Cristiano Ronaldo telah ditawarkan untuk melengkapkan perpindahan meninggalkan Manchester United seandainya skuad kendalian Ralf Rangnick itu tidak memerlukan khidmat mereka.
Apa yang lebih menakjubkan lagi ialah, kelab yang berminat untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo itu adalah pasukan dari Premier League, Wolverhampton Wanderers.
Manchester United bakal melayan kunjungan Wolves ke bumi Old Trafford pada hujung minggu ini, dengan mereka sudah tentu mahu mendapatkan tiga mata penuh untuk terus mencabar kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.
WOLVES manager Bruno Lage on Cristiano Ronaldo impact at Man United:
"He is a machine for that. He is a massive player. Every team in the world would like a player like him. If they are not happy with him, I have a place for him here. I know they are happy with him." pic.twitter.com/6MmGsmJgdL
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) December 31, 2021
Penjaring gol utama Man Utd musim ini, Cristiano Ronaldo telah berjaya meledak 14 gol dari 20 penampilan beliau sejak kembali menyertai setan merah pada musim panas lalu.
Walau beliau banyak menjaringkan gol, namun sebenarnya masih ramai pihak yang mempersoalkan impak yang beliau bawa dan turut menganggap Ronaldo bawa kesan negatif di dalam skuad.
Mendengar hal tersebut, pengurus Wolves, Bruno Lage ketawa besar dan mendedahkan yang beliau akan menyediakan tempat yang istimewa untuk Ronaldo di Molineux seandainya beliau berminat.
“Dia merupakan sebuah mesin.”
Jelas Bruno Lage menurut The Mirror.
Ronaldo to Wolves?! 🐺
Bruno Lage has made an offer to his fellow countryman 🇵🇹 pic.twitter.com/Qq2uRCQczS
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 31, 2021
“Dia cuma mahu menjaringkan gol demi gol. Dia hidup untuk itu. Dia merupakan pemain yang besar dan setiap pasukan dalam dunia ini mahukan khidmat dia.”
“Ini bola sepak dan semua orang ada pandangan masing-masing. Tapi jika United tidak gembira dengan dia, maka saya ada sediakan tempat istimewa untuk dia di sini, tapi saya tahu mereka gembira dengan dia.”
“Dia sudah mula bermain di peringkat tertinggi sejak dari usia yang sangat muda dan dia masih meneruskan untuk beraksi di tahap yang sama.”
Ronaldo berjaya menjaringkan gol ketiga untuk United ketika aksi kemenangan 3-1 menewaskan Burnley kemarin.
Bruno Lage would happily welcome Cristiano Ronaldo to Wolves, should he wish to leave Manchester United.
Next up for Cristiano, at home to Saiss Kilman and Coady.#wwfc #wolvespic.twitter.com/f4CPf9xVwE
— Wolves Fancast (@wolvesfancast) December 31, 2021
Mereka pada ketika ini masih belum merekodkan sebarang kekalahan dalam mana-mana perlawanan di bawah kendalian Ralf Rangnick.
Walaupun Ronaldo mungkin tidak akan meninggalkan kelab pada Januari ini, United sebenarnya perlu bersedia untuk kehilangan beberapa pemain utama yang lain.
Anthony Martial sudah mendedahkan hasratnya untuk meninggalkan kelab menerusi perjanjian secara pinjaman pada jendela perpindahan Januari ini.
Beliau benar-benar terdesak untuk meninggalkan kelab kerana mahu mendapatkan minit permainan dengan United baru-baru ini sudah menolak tawaran dari Sevilla yang berminat untuk mendapatkan khidmat Martial.
Wolves manager Bruno Lage reacts to reports of Cristiano Ronaldo 'unhappiness' at Manchester United #MUFC https://t.co/yNrbIpx19o
— Man United News (@ManUtdMEN) January 1, 2022
Juan Mata juga turut dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab, dengan beliau dilaporkan mahu kembali ke Sepanyol untuk beraksi dalam saingan La Liga.
Pemain yang langsung tidak diperlukan di Old Trafford, Donny Van de Beek juga merupakan antara pemain yang paling terdesak untuk meninggalkan kelab, dan sudah tentu beliau akan berusaha untuk mendapatkan kelab baru pada Januari ini.
Dean Henderson juga dikatakan mahu meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini, dalam usahanya untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi.
Edinson Cavani merupakan seorang lagi pemain yang hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari nanti.
Give Wolves Ronaldo If You’re Not Happy With Him –Lage Tells Man United https://t.co/fvrx727hjS
— FootballNG (@LinkNdigbo) January 1, 2022
Selepas ramai pemain yang mahu meninggalkan kelab, United turut dikaitkan dengan bakal menandatangani beberapa pemain pada jendela perpindahan Januari ini.
Walau bagaimanapun, Ralf Rangnick menegaskan yang beliau tidak memerlukan pemain baru, dan lebih selesa dengan skuadnya yang ada sekarang.
“Tumpuan utama saya adalah pada skuad saya yang ada sekarang.”
“Kita ada pemain yang cukup dalam skuad sekarang, tidak ada masalah kekurangan pemain.”
“Perpindahan pada Januari hanya akan berguna kalau kamu benar-benar memerlukan bantuan pemain berkualiti. Setakat ini, kami masih belum bercakap tentang itu. Tumpuan utama saya sudah tentu untuk skuad sedia ada.”
Wolves Manager Bruno Lage on Cristiano Ronaldo impact at Man United:
"He is a machine for that. He is a massive player. Every team in the world would like a player like him. If they are not happy with him, I have a place for him here. I know they are happy with him." pic.twitter.com/QF2tw8Mna1
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) December 31, 2021
United dilaporkan bakal menandatangani pemain midfield RB Leipzig, Amadou Haidara dan penyerang River Plate, Julian Alvarez namun tidak ada perkembangan terbaru tentang kedua-dua pemain tersebut.
Sumber: SPORTbible