Kehidupan Tanpa Messi Terlalu Menyakitkan Untuk Barcelona

Kehidupan tanpa Messi terlalu menyakitkan untuk Barcelona selepas mereka terus menerus mencatatkan keputusan yang sangat mendukacitakan.

Ketika aksi bertemu Cadiz awal pagi tadi, Barcelona sekadar mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan sahaja dan lebih teruk lagi, mereka terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.

Keputusan seri tanpa jaringan ini merupakan kali kedua Barca keciciran mata selepas mereka sebelum ini turut mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Granada.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu ketika ini berada di kedudukan ketujuh dalam carta liga dengan mereka ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, dari lima perlawanan awal dalam saingan La Liga, Barcelona hanya mampu mencatatkan dua kemenangan sahaja.

Keputusan seri bertemu Cadiz sememangnya agak mengejutkan yang mana dalam perlawanan sama Frenkie de Jong dilayangkan kad merah pada aksi babak kedua permainan.

Tidak dinafikan yang situasi Barca pada ketika ini merupakan yang paling teruk pernah mereka hadapi dengan mereka hanya mampu menjaringkan lapan gol sahaja setakat ini.

Lapan gol yang mereka jaringkan merupakan jumlah yang sama dengan gol yang dijaringkan oleh Karim Benzema sepanjang musim ini.

Menjelang aksi sepak mula perlawanan, para penyokong pasukan tuan rumah menganjing Barca dengan menyanyi:

“Di mana Lionel Messi”

Mereka menyanyikan lagu tersebut berulang-ulang kali di hadapan hingga masuk ke dalam stadium.

Menjawab persoalan yang ditanyakan oleh para penyokong Cadiz, Lionel Messi pada ketika ini berada di Paris, bersama PSG.

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman turut mengakui betapa Barca berada dalam keadaan yang sangat teruk ketika ini selepas kehilangan bintang utama mereka itu.

Ketika aksi bertemu Cadiz semalam, bekas bintang Newcastle, Borussia Monchengladbach dan Sevilla, Luuk de Jong mengetuai jentera serangan Barca.

Pemain kebangsaan Belanda itu mempunyai corak permainan yang berbeza dan bertentangan dengan cara kebiasaannya pemain penyerang Barca bermain.

Beliau jelas tidak begitu membantu dan sama sekali tidak memberikan impak seperti apa yang diharapkan.

Selepas Frenkie de Jong dilayangkan dengan layangan kad merah, Koeman memutuskan untuk mengeluarkan Luuk de Jong dan memasukkan Philippe Coutinho.

Tular di media sosial gambar bagaimana bintang berusia 22 tahun, Riqui Puig memberi pandangan maut pada pengurusnya dan ia jelas beliau tidak gembira dengan keadaan pada ketika ini.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit sebelum tamat, beliau akhirnya di masukkan oleh Koeman untuk menggantikan Sergino Dest.

Awal minggu ini, Koeman dikatakan telah melakukan hal yang aneh dalam satu sidang media, yang mana beliau langsung tidak menjawab sebarang soalan dari media, sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan yang tiada kaitan dengan persoalan yang ada.

Hubungan Koeman dengan Joan Laporta juga dikatakan agak tegang pada ketika ini dengan Presiden Barcelona itu mendesak agar beliau memperbaiki keputusan dan persembahan anak-anak buahnya.

Koeman pada ketika ini jelas berada di bawah tekanan selepas tularnya berita yang pimpinan Barca sudah menyenaraikan senarai pengurus yang bakal menggantikan beliau.

Xavi, Andrea Pirlo, Antonio Conte, Phillip Cocu dan Joachim Low antara lima nama yang dikatakan bakal menggantikan Koeman sebagai pengurus Barca.

Semua keadaan huru hara ini berlaku selepas ketiadaan Messi dan ia merupakan satu hal yang sangat pahit untuk ditelan oleh semua kem Barca.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Terlalu Malas Kejar Bola, Pemain PSG Bengang Dengan Lionel Messi