Robin Gosens telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Jerman membenam Portugal 4-2 awal pagi tadi.
Tidak boleh diragukan yang beliau selayaknya mendapat perhatian yang lebih berbanding Cristiano Ronaldo selepas melihat persembahannya dalam perlawanan ini.
Bintang Atalanta itu telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini oleh UEFA selepas melihat sumbangan dan aksi hebatnya sepanjang permainan.
1 goal
2 assists
1 Star of the Match awardRobin Gosens 🌟 pic.twitter.com/2dUn0gXoOh
— B/R Football (@brfootball) June 19, 2021
Aksi hebat Gosens telah membantu beliau menjaringkan satu gol dan mencatatkan dua assists dalam membantu Jerman menjinakkan Portugal.
Pemain berusia 26 tahun itu merupakan individu yang paling mencuri tumpuan dalam perlawanan yang menghasilkan enam gol di Allianz Arena itu.
Beliau sememangnya bersemangat untuk beraksi dalam perlawanan bertemu Portugal ini kerana mengenangkan kisah memalukan yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Gosens sebelum ini pernah dimalukan oleh Cristiano Ronaldo yang menolak untuk bertukar jersi dengannya selepas tamat perlawanan.
Beliau ketika itu beraksi bersama Atalanta bertemu Juventus dalam saingan Serie A, dan pada ketika itulah beliau telah meminta Cristiano Ronaldo untuk bertukar jersi.
April: Ronaldo left Gosens hanging when he asked for his shirt.
June: Gosens gets the better of Ronaldo at EURO 2020. pic.twitter.com/lmrDj9jQt1
— ESPN FC (@ESPNFC) June 19, 2021
Sayangnya pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu tidak berminat untuk bertukar jersi dan menyebabkan Gosens berasa malu serta terhina.
Beliau mengenang semula kisah tersebut dalam biography nya, ‘Dreams are Worthwhile.’
“Selepas tamat perlawanan bertemu Juventus, saya cuba untuk penuhi impian saya untuk mendapatkan jersi Ronaldo.”
Tulis Gosens menurut Goal.com.
“Selepas wisel penamat dibunyikan, saya pergi ke arahnya, saya bahkan tidak sertai yang lain meraikan kemenangan kami, tapi Ronaldo tak terima.”
Robin Gosens revealed how he asked for Cristiano Ronaldo's shirt after Atalanta vs Juventus and Ronaldo didn't even look at him.
Today, that same Gosens put on a Man of the Match performance for Germany against Ronaldo's Portugal.
Rejection can be an incredible motivator. pic.twitter.com/7aKtDSavz1
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) June 19, 2021
“Saya tanya, ‘Cristiano, boleh saya dapatkan jersi kamu? Dia bahkan langsung tak pandang saya, dia cuma cakap: ‘Tidak!’ saya waktu itu betul-betul malu dan segan. Saya pergi ke tempat lain dan merasa seolah diri saya terhina.”
“Kamu tahu ketika kamu lalui detik yang memalukan dan kamu lihat sekeliling untuk tengok ada orang perasan atau tidak, macam tu lah saya rasa dan mahu sembunyikan apa yang saya rasa.”
When Cristiano Ronaldo refused to swap jerseys with Robin Gosens. Rejection can be an incredible motivator. pic.twitter.com/EWgiE24FbD
— Cristian Nyari (@Cnyari) June 19, 2021
Germany’s left-wing back Robin Gosens once said this about Cristiano Ronaldo. 💀 pic.twitter.com/f1x7IMoFpY
— FutbolBible (@FutbolBible) June 19, 2021
Lucunya, rakan sepasukan Gosens bersama Atalanta, Hans Hateboer memberikan hadiah kepadanya dan hadiah itu adalah jersi Cristiano Ronaldo.
Reaksi beliau ketika membuka hadiah tersebut di dalam bilik persalinan Atalanta sungguh priceless.
