Real Madrid baru-baru ini mengesahkan yang ketua pasukan, Sergio Ramos, secara rasminya telah meninggalkan kelab selepas 16 musim menabur bakti di Santiago Bernaneu.
Masa depan pemain centre-back berusia 35 tahun itu bersama Real Madrid agak samar-samar pada musim lalu, menjelang berakhirnya kontrak beliau pada penghujung bulan ini.
Ramos sebelum ini telah menikmati karier yang cukup membanggakan selama 16 tahun di Santiago Bernaneu, selepas melengkapkan perpindahan bernilai £18.5 juta dari Sevilla pada tahun 2005.
#mufc breaking news Manchester United hierarchy, including executive vice-chairman Ed Woodward, remain unhappy with Sergio Ramos and his brother Rene's conduct towards them the last time they were in talks to sign him #mufc
[Simon Jones / @MailSport]
— Stuart batey 🇬🇧🏴🇬🇧 (@batey_stuart) June 17, 2021
Pemain kebangsaan Sepanyol yang menggantikan Iker Casillas sebagai ketua pasukan Real Madrid pada tahun 2015 itu telah berjaya menjulang lima gelaran La Liga bersama Los Blancos sepanjang kariernya.
Beliau juga berjaya menjulang empat gelaran Champions League, empat gelaran Super Cup dan empat gelaran FIFA Club World Cup.
Beliau boleh dikatakan telah memenangi kesemua Piala yang diimpikan oleh pemain bola sepak profesional sepanjang kariernya bersama Los Blancos.
Namun begitu, jodoh beliau bersama Real tidak kekal lama selepas Ramos secara rasminya telah pun meninggalkan kelab kemarin.
Selepas sah meninggalkan kelab, Ramos telah dikaitkan bakal menyertai beberapa pasukan lain seperti Manchester City, Liverpool dan Paris Saint Germain.
🚨 Manchester United are not planning to make a move for Sergio Ramos when he leaves Real Madrid.
United's heirarchy and Ed Woodward remain unhappy with Ramos and his brother Rene's conduct towards them the last time they were in talks to sign him. #MUFC
(via Mail🌓)
— Football Transfers (@Transferzone00) June 17, 2021
Chelsea, Sevilla dan Inter Miami turut dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain centre-back berpengalaman itu.
Manchester United merupakan sebuah lagi pasukan gergasi yang dikatakan mahu menandatangani Sergio Ramos pada jendela perpindahan musim panas ini.
Namun terdapat laporan terbaru yang menyatakan bahawa Manchester United sebenarnya langsung tidak berminat untuk menandatangani pemain veteran itu.
Daily Mail melaporkan yang pimpinan kelab, termasuk executive vice-chairman, Ed Woodward, masih menyimpan dendam dengan Sergio Ramos dan abangnya Rene.
Ia kerana United masih tidak boleh terima cara bagaimana Ramos dan abangnya menguruskan hal berkait rundingan untuk membawanya ke Old Trafford sebelum ini.
Sergio Ramos couldn’t contain his emotions as he bid farewell to Real Madrid but could he end up at Man United? #MUFC https://t.co/JkzJ3Wllxd
— talkSPORT (@talkSPORT) June 17, 2021
Ramos sebelum ini sudah hampir untuk menyertai setan merah, namun pada saat akhir beliau mengubah keputusannya untuk kekal bersama The Los Blancos.
Ramos bahkan pernah mendedahkan sendiri hal tersebut ketika dalam satu sidang media bersama COPE pada tahun 2015 yang lalu.
“Memang ada tawaran yang saya terima dari Manchester United.”
Jelas Ramos.
“Saya mempertimbangkan untuk bertukar angin seketika, namun Real Madrid tetap selalu menjadi keutamaan saya dan memang tak ada masalah berkait ekonomi dalam hal ini.”
“Adakah saya rasa ditipu oleh Madrid? Tidak, tapi saya ada rasa kecewa sekejap. Ada sedikit masalah yang sudah pun selesai.”
“Tawaran yang diberikan oleh kelab gergasi kebiasaannya sangat bagus, ia kerana kamu sudah melakukan yang terbaik, tapi peminat dan kelab, mereka masih mahukan saya.”
Sergio Ramos could have a "similar impact to Thiago Silva" as he will bring "great stability" to a Premier League clubhttps://t.co/foo3XxSmuV
— talkSPORT (@talkSPORT) June 19, 2021
Walaupun setan merah menolak untuk dikaitkan dengan Ramos, namun Ole Gunnar Solskjaer masih berusaha untuk mendapatkan seorang lagi pemain centre-back pada jendela perpindahan musim panas ini.
Rakan sepasukan Ramos, Raphael Varane merupakan pemain sasaran utama yang sedang dikejar oleh United pada ketika ini, untuk ditandatangani pada musim panas nanti.
