Kamu juga pasti bahawa ianya penalti (pada separuh masa kedua). Saya tak pasti apa tujuannya mereka perlu meminta dia (pengadil) ke monitor.”

“Bentesan itu agak minimal. Tapi ianya tetap penalti. Nampaknya beberapa keputusan pengadil menentang kami.”

“Kita tak boleh bergantung kepada keputusan VAR, kita harus memperbaikinya.”

Selain itu Harry Maguire turut mengecam pasukan yang memberikan komen tentang penalti mereka sebelum ini.

Dan ia menurut Maguire telah menjadi punca kenapa pengadil mulai menindas Manchester United dengan beberapa pengadilan yang tidak adil.

Jurgen Klopp dengan busy bodynya mengira jumlah penalti Manchester United sebelum ini dan menyatakan bahawa pasukan United lebih banyak mendapat penalti dalam masa 2 tahun ini berbanding dengan 5 tahun dia di Liverpool.

Dengan suara seorang pemimpin, Maguire berkata: “Sejak ada orang lain dari pasukan lain bercakap tentang kami, sekarang kami langsung tak dapat apa apa daripada pengadil dan VAR.”

“Buat masa ni kami bermain tanpa mereka (pengadil dan VAR). Jadi kita kena pastikan kira tidak bergantung kepada pengadil dan VAR.”

BACA:  Pemain Man Utd Persoal Keputusan Ole Lantik Maguire Sebagai Kapten