Kenapa Rooney Pakai Kasut Yang Berusia 10 Tahun Ketika Menentang Brighton?

Suatu ketika dahulu Wayne Rooney pernah memecahbelahkan perpaduan barisan pertahanan pihak lawan menerusi hantaran, larian dan rembatan-rembatan padu dan salah satu faktor yang menyumbang kepada kehebatannya adalah but Nike yang dipakainya – Total 90 Laser II.

Aksi Rooney dengan Nike Total 90 Laser II | Gambar : Dream Team

Seperti model kasut lain, model Total 90 Laser II ini kemudiannya digantikan dengan model lain sekaligus menjadikannya sebagai barang antik di mata pengumpul barangan antik dan dijual dengan harga mahal.

Dalam perlawanan antara Brighton dan Everton tempoh hari, Rooney kembali memakai kasut yang sudah dikeluarkan tersebut. Apakah sebabnya? Ini adalah teori yang dikutip dari internet.

Nostalgia

Kali terakhir Rooney memakai Total 90 ini adalah pada musim 2007-08, di mana dia berjaya membantu Manchester United memenangi Liga Perdana, Liga Juara-juara, Perisai Masyarakat dan Kejohanan Kelab Dunia FIFA.

Dengan kata lain, musim tersebut adalah musim yang paling berjaya sepanjang karier Rooney sebagai seorang pemain bola sepak sepenuh masa.

Rooney dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara menentang Chelsea pada tahun 2008 | Gambar : Dream Team

Jadi, memandangkan prestasinya sudah tidak menentu, mungkin Rooney ingin menyeru kembali semangat Tombiruo yang ada dalam kasut tersebut dan membantu dia kembali ke jalan yang benar.

Hasilnya? Rooney berjaya menjaringkan gol.

Melalui sepakan penalti la tapi.

Meninggalkan Nike?

Rooney dan Nike adalah ibarat aur dengan tebing. Kedua-dua pihak sangat rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Tapi tu lah, bak kata orang putih “all good things must come to an end”. Memandangkan karier Rooney pun ibarat hidup segan mati tak mahu, maka pastilah Nike pun sudah tak ingin menaja pemain ini lagi.

Cabaye memakai kasut serba hitam | Gambar : Dream Team

Lagipun, selalunya jika seorang pemain tersebut dalam proses pertukaran penaja kasut, dia akan memakai kasut yang hitam keseluruhannya.

Contohnya Yohan Cabaye. Ketika dia dalam peralihan dari Nike ke New Balance, Cabaye telah memakai kasut Copa Mundial serba hitam.

Jadi, kalau Nike dan Rooney bercerai, jenama manakah yang akan menjadi pilihan Rooney? JKing?

Sebab Total 90 Laser II Bergaya

Tidak dapat dinafikan, generasi Total 90 adalah kasut yang paling handsome, bergaya dan sedap dipakai, terutamanya bagi mereka yang berkaki lebar.

Jadi, mungkin sudah bosan dengan kasut yang ada, Rooney memilih untuk memakai kasut lamanya. Lagipun pada musim 2007-08 dulu, gambar Rooney memakai kasut ini adalah ketika dia ketiadaan rambut.

Jadi, mungkin Rooney ini meletakkan gambar baru di dinding rumahnya dengan memakai Total 90 Laser dan ada rambut.

Nike Akan Keluarkan Model Baru

Kalau filem baru, biasanya pihak penerbit akan keluarkan sneak peek sebelum trailer rasmi dikeluarkan. Begitu juga dengan kasut bola.

Nike mungkin akan mengeluarkan kasut model baru berasaskan Total 90.

Apakah akan ada kesinambungan kasut Total 90 Laser II ini?

Kenapa tak guna pemain lain yang lebih popular? Nama pun sneak peek. Taknak bagi orang perasan sangat.

Rujukan artikel : Dream Team

BACA:  Rooney Akan ke China Atau MLS