Hans Hateboer bought Robin Gosens a Cristiano Ronaldo shirt to make up for him being rejected after a game 😂 pic.twitter.com/eCBp8NSumN
— Conor Clancy (@ConJClancy) April 13, 2021
Namun selepas melihat aksi dan persembahannya ketika bertemu Portugal awal pagi tadi, sepertinya Ronaldo yang akan mencari Gosens untuk meminta jersinya.
Bekas bintang Heracles Almelo itu langsung tidak pergi ke arah Ronaldo untuk meminta jersinya, sebaliknya beliau hanya menikmati kemenangan yang mereka catatkan bersama rakan sepasukannya yang lain.
Apa yang lebih menakjubkan lagi, beliau selepas tamat perlawanan hari ini tidak memegang jersi Ronaldo, sebaliknya memegang Piala pemain terbaik perlawanan yang membuktikan dirinya beraksi lebih bagus berbanding bintang Portugal itu.
“Saya hari ini tak mintak jersi dia, saya hanya mahu menikmati kemenangan ini bersama rakan-rakan saya.”
Germany’s left-wing back Robin Gosens once said this about Cristiano Ronaldo. 💀 pic.twitter.com/f1x7IMoFpY
— FutbolBible (@FutbolBible) June 19, 2021
Jelas Gosens pada Sky Sports selepas tamat perlawanan tersebut.
Beginilah cara sebenar untuk menunjukkan kemampuan kita pada seseorang yang memandang rendah pada kebolehan kita.
Gosens yang sebelum ini rasa terhina kerana permintaannya untuk mendapatkan jersi Ronaldo ditolak mentah-mentah, beliau membuktikan yang beliau mampu beraksi lebih hebat dari bintang Portugal itu.
Mencuri segala perhatian, memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan, menjaringkan gol, mencatatkan assists dan memperoleh kemenangan sudah cukup untuk merawat luka di hati Gosens.
Ronaldo mungkin ada alasan beliau sendiri tentang mengapa dirinya menolak untuk bertukar jersi dengan Gosens sebelum ini.
Robin Gosens gets back at Cristiano Ronaldo in best way possible after "embarrassing" snub https://t.co/HFPbhZkWJc pic.twitter.com/yFweomWEIm
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 19, 2021
Mungkin beliau terkesan dengan kekalahan Juventus di tangan Atalanta pada ketika itu, atau mungkin beliau kecewa dengan persembahannya sendiri.
Seperti semua sedia maklum, Juventus pada musim lalu telah melalui musim yang sukar selepas kejuaraan saingan Serie A mereka dirampas oleh Inter Milan.
Mereka bahkan hanya mampu melayakan diri ke saingan Champions League pada hari terakhir perlawanan liga.
Gosens telah berjaya memperkenalkan namanya pada dunia selepas mempamerkan aksi permainan yang begitu hebat dan menakjubkan.
Germany have arrived to the party 😈
🇵🇹 Ronaldo 15'
🇩🇪 Dias OG 35'
🇩🇪 Guerreiro OG 39'
🇩🇪 Havertz 51'
🇩🇪 Gosens 60'
🇵🇹 Jota 67'The Group of Death is blown wide open ☠#EURO2020 | #GER #POR pic.twitter.com/arUIOEYCrG
— Goal (@goal) June 19, 2021
Mungkin jika beliau berjaya membantu Jerman memenangi Euro 2020 ini, namanya akan lebih dikenali dan boleh meletakkannya sebaris dengan pemain-pemain bintang lain.
Jerman selepas ini akan melayan kunjungan Hungary ke bumi Munich untuk aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan F.
Sementara Portugal pula bakal bertemu dengan Perancis dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan mereka minggu hadapan.
Revenge is best served with a masterclass at #EURO2020.
A few months ago Robin Gosens admitted to being snubbed by Cristiano Ronaldo, after asking for his shirt.
Today: goal, assist v Portugal
And no request for a shirt, either 😜#OptusSport pic.twitter.com/NoVltTf4IV
— Optus Sport (@OptusSport) June 20, 2021
Pertembungan antara Juara Euro 2016 bertemu Juara Dunia 2018 itu tentunya sangat menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasukan mahu mencatatkan kemenangan untuk mengesahkan slot ke peringkat kalah mati.