Kemuliaan Hati Benzema Tawarkan Kesempatan Untuk Rodrygo Catat Hat-trick

Karim Benzema berjaya menjaringkan kesemua gol penting yang membawa Real Madrid ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League musim ini.

Walau bagaimanapun, Benzema telah menunjukkan kemuliaan hatinya ketika aksi bertemu Man City dengan beliau menawarkan kepada Rodrygo untuk mengambil sepakan penalti yang mereka menangi ketika aksi tambahan masa itu.

Tahun ini jelas sekali merupakan tahun paling gemilang untuk bintang Perancis itu dengan beliau muncul wira yang membantu Real Madrid menyingkirkan Paris Saint Germain dan Chelsea sebelum ini.

Beliau juga turut menjadi wira Los Blancos ketika menyingkirkan Manchester City di peringkat separuh akhir kemarin.

Beliau cemerlang menunjukkan ketenangan yang sungguh luar biasa ketika menyempurnakan sepakan penalti berdepan Ederson di Etihad sebelum ini.

Walau sedang ketinggalan, Benzema tetap yakin dan berjaya melakukan skill Panenka berdepan salah seorang penjaga gol terbaik dalam saingan Premier League itu.

Apa yang lebih menarik lagi, beliau sebenarnya gagal untuk menyempurnakan dua sepakan penalti sebelum itu ketika aksi bertemu Osasuna.

Pada aksi leg kedua semalam, pemain kebangsaan Perancis itu sekali lagi berdepan situasi getir dengan beliau perlu mengambil sepakan penalti ketika skuadnya sangat-sangat terdesak memburu jaringan.

Beliau mencatatkan assists untuk gol pertama Real Madrid yang dijaringkan oleh Rodrygo dan beliau juga turut bertanggungjawab dalam membantu Real Madrid memenangi sepakan penalti pada aksi tambahan masa.

Rakaman dari El Golazo De Gol menunjukkan yang pemain berusia 34 tahun itu sebenarnya sempat mempelawa Rodrygo sama ada beliau mahu atau tidak mengambil sepakan penalti tersebut.

Beliau mempelawa Rodrygo untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut kerana beliau mahu memberi peluang kepada bintang Brazil itu untuk melengkapkan hat-trick dalam perlawanan itu.

Walau bagaimanapun, Rodrygo memilih untuk menolak tawaran dari Benzema mungkin kerana beliau tak cukup yakin untuk memikul tanggungjawab yang sangat berat itu.

Benzema kemudiannya terus pergi ke posisi untuk mengambil sepakan penalti itu dengan beliau dilihat menenangkan diri sebelum bersedia untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Rodrygo ternyata telah membuat keputusan yang tepat apabila Benzema cemerlang menyempurnakan sepakan penalti itu seterusnya menjaringkan gol kemenangan untuk Real Madrid.

Harus diakui yang bukan mudah untuk seseorang pemain itu menyempurnakan sepakan penalti dalam situasi getir seperti apa yang sedang dilalui oleh Benzema itu.

Jelas sekali Real Madrid memiliki keajaiban tersendiri di pentas saingan Champions League dengan mereka sudah ketinggalan dua gol dibelakang, namun mereka hanya memerlukan satu minit sahaja untuk bangkit.

Peminat seluruh dunia turut terkejut dengan hal tersebut dan legenda bola sepak Argentina, Lionel Messi sendiri turut terkejut melihat bagaimana hebatnya Real Madrid comeback dalam perlawanan ini.

Aguero dedah Messi kirim mesej kepadanya selepas Benzema meledak gol ketiga Real Madrid

Sergio Aguero telah mendedahkan yang beliau ada menerima mesej dari legenda Barcelona, Lionel Messi tidak lama selepas Real Madrid memperoleh gol ketiga mereka bertemu Manchester City.

Walaupun mempunyai kekurangan dari segi aggregate selepas mencatatkan kekalahan 4-3 di Etihad, Real Madrid berjaya melakukan come back dan layak ke perlawanan akhir.