Awal bulan lalu, terdapat laporan yang menyatakan bahawa United sanggup menawarkan gaji bernilai £10.3 juta setahun pada pemain kebangsaan Perancis itu.
Pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan menerima pendapatan sekitar £4.3 juta sahaja bersama Real Madrid, bahkan laporan dari Defensa Central mendakwa yang Los Blancos mahu menaikkan gaji beliau pada musim panas ini kepada £7.7 juta setahun.
Sergio Ramos has spoken to AC Milan. He wants a €20m signing-on fee, €15m net salary, and a 2-year contract at his next club. [@elchiringuitotv] pic.twitter.com/L13hCNLcqz
— Football Talk (@Football_TaIk) June 19, 2021
Gaji yang United tawarkan jauh melebihi gaji yang beliau terima ketika ini, bahkan walau beliau menerima kontrak kenaikkan gaji, ia masih tidak mampu menandingi tawaran yang diberikan oleh United.
Sergio Ramos masih belum memutuskan soal masa depan beliau ketika ini, dengan beliau sendiri sebenarnya masih terkejut dirinya dilepaskan oleh kelab.
Beliau terlalu sedih untuk meninggalkan kelab kesayangannya dan menegaskan bahawa dirinya tidak mahu melakukan hal tersebut.
Beliau turut mendedahkan yang kelab awalnya menawarkan kepadanya kebarang kalian untuk lanjutan kontrak.
Sergio Ramos 🗣️: "The club made me a one-year offer with a salary reduction. I accepted the offer but I was informed that it was no longer possible, that it had an expiration date. They never told me it had an expiry date. It surprised me." pic.twitter.com/FQ2WocS3ub
— NairaBET (@NairaBET) June 19, 2021
Bintang kebangsaan Sepanyol itu mendakwa bahawa beliau mahukan lanjutan dua tahun dalam kontraknya, namun pihak kelab hanya menawarkan satu tahun sahaja ketika sesi rundingan terakhir bersama Madrid.
Walau bagaimanapun, Ramos menyatakan yang beliau dengan tiba-tiba diberitahu bahawa tawaran lanjutan kontrak dari kelab itu sudah tamat.
Ramos mendedahkan yang dirinya agak terkejut mendengar tentang hal tersebut yang mana beliau sama sekali tidak tahu yang tawaran tersebut ada tarikh luputnya
Real Madrid already in market for new defender as Sergio Ramos confirms he'll end 16-year stay https://t.co/jEYLYM1fly
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) June 17, 2021
Bercakap ketika sesi sidang media perpisahannya, Ramos menjelaskan bahawa:
“Perkara pertama yang mahu saya katakan adalah saya tak pernah terfikir untuk meninggalkan kelab. Saya mahu terus kekal di sini.”
“Kelab menawarkan kepada saya kebarang kalian untuk lanjutkan kontrak saya, tapi kerana pandemik ia terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.”
“Kelab tawarkan kepada saya lanjutan kontrak selama satu tahun dengan gaji saya akan dikurangkan. Saya perlu jelaskan yang saya tak ada masalah tentang pengurangan gaji itu. Saya hanya mahukan lanjutan kontrak selama dua tahun dan kebahagiaan untuk saya dan keluarga saya.”
“Ketika perbincangan tersebut, saya terima tawaran setahun, tapi saya telah diberitahu yang tawaran itu sudah tidak laku, kerana ia sudah tamat tempoh, dan saya sendiri tak pernah dengar tentang itu.”
"Best! Defender! Ever" – @ToniKroos
👑 @SergioRamos is @realmadriden royalty. pic.twitter.com/YePLFW7HP2
— Peña Real Madrid de Indonesia (@Madrid_Indo) June 19, 2021
Bekas ketua pasukan Real Madrid itu telah dikaitkan dengan kepulangan semula untuk menyertai bekas kelabnya, Sevilla.
Ramos walau bagaimanapun telah menegaskan yang beliau tidak akan menyertai Sevilla bahkan ia langsung tak ada dalam perancangannya.
Menurut laporan dari Fabrizio Romano, bekas pemain Sevilla itu turut menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang menyatakan beliau turut dikaitkan dengan Barcelona.
“Saya tak akan sertai Sevilla, ini bukan satu pilihan sama sekali. Barcelona? Mustahil. Kamu tak akan pernah lihat saya bersama dengan Barcelona.”
#ManCity and United are set to make an offer for Sergio Ramos.
Sergio Ramos’ list of demands:
📝 2-year contract.
💰 €16M per year.
💶 €20M in signing money.#SergioRamos pic.twitter.com/cgltdgctxX— Man City Fan (@iammancityfan) June 19, 2021
“Saya masih tak tahu kelab mana yang akan saya sertai. Ketika saya sudah tahu, saya akan jadi orang pertama yang akan beritahu anda semua. Ini bukan masanya untuk bercakap tentang masa depan saya.”