Kedunguan Duo Serangan Chelsea Mengundang Kemarahan Peminat

Penyokong Chelsea telah menghentam teruk gandingan Romelu Lukaku dan Callum Hudson Odoi kerana menganggap kedua-dua pemain itu langsung tak berfungsi dan kaku seperti kayu mati ketika aksi pertemuan bertemu Plymouth Argyle malam semalam.

Chelsea berdepan kesukaran bertemu pasukan dari League One itu dengan mereka terpaksa menunggu sehingga aksi tambahan masa untuk mengesahkan kemenangan.

Thomas Tuchel menurunkan tiga pemain di bahagian jentera serangan dengan menggandingkan Lukaku, Hudson-Odoi dan Hakim Ziyech ketika aksi dalam saingan FA Cup itu.

Hakim Ziyech tidak dinafikan sememangnya mencuri perhatian ramai dengan aksi mantap yang beliau persembahkan pada aksi babak pertama permainan.

Sementara Lukaku dan Hudson-Odoi pula gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan dan aksi hambar mereka persembahkan itu mengundang rasa marah para peminat.

Para penyokong di media sosial masing-masing tampil meluahkan kemarahan terhadap gandingan duo The Blues itu.

Peminat mendakwa yang Lukaku dan Hudson-Odoi seolah-olah bermain menentang Chelsea dan tak layak untuk diturunkan lagi dalam aksi di pusingan 16 terbaik saingan Champions League nanti.

Jelas sekali kedua-dua mereka sememangnya teruk dibantai oleh para peminat di media sosial, namun mujur saja tak ada gambar monyet yang memenuhi ruang komen media sosial mereka.

“Adakah dua pemain itu sebenarnya bermain untuk pasukan lawan? Saya tak rasa dia pemain Chelsea.”

“Apa yang mereka cuba lakukan itu? Mereka pemain penyerang kita atau pemain pertahanan lawan?”

“Saya harap Tuchel akan singkirkan saja pemain macam ini dari skuad selepas ini, mereka perlu dihukum supaya sedar yang aksi mereka terlalu teruk.”

“Saya penat nak tengok aksi lemah kedua-dua mereka ini, mereka nampak langsung tak bersemangat.”

“Kalau nak kenal kayu mati, lihatlah aksi kedua-dua Lukaku dan Hudson-Odoi.”

Chelsea hampir dikejutkan dengan kekalahan bertemu pasukan League One

Chelsea menerima kunjungan pasukan Plymouth Argyle yang bermain di divisyen ketiga piramid bola sepak England, Football League 1, ke Stamford Bridge.

Menurunkan pasukan yang kuat selepas rehat yang panjang, Chelsea terlebih dahulu ketinggalan kepada kelab dari barat daya England ini apabila Macauley Gillesphey berjaya menjaringkan gol seawal minit kelapan.

Gol terhasil daripada sepakan percuma Jordan Houghton yang melencong masuk ke dalam kotak penalti Chelsea, sebelum ditanduk oleh Gillesphey yang tidak dikawal mana-mana peain Chelsea.

Tersentak dengan gol awal tersebut, The Blues melancarkan serangan bertali arus ke pintu gol Plymouth namun dikecewakan oleh pemain Plymouth yang berkampung dan berkumpul di dalam kotak penalti mereka.

Nasib baik Chelsea mempunyai pemain dan pengurus yang berkualiti. Tatkala pemain di bahagian serangan telah dirantai, pemain bek sayap, Cesar Azpilicueta menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama.

Mason Mount menerima bola dari tepi padang dan menarik minat dua pemain Plymouth untuk menyerbunya. Namun Mount dengan begitu bijak melorongkan bola ke tengah kotak penalti dengan Azpilicueta sedang menanti, lalu bek sayap kanan tersebut melakukan flip yang begitu bersahaja dan membuatkan penjaga gol lawan, Michael Cooper, hanya mampu melihat sambil terkedu.

Sepanjang separuh masa kedua, Chelsea tidak jemu-jemu menekan dan melakukan serangan ke atas pasukan lawan namun gagal mendapatkan gol kedua sehingga tamat wisel penamat 90 minit perlawanan, sekaligus terpaksa diheret ke masa tambahan.

Marcos Alonso  berjaya membuang gusar di dada penyokong Chelsea apabila menjaringkan gol kemenangan pada penghujung separuh masa pertama masa tambahan. Kai Havertz menjadi watak pembantu kali ini apabila lorongan pendeknya ke dalam kotak penalti dengan mudah disambar oleh Alonso.

Pada penghujung masa tambahan, PLymouth dihadiahkan sepakan penalti. Nasib baik Chelsea mempunyai penjaga gol yang cekap dan bijak lantas dapat membaca arah bola sepakan pemain Plymouth.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Jawapan Balas Dari Ultras Inter Terhadap Permohonan Maaf Lukaku Mencuri Perhatian Peminat