Kelayakan Piala Dunia 2022: Belanda 2-0 Latvia

Belanda terus memberi respon dan kembali ke landasan yang benar selepas tewas 4-2 kepada Turki dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 do saingan kumpuan G.

Menentang Latvia sudah pasti tidak menjadi masalah buat Belanda yang diatas kertas dan atas padang jauh lebih baik.

Steven Berghuis berjaya membuka akaun gol dengan menjaringkan gol pertama peringkat kebangsaan pertama beliau bersama Belanda untuk gol pembukaan perlawanan.

Satu gol padu terhasil melalui satu rembatan lencong dari jarak 20 ela selepas 32 minit perlawananan berlangsung dan itulah satu-satunya gol di separuh masa pertama.

Steven Berghuis memotong dari tepi dan masuk ke tengah sebelum merembat, copy paste Arjen Robben.

Luuk De Jong menggandakan kedudukan buat Belanda pada minit ke-69 selepas menyempurnakan umpanan Memphis Depay dengan sundulan tajam dari sepakan penjuru.

Kemenangan ini ternyata satu kelegaan buat Frank De Boer yang mengendalikan perlawanan Belanda buat pertama kali dihadapan penyokong sendiri.

Johan Cruijff Arena telah dihadiri dengan penyokong Belanda dengan mengamalkan penjarakan sosial dan mengikut Standard operating procedure (SOP).

Permainan yang diterapkan oleh Frank De Boer kepada anak buahnya tiada masalah, menarik dan menghiburkan namun ada satu sahaja masalah.

Sentuhan penyudah yang mencemburui dan ini merupakan masalah terbesar dalam bola sepak, gagal menjaringkan gol.

Belanda telah melakukan 20 percubaan ketika menentang Turki dan 37 percubaan dengan 11 percubaan tepat sahaja berjaya dituju ke gawang Latvia.

Stephanie Frappart yang merupakan pengadil perlawanan telah mencipta sejarah sebagai pengadil wanita pertama untuk kelayakan Piala Dunia lelaki.

Sebelum ini pengadil wanita dari Perancis itu telah menjadi pengadil wanita pertama mengadili perlawanan utam Eropah, UEFA Super Cup 2019.

Kelayakan Piala Dunia: Turki 4-2 Belanda

Turki memulakan kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 benua Eropah di kumpulan G dengan langkah kanan apabila membenam Belanda dengan empat gol berbalas dua di Ataturk Olympic Stadium.

Kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia ini di huni oleh Turki, Belanda, Norway, Montenegro, Latvia dan Gibraltar.

Dalam kumpulan ini Belanda kelihatan paling kuat tapi kalah sebab takda Van dijk kot, diikuti Turkey dan mungkin Norway sebab ada Erling Haaland.

Burak Yilmaz cemerlang untuk membenam Belanda selepas mencetak harik dalam perlawanan ini dan satu gol lagi dijaringkan oleh Hakan Calhanoglu.

Pemain penyerang veteran Turki itu membuka tirai jaringan selepas 15 minit permainan dan menggandakan kedudukan 20 minit kemudian.

Turki meneruskan rentak cemerlang apabila terus menjarakkan kedudukan pada awal separuh masa kedua melalui pemain tengah AC Milan, Hakan Calhanoglu.

Belanda cuba bangkit dengan dua gol dalam tempoh dua minit pada minit ke-75 dan 77 melalui Davy Klaassen dan Luuk De Jong.

Bagaimanapun penyerang yang beraksi di League bersama Lille melengkapkan hatrik dengan gol keempat buat Turki.

Burak Yilmaz menjadi manusia pertama menjaringkan hatrik menentang Turki sejak Klaus Allofs melakukannya untuk Jerman pada 1980.

Penjaga gol Turkish Süper Lig , Trabzonspor, Uğurcan Çakır cemerlang menafikan sepakan penalti Memphis Depay pada minti ke-90+5.

Rekod dicatatkan oleh Memphis Depay apabila menjadi pemain Belanda pertama gagal menjaringkan penalti sejak 2000 dan insan terakhir adalah Frank De Boer vs Italy.

Turki akan berdepan Norway yang diperkuatkan oleh Erling Haaland pada sabtu di Malaga, Sepanyol kerana wabak yang melanda dan seterus Latvia selasa depan di Istanbul.

https://www.youtube.com/watch?v=42XPBKHT6EY

https://www.youtube.com/watch?v=xEXrzqIt6bs

https://www.youtube.com/watch?v=FJFgazifB2g

TURKEY XI : 23 Cakır, 2 Çelik, 15 Kabak, 4 Soyuncu, 13 Meraş, 5 Yokuslu, 6 Tufan, 10 Calhanoglu, 19 Karaman, 11 Yazıcı, 17 Yılmaz

TURKEY SUBS : 21 Kilinc, 7 Kokcu, 12 Bayindir, 14 Antalyali, 3 Muldur, 8 Tokoz, 22 Ayhan, 18 Erkin, 1 Gunok, 16 Unal, 9 Tosun, 20 Turuc

NETHERLANDS XI : 1 Cillessen; 2 Tete, 3 De Ligt, 17 Blind, 5 Wijndal; 15 De Roon, 8 Wijnaldum, 21 F. De Jong; 11 Berghuis, 8 Malen, 10 Memphis

NETHERLANDS SUBS : 20 Van de Beek, 22 Dumfries, 7 Bergwijn, 16 Stengs, 14 Gravenberch, 13 Krul, 4 Veltman, 6 Klaassen, 12 Van Aanholt, 19 L. De Jong, 9 Babel, 23 Stekelenburg

BACA:  EURO 2020: Belanda 2-0 Austria