Kelakarnya Adrian Kerana Dirasuk Karius?

Kesilapan yang terlalu dahsyat telah dilakukan oleh penjaga gol Liverpool Adrian lalu dituduh sebagai punca tersingkirnya Liverpool daripada saingan Champions League.

Apa yang dilakukan oleh Liverpool sangat biasa jika hendak dibandingkan dengan lagenda lawak sepanjang zaman Liverpool, Loris Karius.

Kelakar berprofil tinggi telah dilakukan Karius di pentas final Champions League, bukan satu tetapi dua. Perlawanan final woi.

Kerana membuat kelakar tidak bertempat Liverpool tewas kepada Real Madrid. Itu semua sejarah.

Adrian yang menggalas tugas yang ditinggalkan Alisson Becker kerana kecederaan nyata tidak dapat melepaskan diri daripada badi.

Katanya Adrian telah dirasuk oleh Karius yang sentiasa menghantui pasukan Liverpool sejak sekian lama.

Hantaran kebelakang mencari Adrian telus mencetuskan satu bala yang besar buat Liverpool yang baru sahaja tersengih dengan gol Firmino.

Tendangan Adrian ternyata teruk dan tidak boleh dibawa bincang lagi apabila tepat mencari pemain muda Atletico, Joao Felix.

Tanpa berlengah dengan rezeki terhidang, Joao Felix terus menghantar bola kepada Marcos Llorente.

Pemain gantian yang segar bugar itu tiada masalah melakukan rembatan padu untuk menewaskan Adrian yang lemah dan lembik.

Adrian menjerit menyesali kesilapan yang dilakukannya itu. Entah berapa kali nak menyesal.

Kerana kesilapan Adrian, agregat menjadi 2-2, Atletico mempunya kelebihan gol tempat lawan dan memberi tekanan kepada Liverpool.

Asakan demi asakan Liverpool membolehkan Ateltico Madrid menambah dua lagi jaringan hasil serangan balas tak berapa pantas.

Akhirnya Liverpool telah tersingkir dengan agregat 4-2 selepas begitu yakin akan menang di Anfield.

Keyakinan yang bukan-bukan membuatkan lawan ketawa.

Sejak musim 2017/18, penjaga gol Liverpool paling banyak membuat kesilapan sehingga menghasilkan gol di Champion League berbanding pasukan lain.

Secara keseluruhannya 4 kesilapan yang memakan diri dilakukan penjaga gol Liverpool. tiga milik Karius dan satu milik Adrian.

Kesilapan Karius sangat pedih kerana di final dan kesilapan Adrian telah menyingkirkan Liverpool di pusingan 16 terbaik.

Aksi Yang Boleh Tahan Kelakar Dari Adrian

Semua sudah tahu bahawa Liverpool telah ditendang keluar daripada saingan Piala FA pusingan kelima oleh anak-anak Chelsea bimbingan Frank Lampard.

Semua sudah tahu bahawa peminat Liverpool telah mencanangkan kekalahan ini bukan apa-apa kerana mereka telah menurunkan pemain simpanan sahaja.

Semua sudah tahu akan perkara itu cuma peminat Liverpool sudah mungkin tidak sedar walau siapa pun bermain mereka tetap mewakili Liverpool.

Semua sudah tahu Liverpool telah kehilangan trofi emas Premeier League selepas tewas kepada Watford.

Kini harapan mereka untuk mencatatkan treble yang pernah dilakukan Manchester United juga lebur, kesian.

Pada minit ke-13 atas kesilapan Fabinho yang gagal mengawal bola dengan baik telah dihukum oleh William yang berjaya merembat padu bola menerjah gawang gol pasukan Liverpool.

Adrian jelas berada diposisi yang salah ketika William melepaskan rembatan padu dan gagal menangkap kemas bola itu menyebabkan gawangnya dibolosi.

Dengan kedudukan yang salah menyebabkan Adrian tertepis bola ke gawang sendiri dan berhuhu sendirian.

Sebelum kejadian Adrian baru sahaja membuat aksi menyelamat yang sangat padu bak hang juga hasil percubaan Willian.

Pada minit ke -64 Chelsea mendapat peluang melakukan counter attack menerusi Ross Barkley yang membawa bola laju dari tengah padang ke kubu Liverpool lalu melepaskan rembatan extra padu menewaskan Adrian

Jaringan Ross Barkley ini meletakkan Chelsea di depan dengan 2-0.

Selang beberapa minit selepas itu giliran Pedro mendapat peluang melakukan counter attack namun beliau gagal menewaskan Adrian dalam perlawanan satu lawan satu.

Pada minit ke-73 Liverpool sekali lagi diuji oleh pasukan Chelsea. Giroud hampir menjaringkan gol ketiga untuk pasukannya namun bola kuisannya sekadar terkena palang.

Chelsea terus menerus menggasak pertahanan Liverpool dan melakukan beberapa serangan menerusi counter attack.

Lallana tidak berfungsi dalam unit serangan mahupun pertahanan Liverpool, pada minit ke-80 Jurgen Klopp akhirnya mengeluarkan Lallana dan memasukkan Mo Salah.

Ternyata semuanya sudah terlambat untuk Klopp. Kemasukkan Salah tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pasukan Liverpool.

Chelsea berjaya menewaskan sang penakluk dunia dengan kemenangan bergaya 2-0.

Senarai Pemain Utama Chelsea

Kepa Arrizabalaga, Azpilicueta, Antonio Rudiger, Kurt Zouma, Marcos Alonso, Ross Barkley, Mateo Kovacic, Billy Gilmour, Willian, Olivier Giroud, Pedro.

Senarai Pemain Simpanan Chelsea

Willy Caballero, Reece James, Fikayo Tomori, Jorginho, Mason Mount, Faustino Anjorin, Michy Batshuayi.

Senarai Pemain Utama Liverpool

Adrian, Neco William, Joe Gomez, Virgil Van Dijk, Andrew Robertson, Adam Lallana, Takumi Minamino, Divock Origi, Sadio Mane.

Senarai Pemain Simpanan Liverpool

Andy Lonergan, Joel Matip, James Milner, Mohamad Salah, Alex Oxlade-Chamberlain, Pedro Chirivella, Roberto Firmino.

BACA:  [VIDEO]: Andy Carroll Akhirnya Cetak Jaringan Tercantik Sepanjang Kariernya Dari Jarak 40 Meter