Kedunguan Lukaku Makin Terserlah Selepas Beliau Menukar Bio Facebook Miliknya

Pemain penyerang Chelsea, Romelu Lukaku telah menukar bio Facebook miliknya dan ia telah mengundang rasa marah para penyokong terhadapnya.

Selepas tular isu panas melibatkan temu bual beliau bersama Sky Sports Italia baru-baru ini, Lukaku sepertinya tidak henti-henti menguji keimanan penyokong Chelsea dari terus memaki hamunnya.

Ketika temu bual bersama Sky Italia itu, Lukaku mendedahkan yang beliau tidak gembira dengan situasinya di Stamford Bridge pada ketika ini.

Beliau juga secara terbuka mengkritik taktikal pengurus kelab, Thomas Tuchel dan menganggap sistem pengurus dari Jerman itu tidak sesuai dengan kemampuan beliau.

Lebih teruk lagi, Lukaku juga secara terbuka mendedahkan yang beliau berhasrat untuk kembali beraksi bersama Inter Milan dalam saingan Serie A.

Thomas Tuchel jelas langsung tidak gembira dengan komen yang dibuat oleh Lukaku itu dan sebagai hukuman, beliau telah menggugurkan nama bintang Belgium itu dari skuad ketika aksi bertemu Liverpool awal pagi tadi.

Ketika nama Lukaku sedang hangat disebut-sebut atas kesilapan dungu yang beliau lakukan, para peminat berjaya mengesan satu lagi hal ultimate dungu yang dilakukan oleh bintang Belgium itu.

Para peminat mendapati yang Lukaku telah menukar bio di laman Facebook rasmi miliknya dan tindakan beliau itu telah mengundang kecaman dari para peminat.

Beliau masih menggunakan gambar memakai jersi Chelsea untuk profile dan cover, namun di ruangan bio, Lukaku sekadar menulis ‘Inter Milan’ sahaja.

“Saya rasa dia sekadar mengeruhkan lagi keadaan, dia buat orang semakin benci dengan dia.”

“Tidak akan ada kelab lain yang mahu mendapatkan khidmat dia selepas melihat apa yang dia lakukan sekarang. Bahkan saya rasa Inter Milan sendiri tidak akan mahu terima dia semula.”

“Dia sudah merosakkan masa depan dia sendiri, dia tak fikir langsung tentang masa depan dia. Tindakan dia sekadar membunuh karier dia sendiri.”

“Saya rasa lepas ni dia akan kembali ke Belgium dan bermain di sana, tidak akan ada kelab besar yang sudi terima dia atas apa yang sudah dia lakukan.”

Bahkan, Ultras Inter Milan sendiri turut mengecam tindakan Lukaku dan menolak permohonan maaf secara terbuka bintang Belgium itu kepada mereka baru-baru ini.

Jawapan balas Ultras Inter Milan terhadap permohonan maaf Lukaku

Romelu Lukaku sebelum ini meminta maaf kepada penyokong Inter Milan kerana beliau meninggalkan kelab dengan cara yang tidak beradap, dan jawapan balas dari ultras Inter sungguh mengejutkan.

Lukaku meninggalkan San Siro pada musim panas lalu untuk sertai semula Chelsea dengan yuran perpindahan memecah rekod kelab bernilai £97.5 juta.

Walau pada awalnya beliau beriya menyatakan kegembiraannya dapat kembali beraksi di Stamford Bridge, namun selepas beberapa bulan Lukaku tampil mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak profesional dan dungu.

Beliau mengakui yang dirinya tidak gembira dengan situasi di Stamford Bridge pada ketika ini dan turut meluahkan hasratnya untuk kembali sertai gergasi Serie A itu di masa hadapan.

Ultras Inter Milan, Curva Nord tampil meluahkan rasa tidak gembira mereka dengan permohonan maaf Lukaku dengan menggantung banner di luar San Siro sebagai jawapan balas.

“Tidak ada masalah siapa yang lari dari hujan, apa yang penting siapa yang kekal dalam ribut.”

“Bye Romelu.”

Lukaku berjaya menjaringkan 24 gol dalam saingan Serie A pada musim lalu dengan beliau menjadi individu terpenting yang membantu Inter Milan menjuarai saingan liga.

Pemain berusia 28 tahun itu bergelut untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya pada musim ini sejak dari awal beliau ditandatangani oleh Chelsea.

Dek kerana melihat aksi persembahannya semakin merosot, Lukaku tampil membuat kenyataan dungu di hadapan media dan secara terbuka mengaku beliau menyesal tinggalkan Inter Milan.

Dalam satu temu bual beliau beberapa minggu lalu yang diterbitkan pada Khamis baru-baru ini, Lukaku menjelaskan kepada Sky Sports Italia bahawa:

“Saya rasa semuanya yang berlaku tak sepatutnya berlaku seperti ini.”

“Bagaimana saya rasakan bersama Inter, bagaimana saya berkomunikasi dengan penyokong, hal ini mengganggu saya kerana ia bukan masa yang sesuai sekarang, tapi walaupun saya sudah meninggalkan kelab sekarang, saya masih rasa yang ini bukan masa yang sesuai.”

“Sekarang saya fikir tak salah untuk saya bercakap kerana saya selalu katakan yang Inter Milan ada dalam hati saya, saya akan kembali beraksi di sana, saya sangat berharap itu.”

“Saya sudah jatuh cinta dengan Itali, ini adalah masa paling tepat untuk bercakap dan biarkan semua orang tahu apa sebenarnya yang berlaku tanpa saya bercakap buruk tentang sesiapa, kerana saya bukan jenis macam itu.”

“Saya betul-betul mahu meminta maaf kepada penyokong Inter kerana saya tak rasa saya sepatutnya meninggalkan Inter dengan cara seperti mana saya lakukan.”

“Saya sepatutnya bercakap dengan kamu semua terlebih dahulu, terutama selepas segalanya yang kamu lakukan untuk saya, untuk keluarga saya, ibu saya, anak saya. Saya tidak akan pernah lupakan itu.”

“Saya harap dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya mahu kembali ke Inter dan bukan ketika hujung karier saya tapi ketika saya masih cukup bagus untuk bantu menang lebih banyak Piala.”

Lukaku turut mendakwa yang beliau pernah menolak untuk menyertai Manchester City selepas satu musim bersama Inter Milan.

“Selepas tahun pertama, saya tolak tawaran dari Manchester City yang lebih lumayan dari Chelsea sekarang, dan ia kerana saya tak mahu pergi.”

“Ia bukanlah masa yang sesuai, ia baru tahun pertama saya, saya mahu tunjukkan sesuatu yang bagus untuk Inter kerana mereka menyelamatkan karier saya.”

“Saya dalam masalah ketika bersama Manchester United. Inter Milan melabur besar untuk saya dan kami mencipta kejayaan menakjubkan bersama.”

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel bengang dengan tindakan dungu Lukaku yang mendedahkan hal-hal tidak sepatutnya dalam temu bual tersebut.

Beliau menganggap Lukaku sekadar membuat kecoh dan langsung tak membantu persediaan kelab untuk berdepan Liverpool hujung minggu ini.

“Kami tidak suka itu kerana ia sekadar menciptakan kekecohan yang kami tak perlukan, tapi di satu sisi lain, kami tidak mahu membuat kecoh, sangat mudah saja sebenarnya untuk jadi kontroversi.”

“Tapi saya tak suka tentang itu, ia hanya kekecohan yang kami tak perlukan, kami perlukan suasana tenang.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Higuain Beritahu Sebab Mengapa Pilih AC Milan Berbanding Chelsea