Kerana Bodo, Mourinho Mengutuk Pasukan Sendiri

Kerana tewas 6-1 kepada pasukan Bodo/Glimt dari Norway, pengurus AS Roma Jose Mourinho tidak beragak lagi untuk mengutuk pasukan sendiri yang padanya mempunyai kekuatan yang terhad.

Dalam temuramah selepas perlawanan di kejohanan Europa Conference League itu, Jose Mourinho telah meluahkan segala apa yang terbuku di hatinya yang menuntuk pasukanny mampu melakukan lebih baik.

Pada separuh masa kedua dengan lima pertukaran pemain dalam tempoh 15 minit dengan 51 peratus penguasaan bola tiada satu pun percubaan tepat mampu dihasilkan. Patut la Mourinho menuntut aksi lebih baik.

The Special tidak menyalahkan pemain pasukan sepenuhnya dan masih lagi mengambila tanggungjawab atas kekalahan itu namun kenyataannya boleh tahan pedik kepada yang terasa.

Jose Mourinho mengakui beliau bertanggungjawab untuk kekalahan ini kerana memberi peluang kepada pemain lain yang bekerja keras dengan merehatkan ramai pemain utama yang nyata memakan diri.

“Aku yang membuat keputusan untuk menurunkan kesebelasan utama, jadi aku merupakan insan yang bertanggungjawab.”

“Aku melakukannya dengan niat yang baik bagi memberi peluang kepada pemain yang bekerja keras dan mahu menggilirkan pemain di padang sintetik dengan cuaca yang sejuk. Aku buat keputusan untuk rehatkan ramai pemain.”

Jose Mourinho tidak teragak-agak untuk mengkritik pemain dan pasukannya sendiri sambil meyifatkan pasukan bodo mempunyai kualiti lebih baik dari pasukannya yang mempunyai kemampuan yang terhad.

“Kami tewas menentang pasukan yang menunjukkan kualiti yang lebih dalam perlawanan malam ni. Bodo/Glimt lebih berkualiti dari kami. Semudah itu.”

“Kesebelasan utama lawan lebih berkualiti berbanding kesebelasan utama dan pemain yang aku masukkan sejak minit pertama.”

“Jika aku dapat menurunkan pemain kesebelasan utama yang sama, maka aku kan melakukannya. Ia sangat berisiko kerana kami mempunyai jurang besar antara dua kumpulan pemain.”

“Aku tahu pasukan miliki kemampuan yang terhad, bukan perkara baru bagi aku tapi aku masih harapkan tindak balas yang lebih baik. Seperti yang aku cakap ini pilihan aku menurunkan mereja jadi aku bertanggungjawab.”

Pengurus dari Portugal itu juga mengakui beliau tidak pernah menafikan hakikat tentang kemampuan pasukannya yang sangat terhad dan ini telah menjawab kenapa beliau menurunkan pemain yang sama.

“Aku tidak pernah menafikan fakta bahawa skuad kemampuan skuad kami adalah terbatas. Kamu hanya mempunyai 13 pemain yang mampu mewakili pasukan, pemain lain itu berada di tahap yang lain.”

“Sekurang-kurangnya sekarang tiada lagi orang akan tanya aku kenapa aku menggunakan pemain yang sama.”

Adakah Jose Mourinho sudah mencetuskan satu peperangan seperti mana yang dilakukan bersama kelab-kelab lain selepas beberapa perlawanan sahaja bersama AS Roma?

Kekalahan 6-1 Jose Mourinho di Europa Conference League ini menyaksikan buat pertama kali Mourinho tewas dengan 6 gol dalam 1008 perlawanan sejak bergelar pengurus.

Roma bertandang ke Utara Norway untuk terus melebarkan rekod 100 peratus kemenangan merekan di kumpulan C selepas berjaya menewaskan PFC CSKA-Sofia dan Zorya dalam dua perlawanan pertama.

Namun Roma telah dimalukan dengan begitu sekali oleh pasukan Bodo/Glimt yang entah wujud atau tidak dalam carian Google ketiak beraksi diatas padang rumput tiruan di Aspmyra Stadion.

Erik Botheim menjaringkan gol pembukaan pada minit kelapan dan usaha tidak kenal erti putus asa Patrick Berg menjadikan tuan rumah dua gol dihadapan dalam masa 20 minit permainan.

Carles Perez mengurangkan separuh defisit sejurus sebelum berlalu setengah jam permainan tetapi dan mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat separuh masa pertama.

Percaturan Jose Mourinho melakukan tiga pertukaran serentak usai permainan bersambung Eldor Shorurodov, Bryan Cristante dan Henrikh Mkhitaryan yang dimasukkan nyata tidak membuahkan hasil dan memberi impak.

Malahan lebih teruk apabila Erik Botheim menjaringkan gol ketiga Bodo/Glimt pada minit ke-52.

Dua lagi pertukaran dilakukan Jose Mourinho pada minit ke-60 menjadikan lima petukaran dalam masa 15 minit dengan memasukkan Lorenzo Pellegrini dan pemain kesayangannya ketika ini Tammy Abraham yang bakal menjadi musuh dalam semusim dua nanti.

Tiada impak langsung dari pertukaran yang dilakukan Jose Mourinho apabila Bodo terus menjarakkan kedudukan dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 9 minit.

Ola Solbakken menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-71 dan Amahl Pellegrino menjaringkan gol kelima pada minit ke-78 sebelum Ola Solbakken menjaringkan gol kedua peribadi untuk kemenangan 6-1.

Sepanjang 90 minit perlawanan Roma hanya berjaya melakukan dua sahaja percubaan tepat dengan menghasilkan satu gol dan kedua-dua percubaan tepat ini hadir pada separuh masa pertama.

BACA:  Mourinho Mahu Manchester United Tamatkan Musim Di Kedudukan Ke-2 Liga