Kelayakan Piala Dunia 2022 : UAE 4-0 Malaysia

Menentang UAE bukanlah satu tugas mudah buat Malaysia dan kali terakhir Malaysia menang ke atas UAE adalah 39 tahun yang lalu. UAE berada diranking 73 dunia jauh meninggalkan Malaysia ditangga 153.

Rekod 13 pertemuan Malaysia menentang UAE menyaksikan hanya dua kali sahaja Malaysia mencatatkan kemenangan dengan 1 seri dan 10 kekalahan. Namun di atas padang semua boleh terjadi.

Malaysia

Jaringan – 8 gol, 37 bolos
Rekod Perlawanan – 2 Menang 1 Seri 10 Kalah
Ranking – 153

UAE

Jaringan – 37 gol, 8 bolos
Rekod Perlawanan – 10 Menang 1 Seri 2 Kalah
Ranking – 73

Sudah pasti kemenangan diperlukan oleh Harimau Malaya ke atas UAE bagi meneruskan harapan untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Dion Johan Cools terus diturunkan oleh Tan Cheng Hoe, bergandingan dengan dengan ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak di pertahanan tengah.

Benteng Malaysia bocor teruk diserang dengan kepantasan pemain UAE dan pada minit ke-6 peluang terbaik diperoleh UAE namun mujur Farizal Marlias berjaya membuat hadangan berkelas dunia.

Permainan pantas UAE beransur perlahan dan menjadi tenang selepas Malaysia mula menyerap tekanan dan Harimau Malaya berjaya mendapat sepakan penjuru pertama namun tiada hasil.

Minit ke-19 dengan penuh ketenangan satu hantaran jauh UAE dari kawasan sendiri berjaya mencari Ali Mabkhout untuk gol pertama yang mudah melakukan lob melepasi Farizal Marlias yang keluar dari kawasan gol.

Lima minit kemudian sekali lagi hantaran jauh UAE berjaya menghasilkan jaringan namun mujur gol tersebut dibatalkan kerana offside.

Tiga puluh minit permainan Harimau Malaya semakin lesu dengan hantaran ke laut, posisi berterabur dan jelas tiada komunikasi antara pemain.

Selepas water break Malaysia sudah mampu melancarkan serangan walaupun tidak berbahaya terutamanya 10 minit terakhir. Tandukan De Paula boleh tahan kelakar.

Harapan dan sinar masih ada buat Harimau Malaya jika terus memperkemaskan permainan yang dipamerkan dalam 10 minit terakhir 45 minit pertama.

Dan itulah tang dilakukan oleh anak buah Tan Cheng Hoe yang tampak lebih yakin pada awal permainan separuh masa kedua.

UAE hanya bermain secara tunggu dan lihat sambil mengesan ruang dan peluang dan sesekali menyerang dengan ancaman yang agak menggentarkan.

Syafiq Ahmad masuk menggantikan Nor Azam Azih kemudian pada minit ke-62 Luqman Hakim masuk menggantikan Safawi Rasid yang tidak memberi impak.

Pengulas Haji Zainal Abidin Rawop mempersoalkan tindakan Tan Cheng Hoe memasukkan Luqman Hakim, Adakah ini satu keputusan yang tepat?

UAE datang lagi, namun Farizal Marlias telah bersedia dengan penyelamatan bertaraf dunia lagi. Dua lagi percubaan UAE ke laut.

Syafiq Ahmad akhirnya berjaya melakukan satu percubaan lencong tak berapa nak lencong namun cukup untuk satu jeritan dilepaskan.

Farizal Marlias terus cemerlang apabila menidakkan dua lagi percubaan UAE terutamanya percubaan satu lawan satu Ali Mabkhout.

UAE akhirnya berjaya menggandakan kedudukan dengan percubaan lencong Fabio Lima pada minit ke-83 dan Farizal Marlias tertewas buat kali kedua.

Malaysia semakin lesu untuk menyerang dan kecemerlangan dipamerkan Farizal Marlias gagal menjadi pemangkin semangat buat rakan sepasukan yang lain. Woi kesian kat Farizal.

Barai, koyak dan kecewa menyaksikan mudah UAE merobek gawang Malaysia dengan dua gol dalam tempoh dua minit masa kecederaan.

Ali Mabkhout menjaringkan gol ketiga melalui satu serangan balas pantas dan gol keempat dari Fabio Lima hasil kesilapan pemain Malaysia membuat hantaran kelaut.

Dion Cools hampir menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan dengan sundulan terbang namun diselamatkan dengan kaki oleh penjaga gol UAE yang comel.

Apa yang dilakukan oleh De Paula dalam perlawanan ini? Syafiq Ahmad nyata memberi impak dalam perlawanan ini walaupun kurang minit bermain berbanding pemain lain.

Beraksi demi lencana di dada.