Mereka bahkan turut ketinggalan ketika aksi leg kedua dengan aggregate 5-3 sebelum Madrid comeback mencatatkan kemenangan 6-5 untuk menyingkirkan skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Rodrygo meledak dua gol pada minit ke-90 dan 91 permainan untuk mengikat kedudukan menerusi aggregate 5-5 seterusnya membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.

Karim Benzema kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti pada aksi tambahan masa seterusnya mengesahkan penyingkiran skuad kendalian Pep Guardiola itu dari kejohanan pada tahun ini.

Ia merupakan satu lagi kisah duka Pep Guardiola dalam saingan Champions League selepas mereka gagal untuk menjulang Piala tersebut walau sudah mara ke perlawanan akhir musim lalu.

Sama seperti peminat yang menonton di rumah, Aguero dan Messi sendiri turut tidak percaya melihat apa yang berlaku di atas padang pada hari ini.

Dalam tempoh satu minit sahaja semuanya berubah dan jelas sekali tiada siapa pun yang tidak terkejut melihat hal tersebut berlaku.

Ikon Manchester City itu kini telah berkongsi mesej yang beliau terima dari sahabat karib dan juga rakan senegaranya, Lionel Messi dan ia sangat menarik untuk dibaca.

Ketika sedang bersiaran langsung bersama legenda Argentina, Carlos Tevez, Aguero menyatakan:

“Leo (Messi) hantar mesej kepada saya selepas gol ketiga Real Madrid: ‘Ia satu gurauan, ia mustahil untuk berlaku.”

Messi jelas sekali sudah berpisah dengan kelab kesayangannya, Barcelona namun kebencian yang beliau ada pada Real Madrid sepertinya langsung tidak pudar.

Beliau jelas sekali langsung tidak gembira melihat Real Madrid mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut, apa lagi layak ke perlawanan akhir saingan Champions League.

Bagi Aguero pula, melihat dari riak wajah beliau ketika bersiaran langsung itu saja sudah cukup untuk mengetahui apa yang beliau rasakan melihat bekas kelabnya tersingkir.

Lebih sakit lagi Manchester City sebenarnya sudah terlalu hampir untuk layak ke perlawanan akhir namun disingkirkan di minit-minit akhir permainan.

Untuk peminat neutral, aksi kedua-dua leg separuh akhir yang menemukan Real Madrid dan Manchester City itu sebenarnya sangat menarik untuk disaksikan.

Walau bagaimanapun, nasib Man City yang benar-benar terdesak mahu memenangi gelaran Champions League itulah yang paling sedih untuk difikirkan.

Mereka sudah sangat hampir, poster perlawanan akhir pun sudah disiapkan ketika perlawanan masuk ke minit yang ke-85 permainan, mana nak letak muka?

Pep Guardiola baru sahaja melalui satu lagi musim yang sangat mengecewakan dengan The Citizens dah habis hampir satu billion namun masih gagal untuk memenangi gelaran terbesar Eropah itu.

Walaupun mereka sudah hampir pasti untuk dinobatkan sebagai Juara saingan Premier League musim ini, namun Pep Guardiola sendiri jelas sekali sangat kecewa dengan penyingkiran mereka dari saingan Champions League musim ini.

“Saya pernah rasa kalah di pentas saingan Champions League, saya pernah berdepan kekalahan sukar di Barcelona ketika kami tak layak ke perlawanan akhir.”

Jelas Pep Guardiola.

“Tapi ia sangat sukar untuk kami, saya tak boleh nafikan itu. Kami sudah sangat hampir untuk ke perlawanan akhir saingan Champions League.”

“Kami tidak bermain dengan baik, pada babak pertama, kami tak jumpa rentak permainan kami. Aksi babak kedua lebih baik dan selepas gol itu, kami dapat kawal permainan.”

“Kami jumpa rentak kami tapi sayangnya kami tak dapat habiskan. Para pemain sudah berikan segalanya. Kami sudah sangat hampir.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Karim Benzema Terlalu Teruja Kerana Dipuji Oleh Lionel Messi