Turki memulakan kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 benua Eropah di kumpulan G dengan langkah kanan apabila membenam Belanda dengan empat gol berbalas dua di Ataturk Olympic Stadium.
Kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia ini di huni oleh Turki, Belanda, Norway, Montenegro, Latvia dan Gibraltar.
Dalam kumpulan ini Belanda kelihatan paling kuat tapi kalah sebab takda Van dijk kot, diikuti Turkey dan mungkin Norway sebab ada Erling Haaland.
1961 – Turkey's 3-0 against the Netherlands after 46 minutes is the fastest against Oranje in a competitive game (excl. friendlies) since 1961, when they trailed 3-0 after 36 mins v Hungary. Shock. pic.twitter.com/ju4nU8qPkR
— OptaJohan (@OptaJohan) March 24, 2021
Burak Yilmaz cemerlang untuk membenam Belanda selepas mencetak harik dalam perlawanan ini dan satu gol lagi dijaringkan oleh Hakan Calhanoglu.
Pemain penyerang veteran Turki itu membuka tirai jaringan selepas 15 minit permainan dan menggandakan kedudukan 20 minit kemudian.
Turki meneruskan rentak cemerlang apabila terus menjarakkan kedudukan pada awal separuh masa kedua melalui pemain tengah AC Milan, Hakan Calhanoglu.
3 – Burak Yilmaz is the first player with a hat-trick against the Netherlands since Klaus Allofs for Germany in 1980. Decisive. pic.twitter.com/8EQCF2uBiM
— OptaJohan (@OptaJohan) March 24, 2021
Belanda cuba bangkit dengan dua gol dalam tempoh dua minit pada minit ke-75 dan 77 melalui Davy Klaassen dan Luuk De Jong.
Bagaimanapun penyerang yang beraksi di League bersama Lille melengkapkan hatrik dengan gol keempat buat Turki.
Burak Yilmaz menjadi manusia pertama menjaringkan hatrik menentang Turki sejak Klaus Allofs melakukannya untuk Jerman pada 1980.
1 – Memphis Depay is the first player to see his penalty in regular time (excl. shoot-outs) for the Netherlands saved by the goalkeeper since Frank de Boer in 2000 against Italy. Denied. pic.twitter.com/fHYhGSyYfT
— OptaJohan (@OptaJohan) March 24, 2021
Penjaga gol Turkish Süper Lig , Trabzonspor, Uğurcan Çakır cemerlang menafikan sepakan penalti Memphis Depay pada minti ke-90+5.
Rekod dicatatkan oleh Memphis Depay apabila menjadi pemain Belanda pertama gagal menjaringkan penalti sejak 2000 dan insan terakhir adalah Frank De Boer vs Italy.
Turki akan berdepan Norway yang diperkuatkan oleh Erling Haaland pada sabtu di Malaga, Sepanyol kerana wabak yang melanda dan seterus Latvia selasa depan di Istanbul.
TURKEY XI : 23 Cakır, 2 Çelik, 15 Kabak, 4 Soyuncu, 13 Meraş, 5 Yokuslu, 6 Tufan, 10 Calhanoglu, 19 Karaman, 11 Yazıcı, 17 Yılmaz
TURKEY SUBS : 21 Kilinc, 7 Kokcu, 12 Bayindir, 14 Antalyali, 3 Muldur, 8 Tokoz, 22 Ayhan, 18 Erkin, 1 Gunok, 16 Unal, 9 Tosun, 20 Turuc
NETHERLANDS XI : 1 Cillessen; 2 Tete, 3 De Ligt, 17 Blind, 5 Wijndal; 15 De Roon, 8 Wijnaldum, 21 F. De Jong; 11 Berghuis, 8 Malen, 10 Memphis
NETHERLANDS SUBS : 20 Van de Beek, 22 Dumfries, 7 Bergwijn, 16 Stengs, 14 Gravenberch, 13 Krul, 4 Veltman, 6 Klaassen, 12 Van Aanholt, 19 L. De Jong, 9 Babel, 23 Stekelenburg