Penjaga gol – Mohd Farizal Marlias

Pertahanan – Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak , Dion Cools , La’vere Corbin-Ong.

Tengah – Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Safawi Rasid, Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi

Penyerang – Guilherme De Paula Lucrecio

Malaysia 1-2 UAE

Kehangatan perlawanan kedua Malaysia di kelayakan Piala Dunia 2022 dab Piala Asia 2023 sangat dirasai apabila 20,000 tiket telah habis dijual sehari sebelum perlawanan.

Perlawanan antara Malaysia dan UAE ini diadili oleh pengadil daripada Jepun, Hiroyuki Kimura menyaksikan meja-meja dikedai mamak mula penuh seawal jam 8.

Malaysia memulakan permainan dan selepas 35 saat sundulan Syafiq Ahmad meletakkan Malaysia didepan yang nyata menjadi gol semangat buat Harimau Malaysia.

Hantaran silang Matthew Davies yang cantik lagi manis segera mencari Syafiq Ahmad yang melonjak sesedap rasa untuk jaringan pembukaan.

Selepas jaringan itu Malaysia terus melancarkan serangan demi serangan dan membuatkan UAE tidak seperti UAE yang dikenali sebelum ini.

Beberapa percubaan terbaik hadir melalui Sumareh dan Sapawi Rasid namun peluang Norshahrul Idlan Talaha gagal disudahkan dengan baik apabila cubaan melencongkan bola tidak menjadi lalu bola ke langit.

Pada minit ke-27 barulah UAE memperoleh peluang terbaik mereka dan berdepan dalam situasi 1 lawan 1, nasib baik percubaan beliau sempat ditepis Farizal marlias dan terkena tiang.

Harimau Malaya terus mengasak dan mengasak namun gagal mencari sebarang gol tambahan apabila dinafikan dengan sentuhan penyudah.

UAE akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama hasil sundulan Ali Ahmed Mabkhout pada minit ke-43.

Malaysia nyata mempamerkan prestasi cemerlang gemilang terbilang lagi luar biasa pada separuh masa pertama.

UAE kembali mendapat permainan mereka secara perlahan-lahan pada separuh masa kedua dan mula menekan Malaysia tetapi Harimau Malaya masih bersemangat walaupun tampak mulai letih.

Mohamadou Sumareh dikeluarkan kerana kecederaan dan digantikan dengab Syamer Kutty Abba. Permainan tekanan tinggi UAE membuahkan hasil.

Ali Ahmed Mabkhout berjaya meletakkan UAE didepan selepas berjaya lolos dan gagal dikejar pertahanan Malaysia.

Safawi Rasid hampir menjaringkan gol penyamaan namun rembatan sedap beliau sekadar menyinggah tiang dan bola muntah gagal disambar Syamer Kutty Abba.

Harimau Malaya mempamerkan aksi yang jarang-jarang dapat dilihat apabila berterusan menyerang untuk mencari sekurang-kurangnya satu mata dengan semangat tidak mengenal kalah.

Corak permainan dan semangat yang ditunjukkan pemain Harimau Malaya melepasi jangkaan dan terbaik yang pernah ditunjukkan.

Starting XI MALAYSIA vs UAE

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK)(C); 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Saad, 5. Adam Nor Azlin, 7. La’Vere Corbin-Ong; 6. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih; 13. Mohamadou Sumareh, 20. Syafiq Ahmad, 11. Safawi Rasid; 9. Norshahrul Idlan Talaha.

Subs: 4. Syahmi Safari, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba, 15. J Partiban, 16. Danial Amier Norhisham, 17. Irfan Zakaria, 18. Dominic Tan, 19. Akhyar Rashid, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 22. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK), 23. Ifwat Akmal Chek Kassim (GK).

UAE: 17. Khalid Eisa (GK), 2. Mohamed Saleh Almenhali, 3. Walid Abbas (C), 5. Ali Hassan Al-Blooshi, 7. Ali Ahmed Mabkhout, 11. Jassim Yaqoob Al-Balooshi, 12. Khalifa Al Hammadi, 13. Ahmed Barman, 14. Khalil Ibrahim, 19. Mohammed Omar Al Attas, 20. Ali Saleh Amro.

Subs: 1. Ali Khasif (GK), 4. Habib Al Fardan, 6. Majid Ibrahim, 8. Hassan Al-Moharrami, 9. Bandar Al-Ahbabi, 10. Omar Abdulrahman, 15. Ismail Al Hammadi, 16. Al Hassan Saleh, 18. Zaid Al-Ameri, 21. Tareq Ahmed, 22. Mohamed Al Shamsi (GK), 23. Salem Rashid.

BACA:  Sasaran Kim Pan-gon Di Piala Asia Lebih Tinggi Daripada Impian Satu Mata Hamidin